omniture

Omdia: Kemerosotan pasaran semikonduktor mula meningkat semula dengan pesat

Omdia
2022-09-22 12:00

LONDON, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Suku kedua tahun 2022 merupakan suku ketiga berturut-turut bagi pertumbuhan pendapatan yang semakin lemah dalam pasaran semikonduktor, dengan pasaran yang kini semakin merosot menurut Penjejak Landskap Kompetitif Omdia. Pendapatan bagi suku kedua tahun 2022 telah menurun sebanyak 1.9% daripada USD161.2 bilion bagi suku pertama tahun 2022 kepada USD158.1 bilion bagi suku kedua tahun 2022. Penurunan ini berlaku susulan tempoh pengekalan pertumbuhan semikonduktor yang paling lama tanpa gangguan iaitu selama lapan kali suku tahunan.

Total semiconductor revenue sequential growth
Total semiconductor revenue sequential growth

Cliff Leimbach, Penganalisis Penyelidikan Kanan Omdia berkata: "Penurunan pendapatan semikonduktor baru-baru ini telah menyebabkan suku kedua tahun 2022 direkodkan sebagai suku kedua yang ketiga paling teruk dari segi prestasi dalam tempoh dua puluh tahun Omdia menjejaki pasaran. Perubahan akan menyusul dengan adanya peningkatan permintaan yang julung-julung kali berlaku akibat aktiviti bekerja dari rumah dan belajar dari rumah. Berdasarkan sifat kitaran pasaran semikonduktor, kami menjangkakan bahawa baki tahun 2022 dan separuh pertama tahun 2023 berkemungkinan akan menjadi satu tempoh pelarasan apabila pasaran kembali normal."

Faktor yang menjadi penyumbang kepada kemerosotan sektor semikonduktor semasa ialah disebabkan oleh prestasi Intel pada suku kedua tahun 2022 dan kemerosotan perniagaan mikropemproses (MPU) syarikat tersebut sebanyak 13% pada suku pertama. Kejatuhan pasaran ini yang mewakili lebih 10% daripada jumlah pasaran semikonduktor, telah menyebabkan pasaran keseluruhan jatuh merudum.

Selain itu, nilai dolar AS telah semakin kukuh berbanding pelbagai mata wang asing yang lain pada suku kedua tahun 2022 berbanding suku pertama tahun 2022. Syarikat-syarikat yang melaporkan pendapatan mereka dalam mata wang asing menyaksikan penurunan pendapatan apabila ditukar kepada dolar AS. Sesetengah syarikat yang bukan berpangkalan di AS mengalami peningkatan pendapatan suku tahunan dalam mata wang tempatan namun peningkatan suku tahunan yang negatif disaksikan daripada perspektif dolar AS. Kesemua faktor ini telah mempengaruhi kemerosotan jumlah pendapatan pasaran semikonduktor dalam mata wang dolar AS.

Satu tinjauan prestasi syarikat-syarikat semikonduktor terbaik menunjukkan bahawa gabungan penurunan pendapatan bagi Intel dan NVIDIA adalah berjumlah USD3.7 bilion pada suku kedua tahun 2022; yang berlaku akibat berkurangnya permintaan pengguna terhadap produk mereka serta disebabkan OEM (Pengeluar Peralatan Asli) memegang inventori yang kurang dalam tempoh yang tidak menentu ini. Satu-satunya firma daripada senarai sepuluh firma terbaik dengan pendapatan yang merosot pada suku kedua 2022 ialah Qualcomm. Syarikat-syarikat yang selebihnya telah mengalami peningkatan pendapatan pada suku tahunan tersebut.

Pasaran memori mengalami sedikit peningkatan pada suku kedua, iaitu melebihi sedikit daripada 1%. Samsung merupakan firma DRAM dan NAND nombor satu. Gabungan fakta ini dengan hasil pendapatan Intel telah mengukuhkan kedudukan Samsung sebagai firma semikonduktor terbaik dari segi pendapatan. 

Tentang Omdia 
Omdia ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat terkemuka yang memberi tumpuan kepada industri teknologi. Dengan para pelanggan yang beroperasi di lebih 120 buah negara, Omdia menyediakan data, analisis, nasihat dan perundingan tersuai yang penting di pasaran.

Sila hubungi:
Fasiha Khan / Tel: +44 7503 666806 / E-mel: fasiha.khan@omdia.com

Sila layari Omdia

Top 10 Market Share
Top 10 Market Share

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1897721/Total_semiconductor_revenue_sequential_growth_CLT_Sept_2022.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1897722/Top_10_Market_Share_CLT_Tracker_Sep_2022.jpg?p=medium600

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Publishing/Information Service Semiconductors Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research