omniture

PERDANA MENTERI U.K. LIZ TRUSS DITEMU RAMAH UNTUK SIARAN TELEVISYEN DI EMPIRE STATE BUILDING

Empire State Realty Trust, Inc.
2022-09-22 19:52

Ia merupakan lawatan pertama oleh Perdana Menteri U.K. ke Empire State Building Selepas Lawatan Churchill ke Sana 

NEW YORK, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Empire State Building (ESB) hari ini menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara, Liz Truss untuk wawancara media beliau yang pertama.

U.K. Prime Minister Liz Truss is interviewed on the Empire State Building's 102nd Floor Observatory.
U.K. Prime Minister Liz Truss is interviewed on the Empire State Building's 102nd Floor Observatory.

Empire State Building merupakan perhentian pertama Truss bagi lawatan pertama beliau ke Amerika Syarikat sebagai Perdana Menteri United Kingdom. Truss ialah Perdana Menteri U.K. pertama yang melawat Balai Cerap Empire State Building sejak kunjungan Winston Churchill pada tahun 1932. Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust, Anthony E. Malkin mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri tersebut dan mengiringi beliau melalui Balai Cerap Empire State Building menuju ke sesi temu ramah beliau yang diadakan di tingkat 102 Balai Cerap tersebut.

"Kami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Tuan Yang Terutama dalam lawatan pertama beliau ke Amerika Syarikat sebagai Perdana Menteri United Kingdom," kata Malkin.

Imej beresolusi tinggi bagi lawatan tersebut boleh dimuat turun di sini. Maklumat lanjut tentang Empire State Building boleh didapati dalam talian.

Tentang Empire State Building  
Empire State Building, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia," dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. (ESRT: NYSE), menjulang setinggi 1,454 kaki di atas Pusat Bandar Manhattan daripada dasar hingga ke antenanya. Pengubahsuaian bagi Pengalaman Balai Cerap di Empire State Building bernilai $165 juta mencipta pengalaman serba baharu dengan pintu masuk tetamu yang khusus, sebuah muzium interaktif yang mempunyai sembilan galeri dan Balai Cerap di Tingkat 102 yang direka semula dengan tingkap daripada lantai ke siling. Perjalanan ke Balai Cerap di Tingkat 86 yang terkenal di dunia sebagai satu-satunya balai cerap 360 darjah yang terbuka dengan pemandangan New York serta kawasan sekitarnya ini memukau pengunjung dengan keseluruhan pengalaman Bandar Raya New York dan merangkumi segala-galanya daripada sejarah ikonik bangunan ini hinggalah kedudukannya dalam budaya pop masa kini.  Ketahui lebih lanjut di www.esbnyc.com. Diisytiharkan sebagai "Bangunan Kegemaran Amerika" oleh Institut Arkitek Amerika serta destinasi pelancongan paling popular di dunia oleh Uber, Tarikan #1 di Amerika Syarikat dalam Travelers' Choice Best of the Best 2022 Tripadvisor dan tarikan #1 Bandar Raya New York oleh Lonely Planet, ia menerima kunjungan lebih 4 juta pengunjung dari seluruh dunia setiap tahun. 

Sejak tahun 2011, bangunan ini telah dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh baharu dan premis yang berbilang tingkat ini menempatkan terutamanya dengan pelbagai penyewa pejabat seperti LinkedIn dan Shutterstock serta pilihan kedai seperti STATE Grill and Bar, Tacombi dan Starbucks. Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan tiket Pengalaman Balai Cerap, sila layari esbnyc.com atau ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Weibo, YouTube atau TikTok bangunan ini. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1903718/Z9R5298_d1faf121_e6b5_4b89_a5ef_f1936bb9c4a3.jpg?p=medium600

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Commercial Real Estate Computer/Electronics Entertainment Real Estate Travel