Lebih 100 buah syarikat tenaga angin terkemuka menyeru Penandatangan Perjanjian Paris untuk memperkemas perancangan dan pemberian kebenaran, menaik taraf infrastruktur grid serta mengembangkan pasaran bekalan kuasa bagi mempercepat penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
NEW YORK, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Satu gabungan global yang terdiri daripada 108 buah syarikat dan persatuan tenaga angin terkemuka yang mewakili 81% industri tenaga angin terpasang di seluruh dunia telah mencabar kerajaan untuk mengambil tindakan dramatik bagi meningkatkan bekalan tenaga angin dan tenaga boleh diperbaharui dalam dekad ini.
Sekiranya seluruh dunia ingin berada pada landasan yang betul dalam pematuhan 1.5°C pemanasan global untuk mencapai pelepasan sifar bersih karbon, pemasangan tenaga angin global tahunan mestilah ditingkatkan sebanyak empat kali ganda menjelang tahun 2030 kepada jumlah tenaga sekitar 390 GW setiap tahun, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, dan menjelang tahun 2050, tenaga angin mesti menjana lebih daripada satu pertiga tenaga elektrik global, meningkat daripada 6% pada hari ini.
Tetapi tindakan mendesak hendaklah diambil untuk merealisasikan matlamat ini dan memanfaatkan potensi penuh teknologi tenaga angin untuk menyediakan tenaga yang selamat, berpatutan dan bersih kepada komuniti di seluruh dunia.
Manifesto Tenaga Angin Global untuk COP27 memberi peringatan bahawa walaupun tenaga angin merupakan salah satu teknologi tenaga yang paling kompetitif, matang dan boleh digunakan dengan pantas yang kita miliki pada hari ini, namun untuk berkembang maju, ia memerlukan jumlah yang besar, stabil dan boleh dilihat untuk penggunaan dan rantaian bekalan global yang kukuh.
Ini hanya boleh dicapai melalui tindakan yang jelas dan praktikal yang ditetapkan dalam manifesto ini, termasuk:
Dengan menjelaskan bahawa industri tenaga angin bersedia untuk bekerjasama bagi mencapai peningkatan pesat pemasangan tenaga angin yang diperlukan pada dekad ini, penandatangan manifesto ini merangkumi syarikat terbesar dalam sektor seperti Iberdrola, Ørsted, EDP Renewables, Vestas, Siemens Gamesa Renewable Energy, Copenhagen Infrastructure Partners serta persatuan industri tenaga angin di China, Brazil, Afrika Selatan, Eropah, UK, Australia dan banyak lagi.
Industri tenaga angin telah pun memberikan pertumbuhan dan manfaat yang signifikan kepada sistem tenaga global dari segi keselamatan, kos dan iklim. Pada tahun 2021, 94 GW kapasiti tenaga angin telah ditambah ke seluruh dunia yang menghasilkan kira-kira 275 TWj setiap tahun – lebih tinggi daripada permintaan elektrik tahunan semasa di Australia dan cukup untuk menggantikan lebih satu pertiga daripada import gas asli Rusia oleh Kesatuan Eropah sebelum kejadian pencerobohan berlaku.
Namun keputusan pada persidangan COP27 dan dalam beberapa tahun akan datang bakal menentukan sama ada dunia boleh memanfaatkan tenaga angin dan tenaga boleh diperbaharui untuk mencapai pelepasan sifar bersih karbon dan menjamin peralihan tenaga yang boleh bertahan, adil dan saksama.
Manifesto dan petikan boleh didapati di: https://gwec.net/cop27-coalition-manifesto-released/
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1661794/GWEC_Logo.jpg?p=medium600