omniture

Straive menerima 'Anugerah Pengukuhan Semula Jenama' dan 'Anugerah Kempen Integrasi Berbilang Saluran Terbaik' di CMO Asia Awards 2022

Straive (erstwhile SPi Global)
2022-09-22 12:20 0

SINGAPURA, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Straive, sebuah syarikat peneraju yang menyampaikan penyelesaian dipacu teknologi untuk Kandungan, Teknologi Pendidikan dan Data kepada organisasi global terkemuka, telah dianugerahkan dengan dua anugerah di CMO Asia Awards 2022 edisi ke-13 yang telah dianjurkan pada 17 Ogos 2022 di Singapura. Organisasi tersebut telah memenangi Anugerah Pengukuhan Semula Jenama bagi kategori Kecemerlangan dalam Pemasaran dan Penjenamaan serta Kempen Integrasi Berbilang Saluran Terbaik untuk Kecemerlangan dalam Pemasaran Digital daripada 200 pencalonan bagi kesemua 40 kategori.

CMO Asia Awards merupakan salah satu anugerah yang paling didambakan di rantau Asia Pasifik (APAC). Penghargaan ini dianugerahkan berdasarkan sumbangan yang cemerlang dalam Pemasaran Tradisional, Penjenamaan dan Pemasaran Digital serta mengiktiraf organisasi dan individu atas inisiatif komunikasi mereka yang cemerlang pada peringkat kakitangan dan pelanggan. Anugerah ini diadili oleh para juri profesional bebas yang sangat berkaliber dari seluruh Asia.

SPi Global dijenamakan semula kepada Straive pada bulan April 2021 dengan harapan untuk menyelaraskan jenama ini dengan inisiatif strategik syarikat yang semakin berkembang. Susulan itu, Straive telah melaksanakan kempen jenama secara komprehensif untuk menyampaikan mesej jenama yang baharu dan mencetuskan kesedaran serta mengingatkan semula tentang jenama tersebut. Kempen penjenamaan semula yang melibatkan promosi statik dan dinamik, mel pelanggan, siaran akhbar, komunikasi media sosial dan pelancaran laman web baharu ini, telah dianugerahkan dengan anugerah Pengukuhan Semula Jenama.

Straive juga telah menjalankan pelbagai kempen integrasi berbilang saluran untuk membina kesedaran tentang tawaran syarikat serta menjana permintaan di seluruh rangkaian perniagaannya. Syarikat ini telah berjaya memanfaatkan pelbagai saluran pemasaran untuk menjangkau sasaran khalayak dalam industri seperti Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans (BFSI), Perkhidmatan Maklumat, Teknologi Pendidikan, Penerbitan Akademik dan banyak lagi. Memandangkan impak perniagaan yang telah dicapainya, kempen induk berbilang saluran 'Connecting the Dots' telah memenangi Anugerah Kempen Integrasi Berbilang Saluran Terbaik pada majlis tersebut.

Mengulas tentang anugerah yang diterima, Ratan Datta, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Straive berkata, "Straive berasa sukacita menerima pengiktirafan ini yang membuktikan inisiatif pemasaran dan penjenamaan kami. Sebagai sebuah syarikat, kami telah menggandakan usaha pemasaran dan penjenamaan kami sepanjang tahun lalu untuk menyampaikan tujuan, nilai dan bidang tumpuan utama kami kepada para pelanggan, kakitangan dan pihak berkepentingan kami serta membina jenama Straive yang lebih kukuh. Saya teruja melihat usaha kami ini diiktiraf oleh para pemimpin dan pakar industri. Kami akan terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengalaman pihak berkepentingan melalui komunikasi pemasaran yang jelas, relevan dan memberi impak."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama Straive, sila Klik Di Sini.

Tentang Straive (dahulunya dikenali sebagai SPi Global)

Straive ialah sebuah syarikat teknologi kandungan terkemuka di pasaran yang menyediakan perkhidmatan data, pakar bidang khusus (SME) dan penyelesaian teknologi untuk pelbagai domain seperti kandungan penyelidikan, e-Pembelajaran/Teknologi Pendidikan dan penyedia data/maklumat. Dengan pangkalan pelanggan yang merangkumi 30 buah negara di seluruh dunia, koleksi sumber pelbagai geografi Straive terletak secara strategik di tujuh buah negara: Filipina, India, AS, China, Nicaragua, Vietnam, United Kingdom dan ibu pejabat syarikatnya yang terletak di Singapura.

Untuk pertanyaan media , sila hubungi Anoop Tuli, anoop.tuli@straive.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1891596/Straive_TM_Logo.jpg?p=medium600

Source: Straive (erstwhile SPi Global)
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards Trade show news