omniture

Crowley dan Eastern Pacific Shipping Bekerjasama dalam Perjanjian Carter Jangka Panjang untuk Empat Buah Kapal Kontena Dikuasakan Gas Asli Cecair yang Baru Dibina

Crowley
2022-09-21 02:31

Kuartet generasi terkini berkapasiti 1,400-TEU ini menggambarkan komitmen kedua-dua buah organisasi terhadap peralihan ke arah tenaga bersih dalam industri

JACKSONVILLE, Florida, 21 September 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat perkapalan dan logistik A.S., Crowley telah menganugerahkan sebuah perjanjian carter kepada Eastern Pacific Shipping (EPS) yang berpangkalan di Singapura untuk empat buah kapal kontena yang baru dibina dan dikuasakan gas asli cecair (LNG) bagi aktiviti perdagangan Crowley di kawasan Amerika Tengah-A.S.

Representatives from Crowley, Eastern Pacific Shipping and Hyundai Mipo Dockyard at the charter agreement signing.
Representatives from Crowley, Eastern Pacific Shipping and Hyundai Mipo Dockyard at the charter agreement signing.

Penggunaan gas asli cecair mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada kapal seperti sulfur oksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida serta menghapuskan jirim zarahan dengan ketara berbanding bahan api diesel konvensional. Selain itu, kapal-kapal ini akan turut dilengkapi dengan enjin ME-GI bertekanan tinggi daripada MAN Energy Solutions yang mengurangkan gelinciran metana ke tahap yang paling sedikit serta menjadikan kapal-kapal ini paling cekap terhadap alam sekitar dalam kategorinya.

Setiap kapal yang akan mempunyai kapasiti 1,400 TEU (unit yang menyamai kontena 20 kaki), akan menampilkan 300 unit sejuk beku yang dipasang untuk mengangkut kargo mudah rosak dengan selamat. Beroperasi di bawah perjanjian carter jangka panjang Crowley, kapal-kapal ini akan memperluas armada dan keupayaan rantaian bekalan Crowley yang menghubungkan pasaran A.S. ke Nicaragua, Honduras, Guatemala dan El Salvador.

 "Kami teruja untuk membangunkan jejak pasaran A.S. kami melalui perjanjian carter jangka panjang ini dengan rakan kongsi yang terkemuka," kata Ketua Pegawai Eksekutif EPS, Cyril Ducau. "Seperti EPS, Crowley mempunyai sejarah yang luas dan portfolio perniagaan yang pelbagai, namun yang lebih penting, organisasi ini didorong oleh visi untuk menerajui usaha penyahkarbonan dalam industri. Apabila ia siap kelak, kapal ini akan menjadi kapal patuh IMO 2030 lima tahun lebih awal daripada yang dijadualkan dan akan memainkan peranan penting dalam usaha seluruh dunia dan industri untuk beralih ke arah sumber tenaga yang lebih bersih."

"Keempat-empat buah kapal ini akan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan strategik perkhidmatan rantaian bekalan Crowley bagi pasaran A.S., Amerika Tengah dan Caribbean. Di samping itu, penggunaan LNG dan teknologi pelepasan gas oleh kapal-kapal ini akan meningkatkan komitmen syarikat terhadap inovasi dan penyahkarbonan dalam industri perkapalan sebagai sebahagian daripada strategi kelestarian kami," kata Tom Crowley, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. "Memandangkan semakin banyak syarikat mempelbagaikan rantaian bekalan mereka dengan memindahkan operasi ke negara berdekatan dan mendapatkan sumber dari Amerika Tengah, Crowley akan memantapkan lagi perkhidmatan logistik serba lengkap kami untuk menjadi rakan kongsi dalam pertumbuhan syarikat-syarikat ini."

Kapal-kapal ini akan dibina oleh Hyundai Mipo Dockyard dari Korea dan dijadualkan siap pada tahun 2025.

Tentang Crowley 

Crowley ialah sebuah syarikat swasta dari A.S. yang memiliki dan mengendalikan penyelesaian maritim, tenaga dan logistik dan memberikan perkhidmatan kepada sektor komersial dan kerajaan dengan pendapatan tahunan bernilai melebihi $2.9 bilion serta memiliki lebih 170 buah kapal yang kebanyakannya berada di bawah armada Akta Jones serta mempunyai kira-kira 7,000 orang pekerja di seluruh dunia – mengambil lebih ramai pekerja marin A.S. berbanding mana-mana syarikat lain. Perniagaan Crowley telah melaburkan lebih $3 bilion dalam pengangkutan maritim yang menjadi tulang belakang kepada perdagangan dan ekonomi global. Sebagai penyedia perkhidmatan dan pengendali yang memiliki kapal di seluruh dunia dengan inovasi dan komitmen terhadap kelestarian selama lebih 130 tahun, syarikat ini memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di 36 buah negara dan kawasan kepulauan melalui lima unit perniagaannya: Crowley Logistics, Crowley Shipping, Crowley Solutions, Crowley Fuels dan Crowley Wind Services. Maklumat tambahan tentang Crowley, unit perniagaan dan anak syarikatnya boleh ditemui di www.crowley.com.

Tentang Eastern Pacific Shipping 

Dengan sejarah selama 60 tahun, Eastern Pacific Shipping Pte. Ltd. ("EPS") ialah sebuah syarikat perkapalan terkemuka yang komited terhadap pertumbuhan industri yang dipacu teknologi dan tenaga hijau. Beribu pejabat di Singapura selama 30 tahun yang lalu, EPS didorong oleh misinya untuk menjadi penyedia pengangkutan pilihan yang selamat dan cekap dalam industri perkapalan. Pemerkasaan misi tersebut melibatkan 6,000 tenaga kerja yang teguh dan semakin berkembang di laut dan di darat. Mereka menyelia armada serba guna dengan lebih 200 buah kapal dan 20 juta ton berat mati merentasi tiga segmen kapal kontena, kapal pukal kering dan kapal tangki utama. Pasukan darat EPS disepadukan sepenuhnya dengan jabatan komersial, kewangan, inovasi, teknologi maklumat, undang-undang, pengurusan, operasi dan teknikal dalaman.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1901333/Crowley_EPS_Charter_Agrmnt_Signing.jpg?p=medium600

Source: Crowley
Keywords: Gas Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities Contracts