omniture

GLOBAL CULINARY TRAVEL AWARDS TAHUNAN KALI KEENAM MENGUMUMKAN 10 PEMENANG CEMERLANG

World Food Travel Association
2022-09-22 23:30

LONDON, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Minggu ini, World Food Travel Association mengumumkan para pemenang Global Culinary Travel Awards 2022 (Anugerah Kembara Kulinari Global 2022) untuk mengiktiraf kecemerlangan dan inovasi produk kulinari dan pengalaman para pelancong. Para pemenang pada tahun ini ialah:

Penekanan Kesihatan & Kesejahteraan Terbaik dalam Kembara Kulinari
Tempat Pertama – Spa Eastman (Quebec, Kanada)
Tempat Kedua – Nomads, Nature & Nurture (Lebanon)

Penggunaan Kelestarian Terbaik dalam Kembara Kulinari
Tempat Pertama – Vegan Travel Asia by VegVoyages (Nepal)
Tempat Kedua – Herdade da Malhadinha Nova (Portugal)

Sambutan Kebudayaan Kulinari Terbaik dalam Kembara Kulinari
Tempat Pertama – Jiranileo (Zambia)
Tempat Kedua – Heather's Helsinki (Helsinki, Finland)

Fokus Wain dan Minuman Terbaik dalam Kembara Kulinari
Tempat Pertama – HaliPuu / Campfire Baristan (Finland)
Tempat Kedua – Cadushy Distillery (Bonaire)

Penghargaan Terbaik bagi Pertanian & Luar Bandar dalam Kembara Kulinari 
Tempat Pertama – La Balade Gourmande (Quebec, Kanada)
Tempat Kedua – Conseil de l'industrie bioalimentaire de l'Estrie (Quebec, Kanada)

Global Culinary Travel Awards (pada awalnya dinamakan sebagai FoodTrekking Awards) telah diperkenalkan oleh WFTA pada tahun 2015 untuk menetapkan tanda aras kecemerlangan dan inovasi dalam industri kami.  Anugerah tahunan ini dibuka pada setiap 1 Mac dan para pemenangnya diumumkan pada musim luruh. Pada tahun ini, 10 orang pemenang telah dipilih daripada 131 penyertaan dari 27 buah negara dan kesemua peserta berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan bagi perniagaan atau destinasi mereka.

Majlis Penganugerahan ini akan disiarkan secara dalam talian pada hari Selasa, 11 Oktober 2022 pada jam 4.00 petang waktu London, UK. Bagi para profesional media yang berminat, sila hubungi pihak penganjur untuk menerima jemputan.

Kembara kulinari telah diiktiraf secara rasmi sebagai industri segmen khusus pada tahun 2001 dengan penerbitan kertas putih, "Culinary Tourism: The Hidden Harvest" (Pelancongan Kulinari: Keuntungan Tersembunyi). Sejak itu, industri ini telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa dari segi kuantiti dan kualiti produk serta pengalaman pengembara yang menggemari makanan dan minuman.

TENTANG WORLD FOOD TRAVEL ASSOCIATION (WFTA)
World Food Travel Association (WFTA) telah ditubuhkan pada tahun 2003 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dan bukan kerajaan (NGO) dan hari ini ia diiktiraf sebagai sebuah badan penguasa terkemuka di dunia untuk sektor pelancongan makanan dan minuman. Setiap tahun, Persatuan ini memberi perkhidmatan kepada hampir 200,000 orang profesional di lebih 150 buah negara. Pengetahuan, kaedah dan latihan WFTA membantu para profesional dan organisasi perdagangan memanfaatkan produk dan pengalaman makanan dan minuman di kawasan mereka untuk membantu mewujudkan rasa setempat yang kuat, yang meningkatkan kunjungan para pelancong; ekuiti jenama destinasi; dan permintaan eksport terhadap produk makanan dan minuman mereka. Ketahui lebih lanjut di www.worldfoodtravel.org.

Hubungan Media: Erik Wolf (+44) 7827-582 554 help@worldfoodtravel.org

Source: World Food Travel Association
Keywords: Food/Beverages Retail Travel Awards