omniture

Memperbaharui pertumbuhan dengan Penyelesaian Perniagaan Digital Comviva sedia 5G yang Dikuasakan oleh Microsoft Cloud

Comviva
2022-09-22 23:09

COPENHAGEN, Denmark, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Comviva, peneraju global dalam penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan BlueMarble 'Compact BSS', sebuah penyelesaian natif awan, sedia 5G dan komprehensif yang memanfaatkan Microsoft Azure, Dynamics 365 dan Open Digital Architecture (ODA) TM Forum. BlueMarble Compact BSS akan membawa pembekal perkhidmatan komunikasi (CSP) ke barisan hadapan ekonomi platform - membina perkhidmatan untuk ekosistem yang lebih besar dengan lebih pantas dan cekap, menjadikannya tersedia sebagai aplikasi awan kepada para pelanggan perusahaan dan menjana pendapatan tambahan untuk CSP.

Comviva CEO with Harinder Singh, Leader, Telco Service Line, Microsoft at Digital Transformation World event in Copenhagen
Comviva CEO with Harinder Singh, Leader, Telco Service Line, Microsoft at Digital Transformation World event in Copenhagen

Kepantasan dan modulariti BlueMarble Comviva yang digabungkan dengan keselamatan dan kebolehskalaan Microsoft Azure akan membolehkan CSP beralih dengan cepat kepada seni bina teknologi berasaskan perisian yang moden, terbuka dan selamat supaya mereka dapat memanfaatkannya untuk membawa saluran dan perkhidmatan baharu ke pasaran. Compact BSS dari Comviva ialah sebuah penyelesaian yang komprehensif, modular, selamat dan sedia masa depan yang akan membolehkan CSP mempercepat inovasi, meningkatkan ketangkasan, merasionalkan kos, mendorong pendigitalan industri berkaitan dan mewujudkan kesan yang lestari.

Mengulas tentang kerjasama tersebut, Jason Zander, Naib Presiden Eksekutif, Misi Strategik dan Teknologi Microsoft berkata, "Microsoft Cloud sedang memainkan peranan yang semakin penting dalam infrastruktur dan operasi CSP, terutamanya dalam 5G. Keadaan ini memerlukan fleksibiliti dan ketangkasan yang ketara dalam lapisan BSS, untuk benar-benar mengewangkan peluang 5G. Kami gembira menyaksikan Comviva memanfaatkan kehebatan Microsoft Cloud untuk memberikan pengalaman baharu yang inovatif kepada para pelanggan."

BlueMarble Commerce Comviva menyepadukan katalog, modul pengurusan pesanan dengan Dynamics 365 supaya para pelanggan boleh menyelaraskan proses perniagaan mereka dan menyatukan keupayaan CRM dengan aplikasi yang berfungsi dengan lancar secara bersama-sama pada sebuah platform data yang sama yang sekali gus mendayakan pengalaman pengguna yang menarik.

Manoranjan (Mao) Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif Comviva berkata, "Di Comviva, kami amat komited untuk bersama-sama mewujudkan masa depan digital baharu kepada CSP. BlueMarble Compact BSS yang baharu pada Microsoft Cloud ini merupakan langkah ke hadapan yang hebat bagi membantu syarikat telekomunikasi terlibat secara digital, mempercepat inovasi dan bersaing dengan lebih berkesan. Dengan menyepadukan keupayaan Microsoft Azure ke dalam penyelesaian BlueMarble BSS, kami memperkasakan pengendali dengan sebuah platform pengewangan yang bersepadu dan boleh dikonfigurasikan untuk inovasi dan perdagangan masa hadapan. Kami gembira dapat membangunkan platform baharu ini untuk pertumbuhan dan kemajuan dengan awan Microsoft Azure."

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 

Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Comviva Technologies Ltd.
Hubungan: +91- 9910030732
E-mel: pr@comviva.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1904069/Comviva_Microsoft_Partnership.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/995982/Comviva_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Comviva
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services Financial Technology