Identiti baharu ini menggambarkan usaha keras syarikat tersebut dalam mencipta identiti barunya sambil menawarkan penyelesaian yang membawa perubahan kepada para pelanggan serta membina tenaga kerja yang pelbagai, global dan terlibat
BANGALORE, India dan PLANO, Texas, 20 September 2022 /PRNewswire/ -- CSS Corp, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan teknologi digital dan pengalaman pelanggan (CX) telah menjenamakan semula identitinya dengan nama Movate™. Identiti jenama baharu ini melambangkan transformasi syarikat tersebut kepada sebuah organisasi yang diterajui digital dan didorong manusia yang membantu syarikat dengan matlamat yang tinggi dan berorientasikan pertumbuhan meningkatkan prestasi melalui teknologi dan kepintaran manusia.
Nama baharu Movate ini ialah gabungan perkataan 'Momentum' dan 'Innovate'. Ia mewakili falsafah syarikat untuk membantu para pelanggan mencapai hasil yang terbaik dengan pantas dan terus kekal mendahului pasaran. Nama ini juga menekankan semangat firma tersebut untuk menyelesaikan cabaran yang kompleks melalui penyelesaian yang paling inovatif. Logo baharu Movate menggabungkan tema-tema ini menggunakan gabungan warna-warna terang dalam bentuk gradien. Warna yang padu mencerminkan piawaian penghantaran dan kepercayaan syarikat tersebut yang sentiasa utuh manakala warna gabungannya pula mewakili fleksibiliti tenaga kerja yang segar dan bersemangat untuk bekerja dalam pelbagai senario dan geografi para pelanggan.
Ditubuhkan pada 26 tahun yang lalu, syarikat tersebut telah membangunkan suatu segmen yang unik dalam industri sebagai penyedia perkhidmatan CX digital dan IT yang dipercayai dan diyakini untuk beberapa jenama terbesar di dunia di seluruh bidang perniagaan seperti teknologi, telekomunikasi, permainan, media, peruncitan, CPG dan automotif, serta pelbagai bidang yang lain. Dengan asas yang kukuh serta warisannya yang panjang, Movate telah mencatatkan trajektori pertumbuhan dan perubahan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Syarikat tersebut telah menjana pertumbuhan pendapatan secara konsisten sebanyak 20 hingga 30%, sekali gus mencerminkan model perniagaannya yang kukuh yang memanfaatkan penyelesaian infusi digital dengan pendekatan yang dipacu maklumat bagi menggalakkan pengalaman pelanggan yang sempurna. Ia juga telah muncul sebagai salah sebuah firma yang paling banyak menerima anugerah dan diiktiraf oleh penganalisis bagi julat pendapatannya.
Mengulas tentang langkah tersebut, Sunil Mittal, Ketua Pegawai Eksekutif Movate berkata, "Kami telah melangkah jauh sejak beberapa tahun yang lalu dan telah berubah menjadi sebuah syarikat berasaskan teknologi dan pengalaman yang berpusatkan manusia. Walaupun perniagaan kami telah berkembang secara dramatik untuk diselaraskan dengan keperluan pelanggan dan inovasi industri yang berubah-ubah, adalah penting bagi kami untuk turut mempunyai identiti yang jelas bagi mewakili transformasi kami yang luar biasa. Kami teruja untuk memperkenalkan nama dan identiti baharu jenama kami yang mencerminkan daya tarikan dan visi masa depan kami. Movate ialah lambang perubahan kami yang jelas – sebagai jenama rasmi yang memaparkan tujuan dan cita-cita baharu kami. Seramai 11,700 orang pekerja Movate berharap untuk terus bekerjasama dengan pelanggan global kami dengan budaya kepelbagaian, kecemerlangan dan berfokuskan pelanggan yang diperbaharui."
Didorong oleh pertumbuhan Movate dan komitmen firma untuk melantik bakat yang pelbagai dan terkemuka dalam industri, jumlah kakitangan syarikat ini telah meningkat sebanyak dua kali ganda sejak tiga tahun yang lalu. Bagi menghadapi realiti pasca pandemik, Movate telah mengambil alih Directly OnDemand, iaitu sebuah platform perkhidmatan pakar gig dan kini melahirkan rangkaian beribu-ribu pakar gig di 60 buah negara yang bertutur dalam lebih 100 bahasa. Dengan keupayaan yang disepadukan secara global ini, Movate berada pada kedudukan yang tepat untuk menambah nilai yang dipertingkatkan kepada para pelanggan globalnya sambil mengubah perniagaan mereka menjadi perusahaan yang pintar dan berkembang pesat.
Sanjay Chakrabarty, Rakan Kongsi Pengurusan Capital Square Partners, sebuah firma Ekuiti Swasta yang berpangkalan di Singapura dengan pegangan terkawal ke atas Movate, berkata, "Movate telah mewujudkan suatu segmen yang unik untuk syarikatnya sendiri dalam era baharu cadangan nilai berasaskan digital hari ini untuk para pelanggannya dan ini telah memudahkan pertumbuhan pesat syarikat tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Identiti jenama yang baharu dan dimodenkan ini mewakili komitmen Movate terhadap inovasi dan semangatnya untuk memperkasakan perusahaan dengan pemikiran yang membawa perubahan dan perkhidmatan berfokuskan hasil."
Penjenamaan semula Movate dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun ini dan ia akan turut memperkenalkan laman web baharunya, www.Movate.com. Maklumat lanjut tentang penjenamaan semula boleh diakses di www.csscorp.com/Movate.
Tentang Movate™
Movate, dahulunya dikenali sebagai CSS Corp, ialah sebuah syarikat perkhidmatan teknologi digital dan pengalaman pelanggan yang komited untuk mengubah industri dengan ketangkasan tanpa had, inovasi berpusatkan manusia dan fokus yang berterusan dalam mendorong hasil pelanggan. Ia membantu syarikat-syarikat yang mempunyai matlamat yang tinggi dan berorientasikan pertumbuhan di seluruh industri dengan memanfaatkan kepelbagaian bakatnya yang terdiri daripada lebih 11,700 orang pekerja Movate sepenuh masa di 20 lokasi global serta rangkaian gig yang terdiri daripada beribu-ribu pakar teknologi merentasi 60 buah negara yang bertutur dalam lebih 100 bahasa. Movate telah muncul sebagai salah sebuah syarikat yang paling banyak menerima anugerah dan diiktiraf oleh penganalisis bagi julat pendapatannya.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1899718/Movate.jpg?p=medium600