SHENZHEN, China, 7 November 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Teknologi Tinggi China (CHTF) 2013 akan berlangsung pada 16 hingga 21 November 2013 di Akademi Sains Cina (CAS) dan akan sekali lagi menunjukkan kejayaannya yang dicapai selama lebih sedekad dalam bidang Internet of Things (IOT). Ini merupakan tahun ketiga bagi CAS untuk mempamerkan teknologi IOT, aplikasi dan penyelesaiannya di CHTF.
Pada CHTF 2013, dengan bertemakan "Penderiaan China", CAS akan menghantar lebih 30 institut penyelidikan dan organisasi kerjasama tempatan bagi mempamerkan lebih 118 projek. Teknologi IOT biasa dan produk yang digunakan bagi keselamatan negara, kehidupan, pertanian, industri dan pengurusan bandar akan menjadi tumpuan utama dalam pameran tersebut.
CAS memaparkan tiga kategori di Dewan 5 Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen: Inovasi, Aplikasi Industri serta Teknologi dan Produk. Projek seperti "Platform Integrasi", "Bagi Menderia Dewan", "Sumber Pertanian dan Keselamatan Makanan IOT", "Visi Pintar" dan penyelesaian bagi industri pintar, pemantauan persekitaran dan lain-lain turut menjadi tumpuan.
Platform Integrasi akan memaparkan aplikasi biasa dalam bidang pertanian dan industri pintar, teknologi untuk kehidupan, pengangkutan pintar dan penjagaan kesihatan berdasarkan teknologi proprietari yang berkaitan dengan keselamatan maklumat IOT, penderiaan bahagian depan dan perisian pengiraan awan. Di dewan pameran CHTF, "Bagi Menderia Dewan" akan membina satu rangkaian komunikasi rantaian wayarles berkelajuan tinggi, rangkaian penderiaan persekitaran wayarles dan beberapa subsistem bagi menghitung jumlah individu, lokasi kawasan peribadi, pengiraan penggunaan tenaga dan penderiaan video bagi memaparkan keputusan dalam masa sebenar pada Platform Integrasi melalui penghantaran wayarles/berwayar dan sukatan multimedia.
Pada tahun ini, CAS akan meneruskan usaha untuk memenuhi permintaan rakyat untuk inovasi dalam kehidupan mereka dengan memperlihatkan kejayaan akademi bagi IOT, pengiraan awan dan teknologi maklumat generasi baharu lain serta inovasi teknologi bagi membantu negara China untuk memupuk industri memuncul yang strategik melalui pelaksanaannya dalam bidang Interaksi Inovatif, Aplikasi Industri dan Produk & Teknologi.
Latar Belakang CHTF:
Pesta Teknologi Tinggi China (CHTF) merupakan acara teknologi tinggi peringkat antarabangsa yang diadakan pada bulan November setiap tahun di Shenzhen, China. Acara ini mendapat kelulusan daripada Majlis Negeri Republik Rakyat China dan dianjurkan bersama oleh 10 jabatan kerajaan dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen dan merupakan salah satu daripada acara yang paling berpengaruh bagi sektor teknologi tinggi di tanah besar China. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang CHTF, sila layari laman webnya: www.chtf.com.