omniture

Sidang Kemuncak ISP APAC Huawei Terokai Pembentukan Internet Pintar Optik-Penuh untuk tahun 2030

Huawei Connect
2022-09-19 20:00 126

BANGKOK, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak ISP Asia Pasifik semasa berlangsungnya Huawei Connect 2022, Huawei memperkenalkan strategi terkininya untuk "Menyelami Asia Pasifik, Membentuk Internet Pintar Optik-Penuh" ("Diving into the Asia Pacific, Shaping an All-Optical, Intelligent Internet"), mengukuhkan industri ISP sebagai asas yang kritikal bagi Intelligent World 2030. Sidang kemuncak berkenaan, diserta oleh pemimpin perniagaan dan rakan kongsi, menampilkan perbincangan berhubung trend dan kemajuan optik-penuh Asia Pasifik untuk jalur lebar rumah, pembawa bersepadu, kampus terurus awan, lalu mencipta nilai baharu untuk industri ini.

Huawei percaya sambungan hijau, optik-penuh dan pintar merupakan trend yang utama dalam industri ISP. Apabila menerangkan tentang Rangka Kerja Rangkaian 2030 dalam strategi, Brandon Wu, Ketua Pegawai Teknologi Huawei Asia Pacific Enterprise Business, berkata ia harus mempunyai rangkaian jalur lebar mantap natif-AI dan pengalaman penentu dan memenuhi keperluan keselamatan dan hijau.

Sebagai pengusaha penting dalam Industri ISP Asia Pasifik, Huawei akan memanfaatkan kelebihannya dalam portfolio produk, inovasi infrastruktur penunjuk dan menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung yang utama dalam telekomunikasi data, rangkaian optik, pusat data dan awan.

Rangkaian optik-penuh dilihat semakin penting untuk industri ISP, malah seluruh ekonomi digital. Teknologi dan penyelesaian Huawei akan terus berkembang dalam penjimatan kuasa dan pengurangan emisi, menyemarakkan inovasi untuk lebih banyak perusahaan APAC.

Semasa sidang kemuncak tersebut, Huawei menghimpunkan ISP dari beberapa negara Asia-Pasifik untuk berkongsi bagaimana inovasi dalam inovasi infrastruktur Internet dapat membantu merapatkan jurang digital dan membangunkan ekonomi digital di rantau tersebut. Sebagai contoh, Huawei membantu ISP di Nepal bertransformasi dalam pasaran jalur lebar tempatan. Di Indonesia, Huawei membina sambungan awan dan pembawa bersepadu. Di Thailand, Huawei bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi tempatan untuk menginovasi MSP dan pengurusan kampus melalui Awan perusahaan.

Untuk bahagian pameran, Huawei mempamerkan penyelesaiannya yang dilancarkan baru-baru ini untuk industri ISP termasuk FTTR untuk senario rumah dan DC908 untuk senario saling hubung pusat data (DCI). Penyelesaian ini akan mempercepatkan transformasi kepada Internet pintar, optik-penuh di rantau berkenaan.

Industri ISP Asia-Pasifik telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Seperti yang dijangkakan oleh Aarion Wang, Naib Presiden Kanan Huawei Asia Pacific Enterprise Business Group, Intelligent World 2030 akan menyaksikan peranan yang lebih penting untuk ISP sebagai asas dunia digital mahupun sumber pemulihan ekonomi global. Huawei akan terus berinovasi dalam infrastruktur Internet hijau, optik-penuh dan pintar, bagi meningkatkan pembangunan ekonomi digital yang mampan di rantau Asia-Pasifik, lalu mencipta nilai baharu untuk industri ini.

Source: Huawei Connect
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news