BANGALORE, India, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- En. Rajesh Janey, seorang pakar industri terkenal dan ahli teknologi berpengalaman telah dilantik sebagai ahli Lembaga Penasihat iValue InfoSolutions. Melalui jawatan tersebut, beliau akan terlibat dengan pasukan kepemimpinan iValue serta memberi bimbingan tentang strategi pertumbuhan organik dan bukan organik syarikat. iValue ialah pendaya teknologi premium yang memacu 'Pasaran Bersasar' untuk tawaran yang khusus, menarik dan pelengkap dengan pendekatan perundingan untuk Transformasi Digital Perusahaan berkaitan Pengurusan Kitaran Hayat Aplikasi bagi menangani keperluan perniagaan yang baru muncul dalam model berbilang awan hibrid yang meliputi keperluan Perbelanjaan Modal dan Perbelanjaan Operasi.
Rajesh mempunyai pengalaman selama hampir empat dekad dalam industri teknologi meliputi perkakasan, perisian dan perkhidmatan dengan kepakaran memimpin pasukan dengan pelbagai budaya dan berbilang lokasi geografi; mengurus penyata untung rugi dalam organisasi matriks yang kompleks dan menerajui usaha transformasi ketika tiga penggabungan teknologi terbesar dilakukan. Rajesh telah memegang pelbagai jawatan kepemimpinan di beberapa buah syarikat terbesar. Beliau membawa bersama kepakaran kepemimpinan, pengurusan, teknikal dan pakatan kepada iValue.
Dalam jawatan beliau sebelum ini, Rajesh merupakan Naib Presiden Kanan – Pakatan Global Dell Technologies dan merupakan eksekutif kanan yang pertama berpangkalan di India untuk Pakatan Global di Dell. Beliau telah berkhidmat selama lebih lima belas tahun dengan Dell Technologies dan EMC dalam pelbagai jawatan seperti Presiden dan Pengarah Urusan perniagaan Perusahaan di India serta Presiden – EMC India dan SAARC. Beliau juga telah berkhidmat dengan NetApp (Presiden – India dan SAARC). Selain itu, Rajesh juga telah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pengkomputeran Awan CII (Confederation of Indian Industry). Beliau juga pernah menganggotai Ahli Lembaga Pengarah SNIA (Storage Networking Industry Association) India dan Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika (AMCHAM) di India.
"Saya amat berbangga dan teruja untuk mengumumkan pewujudan jawatan Ahli Lembaga Penasihat syarikat kami. Pengalaman yang dibawa oleh kumpulan ini kepada syarikat adalah amat berharga dan hari ini menandakan satu lagi titik perubahan yang penting untuk iValue," ujar Pengasas & Pengarah Urusan iValue Infosolutions, En. Sunil Pillai. "Rajesh membuat saya kagum dengan kepintaran beliau dalam perniagaan dan kepakaran teknologi beliau. Beliau telah menjadi peneraju pertumbuhan syarikat korporat yang besar di India yang antaranya termasuk Dell EMC, NetApp dan HP. Pengalaman dan bimbingan beliau adalah amat berharga ketika kami mempercepat fasa pertumbuhan syarikat kami yang seterusnya melalui pengembangan lokasi geografi dan juga pertumbuhan tidak organik di seluruh perkhidmatan keselamatan dan awan. Kami teruja dengan penyertaan Rajesh ke dalam barisan Ahli Lembaga Penasihat kami dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau," En. Sunil menyimpulkan.
"Memandangkan landskap Awan dan keselamatan yang sentiasa berkembang, Perusahaan mahukan pendekatan perundingan untuk membantu perjalanan Transformasi Digital mereka. Keselamatan dan Pengurusan Kitaran Hayat Aplikasi. Tumpuan dan kepakaran iValue dalam membolehkan pendekatan bersepadu ini menjelaskan tentang pertumbuhan luar biasa yang diperolehi syarikat ini sejak penubuhannya," kata En. Rajesh Janey. "Saya berharap dapat memberi nasihat kepada pasukan kepemimpinan ketika mereka membawa syarikat ini ke fasa pertumbuhan dan pengembangan lokasi geografi seterusnya dengan menambah keupayaan yang penting dalam portfolionya termasuk keselamatan awan, pengurusan kitaran hayat aplikasi dan perisian."
Tentang iValue InfoSolutions
Sebuah syarikat peneraju pasaran dan pendaya teknologi yang membantu perniagaan mengurus, mengoptimumkan dan melindungi aset digital mereka. iValue berbangga kerana telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 6,000 pelanggan di seluruh bidang industri melalui lebih 900 Rakan Kongsi & pakatan langsung dengan lebih 75 OEM bagi Teknologi Terbaik. iValue mempunyai kehadiran langsung di lebih 18 buah lokasi yang meliputi benua Asia Tenggara & Afrika dengan pasukan yang memberi tumpuan kepada Perundingan; Penyelesaian; Menegak & Mendatar yang menangani pendayaan Teknologi, keperluan Prajualan, Jualan & Pascajualan Pelanggan untuk keperluan awan Swasta, Awam dan Hibrid. iValue ASEAN beroperasi dengan memiliki ibu pejabat di Singapura serta entiti tempatan di Kemboja, Bangladesh, Sri Lanka selain daripada pejabat Nairobi (Kenya) untuk operasi di Afrika.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Nagesh Belur
Nagesh.b@iValue.co.in
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1902858/Rajesh_Janey.jpg?p=medium600