omniture

Industri perkapalan mengambil langkah pertama yang memberangsangkan ke arah matlamat kejayaan berkaitan penggunaan bahan api dengan pelepasan karbon sifar secara besar-besaran menjelang tahun 2030

Getting to Zero Coalition
2022-09-22 04:00

Laporan baharu menunjukkan kemajuan yang signifikan terhadap matlamat 5% oleh industri, kerajaan negara dan perkembangan positif di IMO.

NEW YORK, 21 September 2022 /PRNewswire/ -- Industri perkapalan berusaha ke arah penyahkarbonan penuh selewat-lewatnya menjelang tahun 2050 dan pada tahun lalu, satu pelan tindakan telah dilancarkan di mana pihak swasta dan awam boleh memberi tumpuan kepada usaha kolektif mereka dalam bidang ini dan untuk beberapa dekad yang akan datang.

"Laporan Tindakan Iklim dalam Industri Perkapalan - Kemajuan ke arah Pencapaian Cemerlang Industri Perkapalan Tahun 2030,'' yang pertama seumpamanya, akan dilancarkan pada 21 September semasa Minggu Iklim New York, sebelum berlangsungnya Global Maritime Forum Annual Summit dan serentak dengan Clean Energy Ministerial Global Clean Energy Forum, yang menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan ke COP27 dan menyediakan catatan kemajuan yang hebat sehingga kini, menerangkan di mana usaha dan kerjasama yang diselaraskan adalah amat diperlukan.

Laporan tersebut mendapati terdapat "kemajuan yang signifikan daripada industri, kerajaan negara dan perkembangan yang positif di peringkat IMO", namun usaha untuk menukar komitmen tersebut kepada pembangunan yang kukuh adalah amat penting untuk mencapai perkembangan lanjut.

Kajian tersebut, yang diketuai oleh Katharine Palmer, Peneraju Perkapalan untuk pasukan UN High level Climate Champions dan Domagoj Baresic, Perunding UMAS, menilai matlamat kejayaan tahun 2030 terhadap pencapaian utama untuk perubahan, yang termasuk: teknologi dan bekalan, kewangan, dasar, permintaan dan tindakan masyarakat sivil.

Getting to Zero Coalition - Gabungan peneraju industri yang dianggotai oleh lebih 200 ahli dari seluruh rantaian nilai maritim dengan kerjasama World Economic Forum dan Global Maritime Forum - telah menyumbang kepada usaha tersebut dengan mengesahkan kemajuan terhadap lima pencapaian pelan tindakan dan mengadakan Bengkel di Copenhagen pada bulan Jun dengan ahli-ahli Gabungan untuk memberikan input penting daripada industri untuk melangkah ke hadapan dalam usaha mencapai tindakan.

Dari segi kemajuan teknologi dan pembekalan SZEF (Scalable Zero Emission Fuels), laporan tersebut mendapati bahawa hanya "sebahagian yang berada dalam bidang perkapalan berada di landasan yang betul.'' Walaupun terdapat lebih daripada 200 projek perintis penyahkarbonan perkapalan dan projek demonstrasi dalam perancangan serta kemajuan yang telah dicapai diperhatikan berkaitan pengisian bahan api dan garis panduan keselamatan di peringkat antarabangsa, ia telah beralih daripada perintis kepada komitmen pengeluaran, pelaburan dan pembangunan infrastruktur SZEF kini telah menjadi keperluan utama.

Berdasarkan analisis UMAS, ia dijangka bahawa industri ini perlu komited untuk melabur sekitar USD40 bilion setiap tahun menjelang tahun 2030 untuk pengisian bahan api dan pengeluaran SZEF serta laporan ini menunjukkan keperluan untuk kejelasan yang lebih besar terhadap komitmen pembiayaan bagi infrastruktur pengeluaran SZEF.

Ia menambah bahawa pesanan semasa untuk kapal sedia SZEF perlu ditingkatkan dengan lebih ketara, manakala pasaran pengangkutan karbon sifar yang sebenar dijangka akan muncul.

Berkaitan dasar, penulis berkata bahawa adalah penting bagi isyarat dasar positif, seperti konsensus tentang penetapan harga pelepasan GHG (Gas Rumah Hijau) diterjemahkan ke dalam perjanjian yang kukuh di IMO pada tahun 2023, dengan tahun akan datang menawarkan peluang penting sebelum semakan IMO's Greenhouse Gas Strategy.

Katharine Palmer, Ketua Perkapalan pasukan UN High level Climate Champions berkata: "Untuk mencapai Kecemerlangan pada tahun 2030, kita memerlukan tindakan projek jangka pendek yang menerangkan tindakan yang jelas dan kolektif yang perlu dilaksanakan. Laporan ini bertindak sebagai langkah berjaga-jaga sebenar yang perlu dipantau dan dijejak secara berterusan. Dalam usaha berterusan dalam mencapai COP27, ini merupakan satu pencapaian penting untuk memberi isyarat perubahan sebenar kepada penyampaian bagi menukarkan komitmen dan ikrar ini kepada tindakan dan penyelesaian"

Domagoj Baresic, Perunding UMAS berkata: "Untuk membolehkan industri perkapalan melaksanakan proses menyahkarbon, pelbagai tindakan yang boleh meningkatkan pengeluaran dan penggunaan bahan api sifar pelepasan karbon berskala dalam industri diperlukan sekarang. Laporan ini memberikan bukti tentang kemajuan yang signifikan yang telah dibuat untuk menyahkarbon perkapalan, namun pada masa yang sama menunjukkan bahawa tindakan yang penting amat diperlukan. Bukti yang dibentangkan menunjukkan bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk mengambil tindakan yang diperlukan bagi memastikan bahawa industri terus komited terhadap trajektori penyahkarbonan menjelang tahun 2030."

Laporan UMAS dan UN High level Climate Champions, disokong oleh Getting to Zero Coalition, Lloyd's Register dan Mission Possible Partnership, menyusul selepas penerbitan pelan tindakan pada bulan Oktober 2021 oleh UN Climate Change High Level Champions, UMAS dan Global Maritime Forum menetapkan tindakan jangka pendek dan peristiwa penting yang mana perniagaan dan kerajaan boleh bersatu berdasarkan Kecemerlangan tahun 2030 daripada High-Level Climate Champions.

 

Source: Getting to Zero Coalition
Keywords: Environmental Products & Services Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities Environmental Issues Survey, Polls & Research