Perkembangan terkini pada platform pengurusan projek pembinaan InEight memperkenalkan pengurusan reka bentuk dan amalan penanda aras baharu, meningkatkan konsistensi dan penyeragaman di seluruh projek.
SCOTTSDALE, Arizona, 21 September 2022 /PRNewswire/ -- InEight Inc., peneraju global dalam perisian pengurusan projek pembinaan, hari ini telah mengumumkan inovasi perisian terbaharunya, termasuk penyeragaman proses baharu yang merangkumi skop, reka bentuk dan pengurusan sumber serta ciri penjejakan kemajuan baharu dan keupayaan untuk membuat anggaran dan jadual yang disahkan penanda aras. Kemas kini ini turut menambah baik aplikasi mudah alih InEight bagi memudahkan akses segera kepada maklumat masa nyata sama ada di pejabat, lapangan atau di mana-mana sahaja. Secara keseluruhannya, kemas kini ini akan meningkatkan kebolehlihatan projek, mewujudkan peluang baharu untuk kecekapan sambil meningkatkan prestasi pasukan dan kepastian projek, termasuk projek pembinaan reka bentuk dan penyerahan alternatif.
"Bagi memperolehi sepenuhnya manfaat akses industri yang semakin meningkat terhadap data, kami memerlukan penyeragaman dan alat penanda aras yang lebih baik," ujar Brad Barth, Ketua Pegawai Produk InEight. "Kemas kini terbaharu kami hanya tertumpu kepada perkara tersebut – mencipta cara baharu untuk menjana cerapan yang boleh diambil tindakan yang akan meningkatkan prestasi yang tepat pada masanya dan mengikut belanjawan secara signifikan."
Peningkatan kebolehlihatan masa nyata bagi kuantiti reka bentuk dan tarikh penyerahan yang semakin berkembang, bersama-sama penjejakan kemajuan yang lebih mudah terhadap skop reka bentuk akan membolehkan para pengguna mengurus sumber, rancangan kerja, belanjawan, ramalan, jadual dan perolehan dengan lebih baik. Penambahbaikan kepada penyelesaian Pengurusan Reka Bentuk InEight ini akan meningkatkan konsistensi penyerahan projek sambil menyeragamkan penyiapan kerja reka bentuk.
Kemas kini terkini InEight pada fungsi penanda arasnya akan membolehkan para pengguna membuat anggaran dan jadual yang disahkan penanda aras dengan menggunakan koleksi templat, sumber dan kos serta pemasangan. Pengguna akan dapat memanfaatkan projek terdahulu bagi membandingkan titik data seperti anggaran dan seperti yang dibina serta menilai anggaran dan jadual berdasar purata tinggi dan rendah terdahulu melalui sebuah graf yang boleh difahami secara visual dan pandangan konsensus.
Penambahbaikan ini juga akan meningkatkan fungsi dan pengalaman pengguna aplikasi mudah alih InEight. Melalui pemberitahuan yang lebih baik serta fungsi penjejakan kemajuan dan produktiviti, para pengguna mudah alih boleh kekal aktif dalam projek walau berada di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Para pengguna mudah alih akan dapat melog masalah, menukar atau memohon maklumat dengan serta-merta secara langsung dalam aplikasi, serta menyemak data projek dan metrik terkini dalam satu papan pemuka tanpa memerlukan komputer. Data yang dikemas kini dalam aplikasi akan dapat diakses dengan serta-merta dalam sistem supaya semua orang yang berada di lapangan atau pejabat boleh berbincang perkara yang sama.
Untuk maklumat lanjut tentang inovasi suku tahunan InEight, sila layari: InEight Innovations
Tentang InEight
InEight menyediakan perisian pengurusan projek yang diuji lapangan untuk pemilik, kontraktor, jurutera dan pereka bentuk yang sedang melakukan pembinaan di seluruh dunia. Lebih 575,000 pengguna dan lebih 850 pelanggan di seluruh dunia bergantung pada InEight untuk mendapatkan cerapan masa nyata yang membantu mengurus risiko dan memastikan projek mengikut jadual dan di bawah bajet merentas keseluruhan kitaran hayat.
Daripada perancangan awal kepada reka bentuk, daripada anggaran kepada penjadualan, dan daripada pelaksanaan lapangan kepada perolehan, InEight telah menjana lebih daripada $1 trilion dalam projek di seluruh dunia merentas infrastruktur, sektor awam, tenaga dan kuasa, minyak, gas dan kimia, perlombongan dan komersial. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti InEight di LinkedIn atau layari InEight.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1901961/InEight_Benchmark.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/715598/InEight_Logo.jpg?p=medium600