omniture

Huawei bakal labur $300 juta dalam Empower Program untuk Sokong Rakan Kongsi Global

HC2022
2022-09-20 22:19 82

BANGKOK, 20 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada hari kedua HUAWEI CONNECT 2022 Bangkok, Huawei melancarkan pelbagai penyelesaian infrastruktur yang inovatif untuk memacu pendigitalan industri dengan mencari teknologi yang tepat untuk senario yang tepat dan mengumumkan Huawei Empower Program yang akan melabur sebanyak AS$300 juta untuk menyokong rakan kongsi global dalam tiga tahun akan datang.

Ryan Ding, Presiden Huawei Enterprise BG
Ryan Ding, Presiden Huawei Enterprise BG

Berkisarkan tema "Infrastruktur Inovatif untuk Serlahkan Digital", pihak berkepentingan industri berhimpun bersama-sama dan mengadakan perbincangan bagi meneroka hala tuju dan peluang masa depan untuk pendigitalan industri. Mereka menganalisis cabaran industri-industri berbeza yang berusaha menuju digital dan Huawei memperkenalkan penyelesaian yang disokong oleh kekuatan teknikalnya untuk membantu menangani cabaran ini.

Ryan Ding, Presiden Huawei Enterprise BG, berkata dalam ucaptama beliau, "Memperkasa Industri, Mencipta Nilai" bahawa "Transformasi digital yang lebih mendalam akan membantu syarikat-syarikat beradaptasi dengan lebih baik kepada dunia yang sentiasa berubah-ubah. Huawei bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi kami untuk mencari teknologi yang tepat untuk senario yang tepat, menyokong pelanggan bagi melanjutkan transformasi digital mereka dan menyerlahkan kuasa digital."

Menurut Ding, menggunakan teknologi ketersambungan, pengkomputeran dan awannya, Huawei bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk memacu inovasi industri yang berterusan dan sinergi berbilang teknologi, mencipta penyelesaian berasaskan senario untuk pelbagai keperluan pelanggan. Beliau menambah bahawa ini akan mencipta nilai yang lebih besar dan menjadikannya lebih mudah untuk pelanggan menuju "perbatuan terakhir" dalam transformasi digital mereka.

Bob Chen, Naib Presiden Huawei Enterprise BG, membincangkan bagaimana sinergi berbilang teknologi adalah kritikal untuk mencari teknologi yang tepat untuk senario yang tepat. Beliau menjelaskan dalam ucaptama beliau "Infrastruktur Digital Inovatif Mempercepatkan Transformasi Digital" bahawa "Data merupakan teras transformasi digital dan pengingesan, penghantaran, storan dan analisis data merupakan langkah-langkah yang penting. Huawei menyediakan produk tindanan penuh dah portfolio produk untuk menyokong pemprosesan data hujung-ke-hujung, lalu mempercepatkan transformasi digital pelanggan."

Di acara tersebut, Huawei melancarkan Huawei Empower Program, yang bertujuan untuk membantu membangunkan ekosistem digital yang berkembang maju untuk rakan kongsi global. Melalui program ini, Huawei akan melaksanakan inovasi bersama dengan rakan-rakan kongsi melalui OpenLabs, memperkasa rakan kongsi dengan kerangka baharu, rancangan baharu dan platform bersepadu serta membina kumpulan bakat melalui program Huawei ICT Academy dan Huawei Authorized Learning Partner (HALP). Huawei turut mengumumkan bahawa ia akan melabur sebanyak AS$300 juta dalam program ini bagi menyokong rakan-rakan kongsi global dalam tiga tahun akan datang.

Source: HC2022
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment