omniture

DP World memenangi kes konsesi Djibouti dalam keputusan mahkamah terkini oleh Mahkamah Hong Kong

DP World
2022-09-21 01:03

DP World telah terlibat dalam litigasi dengan China Merchants Port Holdings di Hong Kong sejak tahun 2019 kerana campur tangan ke atas haknya di Djibouti yang menyalahi undang-undang.

Ketika ini, China Merchants tidak berjaya memindahkan kes tersebut ke mahkamah Djibouti.

Keputusan ini bermakna DP World akhirnya berjaya memulakan perbicaraan penuh tentang merit yang menentang China Merchants di Mahkamah Hong Kong. 

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu, 20 September 2022 /PRNewswire/ -- DP World telah memenangi satu rentetan keputusan mahkamah terkini yang mempertahankan haknya sebagai pemegang saham dan pemegang konsesi di Terminal Kontena Doraleh di Djibouti.

Mahkamah Rayuan Hong Kong telah menolak permintaan terkini China Merchants Port Holdings yang memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan kedua di Mahkamah Rayuan Akhir terhadap keputusan sebelum itu bahawa tuduhan DP World terhadap syarikat tersebut hendaklah didengari di Mahkamah Hong Kong dan bukan di mahkamah Djibouti.

DP World dan syarikat usaha samanya, Doraleh Container Terminal, mengemukakan tuntutan bernilai berbilion dolar terhadap China Merchants dengan mendakwa bahawa syarikat tersebut telah memaksa kerajaan Djibouti untuk mengusir DP World dari negara tersebut dan menyerahkan terminal Doraleh kepada China Merchants.  Pelaburan China Merchants di pelabuhan dan projek zon bebas lain di Djibouti yang melanggar hak eksklusif DP World akan turut disiasat.

China Merchants mengemukakan hujah bahawa kes ini sepatutnya didengari di mahkamah Djibouti walaupun bidang kuasa asal syarikat tersebut terletak di Hong Kong. Mahkamah Tinggi Hong Kong bersetuju dengan hujah DP World bahawa kes ini perlu diteruskan di Hong Kong dan mengarahkan China Merchants untuk membayar kos perundangannya.  Mahkamah Rayuan tersebut telah menolak rayuan terhadap keputusan ini dan kini enggan memberi kebenaran kepada China Merchants untuk memfailkan rayuan kedua di Mahkamah Rayuan Akhir.

Keputusan Mahkamah Hong Kong dibuat susulan keputusan pada bulan Januari 2022 oleh London Court of International Arbitration (LCIA) terhadap Republik Djibouti, dengan bayaran ganti rugi interim bernilai USD200 juta untuk kerugian yang berlaku sepanjang tempoh 23 Februari 2018 hingga 31 Disember 2020. Ini merupakan keputusan kelapan yang dibuat oleh mahkamah atau tribunal antarabangsa yang memihak kepada DP World dalam pertikaian berterusannya dengan Republik Djibouti dan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar kepada DP World kini bernilai USD686.5 juta termasuk faedah terakru, manakala Konsesi sedia ada akan kekal sah di sisi undang-undang.

Doraleh Container Terminal merupakan majikan terbesar dan sumber pendapatan terbesar di Djibouti dan telah beroperasi dengan mencatatkan keuntungan tahunan sejak ia dibuka.

DP World merupakan syarikat penyedia logistik rantaian bekalan pintar serba lengkap di seluruh dunia yang mendayakan aliran perdagangan di serata dunia. Dengan portfolio yang terdiri daripada 295 perniagaan di 78 buah negara merentasi enam benua serta kewujudan yang signifikan di pasaran pertumbuhan tinggi dan matang, syarikat ini menjalinkan hubungan yang kukuh dengan para pemerintah negara di seluruh dunia yang bekerjasama untuk mengukuhkan ekonomi melalui pelaburan infrastruktur dan pelaksanaan penyelesaian perdagangan pintar.

 

 

Source: DP World
Keywords: Banking/Financial Service Maritime/Shipbuilding Transportation Legal issues Legal Services