SAN FRANCISCO, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- Sojern, platform pemasaran digital terkemuka yang dibangunkan untuk pelancongan, meraikan ulang tahun pembabitannya yang ke-15 tahun pada bulan ini. Ditubuhkan pada tahun 2007, Sojern telah mengekalkan tumpuan yang tidak berbelah bagi terhadap pelancongan sejak dari hari pertama lagi. Ia bermula dengan menyasarkan para pelancong melalui iklan pada pas masuk bercetak syarikat penerbangan dan berkembang untuk merangkumi peningkatan data raya, pemasaran digital serta pengiklanan programatik merentasi saluran baharu, peranti mudah alih dan media sosial—namun sentiasa mengutamakan ketangkasan serta fokus eksklusif terhadap pelancongan.
Sojern telah belajar—dan tabah—melalui setiap cabaran, perubahan industri dan inovasi. Sebagai contoh, revolusi telefon pintar pada akhir tahun 2000-an telah membawa kepada peralihan tingkah laku seismik dalam pelayaran Internet yang mewujudkan peluang yang belum pernah berlaku sebelum ini kepada syarikat-syarikat pelancongan untuk menjana lebih banyak hubungan langsung dan menggalakkan tempahan dalam talian. Peningkatan dalam penggunaan telefon pintar ini dan ditambah pula dengan ledakan media sosial yang berlaku kemudiannya telah menyebabkan Sojern mencipta rangka kerja pelbagai salurannya untuk pemasaran pelancongan—yang kini merangkumi pemasaran enjin carian (SEM), metasearch, pengiklanan paparan, televisyen terhubung (CTV), pengiklanan media sosial dan banyak lagi—untuk menarik para pelancong di setiap peringkat perjalanan mereka walau di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa mereka berada dalam talian.
Dalam jangka waktu yang sama, Sojern telah mengumpul, mengagregat dan menganalisis berbilion-bilion isyarat hasrat pelancongan setiap hari (seperti data tempahan hotel dan syarikat penerbangan) daripada beribu-ribu jenama pelancongan di seluruh dunia. Persekitaran data yang amat besar ini dikenali sebagai Sojern Traveler Ecosystem. Ia merupakan asas platform syarikat ini dan yang menguasakan kejayaan pelanggan dan pertumbuhan berterusan Sojern.
Contoh terkini perkembangan Sojern ialah Sojern Travel Marketing Platform atau Platform Pemasaran Pelancongan Sojern. Dengan bertindak balas terhadap landskap teknologi yang berubah-ubah serta keperluan pelanggannya yang berkembang, Sojern telah membangunkan sebuah platform pemasaran pintar yang memberikan cerapan pelancong yang tiada tandingan, skala berbilang saluran dan pengoptimuman automatik—semuanya pada satu tempat. Dengan Sojern Traveler Ecosystem sebagai terasnya, platform ini menyediakan alat kepada pemasar pelancongan untuk mendorong permintaan yang menjimatkan kos, mempengaruhi pelanggan dan membina kesetiaan dalam dunia yang mengutamakan digital. Melalui teknologi pembelajaran mesin yang canggih, platform Sojern ini menguasakan kempen pemasaran pelancongan untuk lebih 10,000 pelanggan dari kalangan hotel, destinasi dan pusat tarikan setiap tahun.
"Pelancongan merupakan sebuah ekosistem yang besar dengan peluang terhadap inovasi pemasaran digital yang tidak berkesudahan," kata Mark Rabe, Ketua Pegawai Eksekutif Sojern. "Perniagaan kami lahir dalam bidang pelancongan dan tumpuan kami masih eksklusif kepada pelancongan. Berbanding dengan memperluas fokus, kami telah memilih untuk memberikan penumpuan yang lebih mendalam dalam bidang ini kerana pada asasnya, kami percaya ia membantu kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami. Secara lebih jelas lagi: Kami lebih mengenali para pelancong berbanding syarikat lain dan itulah sebabnya para pelanggan kami gemar untuk bekerjasama dengan kami."
Setelah lima belas tahun berada di barisan hadapan bidang pelancongan, Sojern telah menyaksikan perubahan penting dalam pemasaran digital. Berikut merupakan tiga pendorong utama yang telah membawa kepada kejayaan pelanggan Sojern:
"Sepanjang cabaran yang dihadapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami tidak pernah berhenti mencari jalan untuk menyokong industri hospitaliti tempatan kami. Kerjasama kami yang berterusan dengan Sojern di bawah Program Pemasaran Kerjasama mereka adalah amat berharga, yang membantu hotel di Abu Dhabi untuk menggalakkan tempahan langsung sambil meningkatkan keuntungan daripada penginapan," ujar George Kalliamvakos, Department of Culture and Tourism Abu Dhabi. "Apabila mereka memulakan langkah untuk 15 tahun seterusnya dalam pemasaran digital, saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semoga terus menyediakan alatan dan cerapan yang diperlukan oleh industri untuk berkembang maju."
"Sojern telah menjadi rakan kongsi kami melalui perubahan digital yang berterusan - daripada garis panduan privasi baharu kepada tanpa kuki dan kerjasama destinasi - serta telah membantu kami menangani dan berinovasi melalui semua perkara tersebut," kata David West, Pengarah Eksekutif Herschend Entertainment, pemilik dan pengendali pelbagai pusat tarikan di Amerika Syarikat. "Saya menghargai sokongan mereka yang mendorong kami dan seluruh industri untuk memanfaatkan sepenuhnya usaha pemasaran kami."
"Kerjasama kami dengan Sojern kekal kukuh. Selama dua tahun yang lalu, kepakaran media digital mereka telah menyediakan data bermaklumat kepada pasukan Pemasaran Lapangan Amerika, Hyatt untuk membantu pengiklanan kami mencapai khalayak yang tepat pada masa yang tepat serta menangani landskap pelancongan dan keutamaan pengguna yang berkembang," kata Meghann Bell, Naib Presiden Pemasaran Lapangan Amerika, Hyatt.
"Kerjasama pertama kami dengan syarikat pemula yang kecil dari Omaha pada 15 tahun yang lalu telah membolehkan The Parking Spot mengikuti perkembangan pesat dalam pemasaran digital," jelas Julie Silverman, Pengarah Pemasaran Digital The Parking Spot. "Sejak itu, Sojern sentiasa bersama dalam setiap langkah memacu pulangan pelaburan (ROI) dan mempersiapkan kami untuk menghadapi landskap digital yang sentiasa berubah. Kami berharap dapat bersepadu dengan platform baharu mereka bagi memastikan strategi pemasaran digital kami terus maju pada tahun 2023 dan seterusnya."
Sepanjang 15 tahun tersebut, Sojern telah belajar untuk melakukan penyesuaian dengan pelbagai cabaran yang berlaku dalam industri pelancongan dan ekonomi global. Daripada krisis kewangan pada tahun 2008 dan pandemik COVID-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini hinggalah perubahan teknologi yang sentiasa berkembang, Sojern telah mengatasi segala kesukaran dan akan terus muncul menjadi syarikat yang lebih kuat. Tumpuan syarikat yang tidak berbelah bagi terhadap pelancongan telah meningkatkan daya ketahanan dan mengesahkan wawasan syarikat ini untuk menjadi platform pemasaran pelancongan #1.
Ketahui lebih lanjut di laman web baharu kami: www.sojern.com.
Tentang Sojern
Sojern ialah sebuah platform pemasaran digital terkemuka yang dibangunkan untuk pemasar pelancongan. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan dan data hasrat pelancong, Sojern menyediakan penyelesaian pemasaran berbilang saluran untuk memacu permintaan langsung. Sejumlah 10,000 buah hotel, pusat tarikan, badan pelancongan dan pemasar perjalanan bergantung pada Sojern setiap tahun untuk menarik dan mempengaruhi para pelancong di seluruh dunia.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/249299/sojern_logo.jpg?p=medium600