omniture

Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong 2022 - Ekspo Kecantikan bermula

2022 Guangdong Premium Products International Trade Online Expo - Beauty Expo
2022-09-19 22:38 136

Ekspo tersebut menambah momentum kepada trend baru muncul yang terkini dalam perdagangan asing China

GUANGZHOU, China, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- Dihoskan oleh Jawatankuasa CCPIT Guangdong dan dianjurkan oleh Guangdong Guangzhan International Exhibition Co., Ltd., Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong 2022 - Ekspo Kecantikan (ITOE) (www.itoegd.com) berlangsung mulai 13 hingga 17 September. Dengan tema untuk menghubungkan pasaran kecantikan domestik dan antarabangsa, ekspo berkenaan melibatkan pameran dalam talian, perkhidmatan pemadanan perniagaan, pelancaran produk baharu, analisis pasaran dan ceramah khas dalam talian. Acara berkenaan dijangka menarik minat lebih daripada 50,000 pembeli domestik dan antarabangsa serta pengunjung profesional.

2022 Guangdong Premium Products International Trade Online Expo - Beauty Expo
2022 Guangdong Premium Products International Trade Online Expo - Beauty Expo

Sebagai respons kepada trend ke arah transformasi digital seiring dengan menyasarkan baik pasaran domestik mahupun antarabangsa, ITOE memanfaatkan teknologi maklumat internet termaju untuk membina platform yang menggalakkan perdagangan antara syarikat-syarikat kosmetik yang berpangkalan di Guangdong dan antarabangsa, dengan tujuan untuk memacu bukan sahaja pemulihan perdagangan asing Guangdong dan ekonomi tempatan, tetapi juga mentransformasikannya menjadi apa yang didorong oleh pembangunan berkualiti.

Statistik yang tersedia menunjukkan bahawa eksport produk kecantikan, kosmetik dan penjagaan diri China meningkat 14.4% berbanding tahun sebelumnya kepada AS$4.852 bilion (kira-kira 30.7 bilion yuan) pada tahun 2021. Guangdong, salah satu wilayah Cina yang utama dari segi nilai keluaran dalam sektor kosmetik, membina rantaian industri kosmetik yang paling lengkap di negara ini. Bagi membantu dengan lebih baik pengeluar kosmetik tempatan berkembang ke seluruh dunia selaras dengan trend baharu yang melanda pasaran pengguna luar negara, ITOE mewujudkan lapan zon pameran termasuk Produk Penjagaan Diri, Kosmetik, Produk Penjagaan Rambut, Produk Kecantikan Profesional, Produk Kecantikan dan Kesihatan, Produk Fesyen, Bahan Pempakejan dan Pewangi.

Baru-baru ini, sektor perdagangan asing Cina menunjukkan beberapa corak baru muncul yang telah mendapat momentum yang signifikan termasuk e-dagang rentas-sempadan dan perdagangan perolehan pasaran. ITOE menarik minat banyak syarikat perdagangan asing tempatan hasil daripada peranan ekspo berkenaan sebagai platform dagangan digital yang dapat membantu mereka mengenal pasti pasaran-pasaran tambahan yang penting dan berkembang ke dalam pasaran-pasaran global pada kos yang lebih rendah.

Seorang wakil daripada Guangzhou MissGel Limited Company menyatakan bahawa pandemik telah mempercepatkan transformasi digital para penggiat tradisional dalam sektor perdagangan asing memandangkan pengembangan global digital menjadi sebahagian daripada keupayaan syarikat-syarikat berkenaan dalam operasi digital. Melalui penyertaan dalam ekspo tersebut, mereka memperoleh kemahiran dan pengalaman baharu untuk berkembang secara digital, bagi mengoptimumkan penyertaan melalui pameran dalam talian.

Source: 2022 Guangdong Premium Products International Trade Online Expo - Beauty Expo
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Trade show news