omniture

Air China: Bagi Keterhubungan Dipertingkat

Air China
2013-11-06 09:38 166

- Air China membina rangkaian yang komited terhadap penerbangan sambungan lebih mudah melalui satu hab dan melancarkan banyak produk dan perkhidmatan penerbangan sambungan, memudahkan penumpang mengembara ke serata dunia melalui Beijing.

BEIJING, 6 November 2013 /PRNewswire/ -- Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Air China melangkah jauh ke hadapan dengan pelannya bagi mengukuhkan keterhubungan rangkaian meluasnya untuk laluan domestik dan antarabangsa dengan merangka lebih banyak pilihan penerbangan sambungan melalui Beijing. Khususnya, Air China telah memulakan banyak laluan antarabangsa, yang telah siap dijadualkan dan didatangkan dengan perkhidmatan penerbangan sambungan bagi memenuhi keperluan penumpang yang mengembara dari satu negara asing ke satu negara lain tetapi membuat penerbangan sambungan di Beijing (dikenali dalam industri sebagai Sixth Traffic Right). Semua ini telah menarik kedatangan lebih ramai lagi penumpang agar menaiki penerbangan Air China – mereka akhirnya memilih untuk menaiki penerbangan Air China dan membuat penerbangan sambungan di Beijing sebelum meneruskan perjalanan mereka ke negara lain.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )

Air China kini mengendalikan rangkaian yang terdiri daripada 299 laluan, termasuk 72 laluan antarabangsa, 14 laluan daerah dan 213 laluan domestik, berkhidmat untuk 154 bandar, termasuk 48 bandar antarabangsa, 3 bandar daerah dan 103 bandar domestik. Sebagai syarikat penerbangan ahli untuk Star Alliance, Air China boleh menerbangkan penumpang ke 1,329 destinasi di 194 negara dan daerah. Dengan menggunakan sepenuhnya sinergi habnya di Beijing serta laluan Asia, Amerika Utara dan Eropahnya, Air China menawarkan pilihan penerbangan dengan harga yang berpatutan, cekap dan sesuai kepada penumpang seluruh dunia, terutamanya mereka yang datang dari Ho Chi Minh, Delhi, Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pada tahun 2013, Air China telah memulakan pelbagai perkhidmatan baharu termasuk Beijing - Houston, Beijing - Geneva, ChengduFrankfurt dan Chongqing - San Francisco, memperluas kehadirannya pada peringkat antarabangsa serta memberi faedah kepada orang awam yang mengembara.

Eropah ialah salah satu daripada pasaran luar negara yang paling penting untuk Air China, dan kini Air China juga merupakan syarikat penerbangan yang mengendalikan paling banyak laluan ke Eropah Tengah. Permulaan perkhidmatan Beijing-Geneva pada bulan Mei ini telah meningkatkan jumlah destinasi Eropah Air China menjadi 12. Geneva ialah penambahan berharga pada jadual perjalanan Eropah Air China, yang juga termasuk bandar Frankfurt, Munich, Dusseldorf, London, Paris, Stockholm, Milan, Rom dan Madrid.

Air China bertekad menawarkan perkhidmatan yang cekap dan sesuai di Amerika Utara. Amerika Utara telah menjadi pasaran luar negara kedua terbesar bagi syarikat penerbangan itu selepas Eropah. 5 laluannya dalam rantau itu termasuklah Beijing - New York, Beijing - Los Angeles, Beijing - San Francisco, Beijing - Vancouver dan Beijing - Houston. Antara semua ini, perkhidmatan BeijingHouston yang terbaharu adalah satu-satunya hubungan antara Beijing dan bahagian selatan Amerika Syarikat, menawarkan pilihan penerbangan tambahan bagi penumpang yang mengembara ke Amerika Utara melalui Beijing.

Sambil memperbaiki rangkaian laluannya, Air China telah melaksanakan pelan pemodenan kumpulan kapal terbang, yang termasuklah pembelian kapal terbang baharu dan kenaikan taraf kapal terbang sedia ada, memastikan operasinya selamat, menjimatkan bahan api dan mesra penumpang. Kumpulan kapal terbang syarikat penerbangan itu termasuklah 20 kapal terbang B777-300ER yang baru dibeli, kapal terbang jenis badan lebar enjin berkembar untuk penerbangan jauh yang paling canggih di China, serta kapal terbang A330-200 dan A330-300 sedia ada yang kabin dalamannya telah dinaik taraf. Semua kapal terbang ini menjanjikan pengalaman yang sangat selesa bagi penumpang yang mengembara ke Amerika Utara/Eropah melalui Beijing.

Air China juga telah melancarkan banyak produk dan perkhidmatan lain bagi memberi faedah kepada penumpang yang membuat penerbangan sambungan, antaranya termasuklah hotel penginapan sementara dan rombongan lawatan bagi penumpang yang layak untuk penginapan tanpa visa selama 72 jam. Rombongan lawatan ini, yang diadakan selama 1 hingga 3 hari, ialah tawaran yang tersuai khusus bagi penumpang yang layak untuk polisi penginapan tanpa visa selama 72 jam di China, dan membantu para penumpang itu menggunakan masa mereka dengan sebaik-baiknya untuk menikmati tarikan keindahan timur unik Beijing.

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel New products/services