omniture

Sidang Kemuncak Huawei Cloud di Bangkok: Memacu Pertumbuhan Lonjakan Ekonomi Digital dengan Natif Awan

HUAWEI CLOUD
2022-09-21 03:13 76

BANGKOK, 21 September 2022 /PRNewswire/ -- HUAWEI CONNECT 2022 bermula di Bangkok pada 19 September. Di Sidang Kemuncak Huawei Cloud bertemakan "Menginspirasikan Inovasi dengan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan", Zeng Xingyun, Presiden Huawei Cloud APAC, William Fang, Ketua Pegawai Produk Huawei Cloud serta pelanggan dan rakan kongsi yang menyampaikan ucaptama. Semasa berlangsungnya acara tersebut, Huawei Cloud melancarkan Cloud Native 2.0 Architecture White Paper (Kertas Putih Seni Bina Cloud Native 2.0) dan melancarkan Cloud Native Elite Club (CNEC) APAC bersama-sama Cloud Native Computing Foundation (CNCF). Bagi mempercepatkan transformasi digital di Asia Pasifik, Huawei Cloud mencadangkan tiga inisiatif: bertindak dengan keazaman strategik, menerima natif awan dan memupuk bakat digital.

Majlis pelancaran Cloud Native Elite Club (CNEC) APAC
Majlis pelancaran Cloud Native Elite Club (CNEC) APAC

Dalam ucaptama beliau, En. Zheng berkata untuk menuju natif awan perlu berfikir secara natif awan, bertindak secara natif awan. Huawei, bersama-sama pelanggan dan rakan kongsinya, akan menyaksikan pertumbuhan lonjakan dalam transformasi digital yang dikuasakan oleh natif awan di APAC. Dengan berpegang kepada pendekatan "oleh tempatan, untuk tempatan", Huawei Cloud akan mempromosikan industri digital Asia Pasifik dengan mengukuhkan pelaburan dalam infrastruktur, perkhidmatan B2B profesional, ekosistem rakan kongsi, perkhidmatan pembangun dan sokongan syarikat pemula.

Huawei Cloud telahpun menubuhkan 13 pusat perkhidmatan setempat di Asia Pasifik, dengan lebih daripada 1,000 jurutera bertauliah bagi menyediakan perkhidmatan tersuai. Selain itu, pembangunan ekosistem telah membuahkan hasil, dengan lebih daripada 2,500 rakan kongsi tempatan menjana lebih 50% hasil daripada Huawei Cloud. Huawei Cloud turut mara ke hadapan dengan kolaborasi industri-kerajaan-akademik di Asia Pasifik. Pelaburan dalam Huawei ASEAN Academy dan Seeds for the Future Program akan digunakan untuk memupuk lebih daripada 1 juta pakar digital sepanjang lima tahun akan datang.

Sebagai perintis natif awan, Huawei Cloud menawarkan perkhidmatan kepada 80% daripada 50 syarikat Internet terbaik di China dan lebih daripada 200 syarikat Internet utama di Asia Pasifik. Di Sarawak, Malaysia, Huawei Cloud, bersama-sama rakan kongsinya, telah membina infrastruktur natif awan untuk menyokong kolaborasi lebih daripada 30 jabatan kerajaan dalam lima bidang dan menyediakan lebih daripada daripada 80 perkhidmatan kerajaan digital dan bandar pintar bagi memastikan pembuatan keputusan yang lebih cekap dan lebih bermaklumat. Di Indonesia, Huawei Cloud menyediakan asas data disatukan untuk membantu CT Corp memindahkan perkhidmatan media, runcit dan kewangan ke infrastruktur awan, mengupayakan pengesyoran yang tepat untuk 200 juta pengguna Internet. Teknologi natif awan Huawei Cloud membantu Siam Commercial Bank (SCB) di Thailand melancarkan perkhidmatan pinjaman digitalnya dengan pantas. Kelulusan dan pengeluaran pinjaman, yang dahulunya mengambil masa satu bulan bekerja, kini berciri automatik sepenuhnya dan boleh disempurnakan hanya dalam lima minit.

William menegaskan sekali lagi komitmen Huawei Cloud untuk berfikir dan bertindak natif awan serta mematuhi strategi Semua-benda-sebagai-satu-Perkhidmatan. Matlamat utama adalah untuk menawarkan keupayaan natif awan tindanan penuh kepada pelanggan. Empat saluran dan lebih daripada 10 produk diperkenalkan di HUAWEI CONNECT tahun ini, seperti CCE Turbo (enjin bekas generasi seterusnya) dan UCS (perkhidmatan untuk natif awan merata), akan diperkenalkan di Asia Pasifik dan menuju global. Pada masa depan, Huawei Cloud akan melangkah lebih jauh untuk memberi nafas baharu ke dalam infrastruktur natif awan, pembangunan aplikasi natif awan dan penumpuan data-AI. Sidang kemuncak ini turut menyaksikan Huawei Cloud melancarkan Cloud Native 2.0 Architecture White Paper (Kertas Putih Seni Bina Cloud Native 2.0), yang bertujuan untuk membantu pelanggan berkembang dan melangkah maju ke arah transformasi digital masa depan.

Bagi mempercepatkan pendigitalan Asia Pasifik dengan natif awan, Huawei Cloud berganding bahu dengan CNCF dan perintis-perintis teknologi untuk melancarkan CNEC APAC. CNEC menyumbang kepada popularisasi dan kematangan teknologi natif awan di China sepanjang dua tahun yang lalu. CNEC APAC akan menghimpunkan minda natif awan paling hebat di rantau ini dan membolehkan mereka memfokuskan kepada transformasi digital perusahaan tempatan. Ia merupakan platform untuk bertukar-tukar pengalaman natif awan supaya lebih banyak organisasi dapat menyelami dengan lebih mendalam ke barisan hadapan teknologi natif awan dan menggunakan natif awan yang lebih baik. Pertukaran idea akan mencipta lebih banyak peluang untuk natif awan memperkasa inovasi industri, membuka laluan baharu unutk pendigitalan di Asia Pasifik.

William berkata bahawa Huawei Cloud akan terus menginovasi teknologi tindanan penuh bagi mempelopori bidang natif awan, mengupayakan industri-industri melalui Infrastruktur sebagai satu Perkhidmatan, Teknologi sebagai satu Perkhidmatan dan Kepakaran sebagai satu Perkhidmatan serta menyerlahkan produktiviti digital dengan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan.

 

 

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news