omniture

Vantage umum perkongsian dengan UNESCO sokong inisiatif pendidikan di India

Vantage
2022-09-22 03:54 88

SINGAPURA, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Vantage, platform dagangan berbilang aset bertaraf antarabangsa hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), sebagai sebahagian daripada komitmen sosialnya untuk mengukuhkan peluang pendidikan buat pasaran-pasaran baru muncul seperti India.

Eric Falt, Director and UNESCO Representative for the UNESCO New Delhi Office, and Marc Despallieres, Chief Strategy & Trading Officer at Vantage
Eric Falt, Director and UNESCO Representative for the UNESCO New Delhi Office, and Marc Despallieres, Chief Strategy & Trading Officer at Vantage

 

[L-R]Yen Sim, Global Branding and Communications Director, Vantage, Eric Falt, Director and UNESCO Representative for the UNESCO New Delhi Office, and Marc Despallieres, Chief Strategy & Trading Officer, Vantage.
[L-R]Yen Sim, Global Branding and Communications Director, Vantage, Eric Falt, Director and UNESCO Representative for the UNESCO New Delhi Office, and Marc Despallieres, Chief Strategy & Trading Officer, Vantage.

Dalam perkongsian ini, Vantage menyokong "Laporan Keadaan Pendidikan untuk India, 2022 – Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pendidikan" ("State of the Education Report for India, 2022 – Artificial Intelligence (AI) in Education") yang dilancarkan hari ini di New Delhi, India. Laporan tersebut meliputi beberapa isu yang berkaitan pada titik persilangan antara AI dan pendidikan, termasuk potensi kecerdasan buatan untuk memperkasa para guru dan meningkatkan pemahaman kita tentang proses pembelajaran.

Mengulas tentang perkongsian tersebut, Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage, berkata, "Jejak global dan kehadiran kami dalam pasaran baru muncul memberi perspektif unik kepada kami tentang isu-isu yang dihadapi oleh komuniti kami. Kami bermatlamat untuk memupuk perkongsian strategik dalam tempoh jangka panjang bersama UNESCO yang berlandaskan kepada asas nilai bersama kami – keterangkuman dan kesaksamaan. Sebagai penyedia perkhidmatan kewangan, memberi sokongan kami terhadap pembangunan teknologi baru muncul dalam bidang pendidikan seperti untuk AI dalam pendidikan dan inisiatif literasi digital kepada murid dan pelajar di India merupakan langkah pertama yang lazim dalam perjalanan pendidikan ini."

Menyebut tentang peranan kecerdasan buatan dalam rangkuman kewangan, Eric Falt, Pengarah dan Wakil UNESCO ke Bhutan, India, Maldives dan Sri Lanka berkata, "Biarpun dunia mungkin bersikap tidak memihak tentang AI, keadaan ini menunjukkan kepastian bahawa AI berkemungkinan akan kekal lama. Dengan peningkatan ICT dan platform perbankan digital, AI menjadikan rangkuman kewangan suatu kenyataan di India. Pendidikan dan kemahiran kewangan merupakan kunci untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial rakyat, terutamanya wanita. Sehubungan itu, kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan Vantage yang berkongsi komitmen yang sama dengan kami."

Perkongsian Vantage dengan UNESCO New Delhi menghimpunkan dua organisasi dengan aspirasi yang dikongsi bersama untuk memastikan agar tiada siapapun yang ketinggalan. Dalam tahun-tahun akan datang, Vantage menyasarkan untuk memanfaatkan kepakaran kewangan dan teknologinya bagi memberi sokongan kepada inisiatif pendidikan UNESCO di India dengan meningkatkan kebolehcapaian pengajaran dan membawa manfaat pendidikan kepada mereka yang paling memerlukannya.

Perkongsian strategik Vantage dengan UNESCO menandakan satu lagi kejayaan dalam perjalanan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) korporatnya, yang dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai 2022. Vantage telah berkolaborasi dengan penerbit media digital yang popular Supercar Blondie untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dan pemberdayaan wanita semasa minggu perlumbaan Extreme E di Sardinia, Itali. Di samping itu, syarikat ini telah menjalankan beberapa aktiviti ESG yang lain pada tahun ini, termasuk latihan pengumpulan dana padanan dolar-untuk-dolar dengan kerjasama UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian) dan kempen derma darah global di pejabat-pejabat mereka.

Latar Belakang Vantage 

Vantage ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks dan Saham.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 10 tahun, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja/kakitangan merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah dan platform dagangan yang lebih pantas dan lebih ringkas yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan. Muat turun Vantage App di App Store atau Google Play.

Diperkasakan untuk memanfaatkan peluang pasaran yang menarik dengan lebih baik apabila anda berdagang dengan lebih bijak @vantage.com

www.vantagemarkets.com

Latar Belakang UNESCO

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ditubuhkan pada tahun 1945. Ia bertujuan untuk membina perdamaian dan dialog antara budaya melalui pendidikan, sains, budaya, komunikasi dan maklumat. Program-program daripada UNESCO menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan yang ditakrifkan dalam Agenda 2030, diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB dalam tahun 2015. Sebagai sebuah makmal idea, UNESCO membantu negara-negara menerima pakai piawaian antarabangsa dan mengurus program-program yang memupuk aliran idea yang bebas dan pertukaran ilmu.

WEB |FACEBOOK | INSTAGRAM  | TWITTER | YOUTUBE

 

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Contracts Hispanic-oriented news Financial Technology