omniture

Kebangkitan Pelancongan Perubatan Korea yang Tidak Dapat Dihalang

Korea Health Industry Development Institute (KHIDI)
2022-09-20 08:00 94

KHIDI Lancar Laman Sesawang Korea Perubatan Rasmi untuk Akses Lebih Mudah kepada Perkhidmatan Perubatan Korea

SEOUL, Korea Selatan, 20 September 2022 /PRNewswire/ -- Korea Health Industry Development Institute (KHIDI) telah merombak laman sesawang rasmi Medical Korea (www.medicalkorea.or.kr), membawakan maklumat yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan perubatan Korea.

Kebangkitan Pelancongan Perubatan Korea yang Tidak Dapat Dihalang!!
Kebangkitan Pelancongan Perubatan Korea yang Tidak Dapat Dihalang!!

Korea telah dianugerahkan oleh International Medical Travel Journal (IMTJ) dengan "Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Tahunan" selama dua tahun berturut-turut, diiktiraf di peringkat global atas daya saingnya dalam pelancongan perubatan. Lebih 3 juta pesakit mengunjungi Korea untuk menerima rawatan perubatan di Korea sejak tahun 2009.

Maklumat tentang operasi dan rawatan kepakaran perubatan, termasuk onkologi, kardiologi dan pemindahan organ disediakan di laman sesawang Medical Korea yang mempunyai senarai klinik dan hospital yang ditetapkan untuk merawat pesakit asing.

Ia juga menawarkan pelbagai maklumat penting yang lain untuk melawat Korea seperti jenis visa perubatan, pemprosesan visa dan bayaran balik cukai untuk pembedahan kosmetik. Ia turut memperincikan garis panduan kesihatan untuk penyakit yang teruk seperti infarksi serebrum, kanser payudara dan penyakit pernafasan, serta aktiviti harian untuk meningkatkan imuniti dan tumpuan.

Laman sesawang rasmi Medical Korea disokong dalam empat bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Jepun dan Bahasa Rusia. Klik pautan di bawah untuk mengunjungi laman sesawang tersebut untuk mendapatkan butiran.

Latar Belakang KHIDI

Korea Health Industry Development Institute (KHIDI) ialah sebuah institusi gabungan kerajaan yang beroperasi di bawah Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Republik Korea. KHIDI ditubuhkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk menyediakan sokongan profesional dan sistematik untuk pembangunan industri penjagaan kesihatan Korea bagi meningkatkan daya saingnya pada skala global.

Matlamatnya adalah untuk mempromosikan perkhidmatan penjagaan kesihatan termaju dengan perspektif jangka panjang untuk menukar perniagaan penjagaan kesihatan kepada enjin pertumbuhan baharu untuk ekonomi kreatif Korea. Ia berusaha untuk mencetuskan 'gelombang-Korea' dalam industri penjagaan kesihatan global dengan menggabungkan kekuatan perkhidmatan perubatan, produk farmaseutikal, peranti perubatan dan kosmetik Korea.

Hubungan Media

KHIDI, Pasukan Analisis Pasaran Penjagaan Kesihatan Global,
Penyelidik Han Mi-Sun
misunhan630@khidi.or.kr

 

Source: Korea Health Industry Development Institute (KHIDI)
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Travel New products/services