omniture

Excelra bekerjasama dengan Patcore, Inc.

Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
2022-09-22 20:02

Kerjasama ini mengembangkan jejak produk saintifik Excelra ke pasaran Jepun

HYDERABAD, India dan TOKYO, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Excelra hari ini mengumumkan kerjasama dengan Patcore, Inc., yang memberikan para pelanggan di Jepun lebih banyak akses kepada produk data dan analisis saintifik Excelra.

Excelra ialah salah sebuah organisasi data dan maklumat digital yang terkemuka di dunia. Platform GOSTAR miliknya merupakan pangkalan data pintar bagi kimia perubatan terbesar yang dipilih susun secara manual yang menyediakan data SAR berstruktur serta komprehensif untuk lebih 9 juta sebatian. GOBIOM Excelra mengandungi koleksi biopenanda terbesar yang sah dan berasaskan andaian yang dipilih susun secara manual, memberikan pemahaman penting tentang hubungan antara biopenanda dan penyakit.

Patcore ialah sebuah organisasi maklumat yang sangat khusus yang membantu para penyelidik dalam industri kimia dan syarikat sains hayat. Kerjasama ini menyokong pertumbuhan Excelra di Jepun, memanfaatkan pengalaman kerjasama Patcore dengan beberapa buah syarikat farmaseutikal, bioteknologi dan kimia serta institusi kerajaan terbesar di Jepun.

"Apabila melibatkan data bioperubatan, GOSTAR Excelra dan produk data lain merupakan penyelesaian utama yang tersedia hari ini buat para penyelidik translasi dan penerokaan ubat-ubatan global. Jepun merupakan tumpuan strategik Excelra dan permintaan terhadap data yang paling tepat dan terkini sedang meningkat dengan pantas. Patcore memberi kami peluang untuk mengembangkan kewujudan kami dan saya yakin bahawa dengan memanfaatkan sinergi Patcore dan Excelra, organisasi sains hayat di Jepun akan dapat mempercepat penyelidikan dan mencapai objektif molekul ke pasaran mereka dengan lebih cepat," kata Gabriele Staples, Ketua Komersial & Pemasaran Global Excelra.

"Kerjasama dengan produk saintifik Excelra dan tawaran sedia ada kami akan mendorong pengkayaan data, kepintaran daya saing dan memperhebat enjin ramalan melalui inisiatif AI/ML untuk para pelanggan kami," kata Fumiaki Aruga, Ketua Pegawai Operasi Patcore, Inc.

Tentang Excelra 

Cerapan digital dan data Excelra memperkasa inovasi sains hayat dari peringkat penyelidikan hingga ke pasaran. Kelebihan Excelra diperolehi daripada penyelarasan set data heterogen serta penggunaan inovasi bioinformasi untuk mempercepat penyelidikan & pembangunan ubat-ubatan dengan cerapan yang boleh dipercayai dan boleh diambil tindakan. GOSTAR Excelra merupakan sebuah aplikasi penyemak imbas yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mencari dan menemui sebatian. Ia juga tersedia melalui API dan sebagai set data yang boleh dimuat turun untuk mendayakan pustaka dalaman dan model pembelajaran mesin.

Untuk maklumat lanjut tentang GOSTAR, sila layari gostardb.com

Tentang Patcore, Inc. 

Patcore ialah vendor perisian dan perkhidmatan maklumat kimia yang terkemuka di Jepun. Sebagai rakan kongsi transformasi digital makmal yang dipercayai dengan kekuatan maklumat penyelidikan ubat-ubatan serta aplikasi pengurusan EHS, para pelanggan Patcore merangkumi syarikat farmaseutikal, syarikat usaha sama biologi, syarikat kimia dan institusi penyelidikan awam yang terkemuka di Jepun.

Untuk maklumat lanjut tentang Patcore, sila layari patcore.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
Jigesh Shah
Pengarah Pemasaran,
E-mel: Jigesh.shah@excelra.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/692189/Excelra_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Contracts Licensing/marketing agreements Data Analytics