omniture

Bangunan Hijau Menjadi Tumpuan Utama CHTF 2013

The Office of CHTF Organizing Committee
2013-11-06 01:53 132

SHENZHEN, China, 6 November 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Teknologi Tinggi China (CHTF 2013) akan dibuka tidak lama lagi antara 16 hingga 21 November di Shenzhen. Pada tahun ini, pesta tersebut akan menambahkan tapak pameran baharu yang dikenali sebagai "Bangunan Hijau" bagi mempamerkan teknologi yang digunakan untuk pemuliharaan tenaga, tanah, air dan bahan serta perlindungan alam sekitar di kawasan tapak pembinaan bangunan.

Pameran Bangunan Hijau yang menerima pakai konsep "Kitaran Hayat Penuh Bangunan Hijau" mampu menarik perhatian syarikat peneraju bangunan hijau di China, termasuk Institut Penyelidikan Bangunan Shenzhen, Jun Yi An Lian, Green Light Nano Materials, Bao De Sheng Bio Wood, M-Match, Kressdorf, Dehou dan Green Boat bagi memperlihatkan penggunaan produk dan teknologi inovatif yang dihasilkan meliputi rangkaian industri lengkap pemuliharaan tenaga bagi bangunan hijau.

Sememangnya, Pameran Bangunan Hijau pada asalnya membawakan pertunjukan bersepadu kepada CHTF melalui pameran "Rumah Hijau", yang dengannya teknologi penyelidikan dan produk inovatif bagi sektor bangunan hijau disepadukan untuk menunjukkan pencapaian dan arah aliran dalam industri bangunan hijau. Konsep berkaitan bangunan hijau (pemuliharaan tenaga, air, tanah dan bahan serta perlindungan alam sekitar) turut diperkenalkan. Selain daripada menghayati paparan pencapaian, para pengunjung akan dapat melibatkan diri dengan pengalaman secara langsung di pameran tersebut.

Di samping Pameran Bangunan Hijau, CHTF 2013 akan menyediakan pelbagai forum besar bagi para pengunjung industri seperti Sidang Kemuncak Tenaga Baharu dan Penjimatan Tenaga serta Sidang Kemuncak Grid Pintar Teragih.

Prapendaftaran bagi Kemasukan Percuma:

Penyertaan CHTF2013 adalah percuma dan terbuka kepada semua ahli profesional perdagangan dalam industri teknologi tinggi. Sila layari laman web (www.chtf.com) bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang CHTF 2013.

Tentang CHTF:

Pesta Teknologi Tinggi China (CHTF) diluluskan oleh Majlis Negeri Republik Rakyat China pada tahun 1999 dan dibuka di Shenzhen antara 16 hingga 21 November setiap tahun. Pesta ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China, Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial, Kementerian Pertanian, Pejabat Harta Intelek Negara, Akademi Sains Cina, Akademi Kejuruteraan Cina dan Kerajaan Shenzhen. Kini, pameran ini merupakan yang paling besar dan paling berpengaruh dalam kalangan pameran teknikal Cina yang lain dan CHTF dikenali sebagai "Pameran Teknologi No.1 di China".

Source: The Office of CHTF Organizing Committee
Related Links:
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Trade show news