omniture

Omdia: Pasaran modul lensa penutup akan menghadapi penurunan yang pertama kali berlaku bagi penghantarannya pada tahun 2022

Omdia
2022-09-21 12:00 0

LONDON, 21 September 2022 /PRNewswire/ -- Disebabkan faktor-faktor seperti pengosongan stok, inflasi dan isu geopolitik yang mempengaruhi pasaran peranti pengguna, Omdia menganggarkan penghantaran modul kanta penutup secara tidak langsung akan menurun daripada 6.36 bilion unit pada tahun 2021 kepada 6.01 bilion unit pada tahun 2022, iaitu penurunan sebanyak 4.5% tahun ke tahun (YoY).

Cover lens end-market unit forecasts 2019-26
Cover lens end-market unit forecasts 2019-26

Kimi Lin, Penganalisis Penyelidikan Kanan Omdia berkata: "Dalam pengalaman kami, ini merupakan kali pertama penghantaran modul kanta penutup akan mencatatkan penurunan. Walau bagaimanapun, Omdia menjangkakan penghantaran akan meningkat sedikit pada tahun 2023 jika faktor-faktor yang mempengaruhi ini dapat dikurangkan menjelang akhir tahun 2022. Manakala untuk ramalan jangka panjang, sedikit penurunan penghantaran mungkin berlanjutan selama beberapa tahun serta bergantung pada ketepuan pasaran dan permintaan yang rendah dalam penggunaan IT dan CE."

Penggunaan telefon mudah alih menyumbang kepada bahagian terbesar dalam penghantaran (48.7% pada tahun 2021). Bahan kaca berasaskan alkali termasuk soda kapur, aluminosilikat dan litium aluminosilikat adalah dominan dalam penggunaaan telefon mudah alih. Litium aluminosilikat (37.7%) mendahului aluminosilikat (33.6%) dan sekali gus menjadi bahagian terbesar dalam penghantaran pada tahun 2021. Bahan seramik kaca menyumbang bahagian penghantaran sebanyak 3.1% pada tahun 2021 disebabkan penggunaannya pada iPhone oleh Apple. Namun begitu, kadar penggunaan kaca seramik pada jenama Android adalah rendah disebabkan kapasiti yang terhad.  Penggunaan bahan sebatian semakin meningkat kerana ia merupakan pilihan yang lebih menjimatkan kos untuk penggunaan lensa penutup bahagian belakang berbanding bahan kaca berasaskan alkali dalam faktor bentuk 3D. Penghantaran seramik untuk penggunaan lensa penutup bahagian belakang mencapai tahap tertinggi pada tahun 2020 tetapi dijangka akhirnya akan merosot disebabkan kos yang lebih tinggi dan sumber pembekal yang sedikit.

Sebaliknya, CPI (poliimida tidak berwarna) dan UTG (kaca ultra nipis) digunakan secara meluas pada peranti paparan AMOLED boleh lipat (diod pemancar cahaya organik matriks aktif) seperti siri Samsung Galaxy Z Fold, Samsung Galaxy Z Flip, Huawei Mate X, Xiaomi Fold, OPPO Find N, Moto Razr, Honor Magic V dan Vivo X-Fold. Penghantaran lensa penutup boleh lipat yang digunakan pada telefon pintar masih terhad. Omdia menjangkakan penghantaran akan meningkat secara beransur-ansur, manakala kos akan ditambah baik dan prestasi dipertingkatkan lagi dalam hal-hal seperti ketahanan dan lipatan pada telefon boleh lipat.

Tentang Omdia 
Omdia ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat terkemuka yang memberi tumpuan kepada industri teknologi. Dengan para pelanggan yang beroperasi di lebih 120 buah negara, Omdia menyediakan data, analisis, nasihat dan perundingan tersuai yang penting di pasaran.

Sila hubungi:
Fasiha Khan / Tel: +44 7503 666806 / E-mel: fasiha.khan@omdia.com

Sila layari Omdia

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1897726/Cover_lens_end_market_unit_forecasts_2019_26.jpg?p=medium600

 

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Mobile Entertainment Publishing/Information Service Telecommunications Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research