omniture

Pengembara Dunia Muda Bakal Mengalami Pengembaraan Makanan di InterContinental Hotels & Resorts

InterContinental Hotels Group (IHG)
2013-11-08 05:04 115

IHG® Umumkan Menu Hotel Global Kanak-kanak Pertama Ciptaan Pakar Kulinari Terkemuka

LONDON, 8 November 2013 InterContinental Hotels Group (IHG) hari ini mengumumkan pelancaran menu hotel global untuk kanak-kanak yang pertama dan dicipta oleh pakar pemakanan kanak-kanak dan chef yang memenangi anugerah. Menu yang akan dilancarkan di InterContinental Hotels & Resorts pada awal tahun 2014 itu akan membawa kanak-kanak meneroka dunia makanan yang menyeronokkan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131106/64600-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131106/64600-b)

Menu yang diciptakan khas bagi tetamu kanak-kanak di InterContinental ialah hasil tangan chef selebriti yang memenangi anugerah, Theo Randall dan pakar pemakanan kanak-kanak yang menerajui dan juga penulis antarabangsa terkenal, Annabel Karmel MBE. Menu tersebut akan menampilkan hidangan lazat dengan kepelbagaian perisa, tekstur, bau dan rasa yang bakal membolehkan kanak-kanak menerokai pelbagai hidangan dari serata dunia sambil menikmati hidangan yang menyeronokkan dan seimbang daripada segi pemakanan.

Kata Annabel Karmel MBE, "Kanak-kanak dilahirkan dengan sifat ingin tahu manakala orang dewasa pula sering teruja dengan pelbagai rasa yang dapat dinikmatinya. Ada kalanya sedikit galakan adalah perlu dan percutian bersama keluarga merupakan peluang istimewa untuk menerokai hidangan baharu yang menyelerakan.

"Kerjasama bersama Theo membolehkan kami mencipta menu dengan pelbagai perisa dan rasa di samping menekankan aspek keseimbangan dalam pemakanan yang dicari-cari oleh para pengembara bersama anak-anak kecil sebagai tetamu InterContinental."

Annabel sangat terkenal dengan resepi inovatifnya yang mewakili semangat beliau untuk memberikan permulaan yang terbaik bagi kanak-kanak dengan memberi inspirasi kepada keluarganya agar menyajikan hidangan berkhasiat dan lazat. Tidak ramai yang mengetahui Annabel memulakan kerjayanya sebagai ahli muzik dan salah satu daripada pekerjaan awalnya ialah bermain hap di InterContinental London Park Lane. Theo pula terkenal sebagai tukang masak di peringkat antarabangsa kerana mencipta masakan yang tulen dan ringkas dengan menggunakan bahan yang terbaik dan segar bagi memasak hidangannya.

"Falsafah memasak saya banyak dipengaruhi oleh minat mendalam ibu bapa saya terhadap masakan yang hebat," jelas Theo Randall, Penaung Chef restoran Theo Randall at the InterContinental. "Saya membesar dengan kenangan istimewa merasai pelbagai hidangan yang enak ketika percutian bersama keluarga. Saya mendapat tahu saya mempelajari kepelbagaian budaya dan bandar dengan cepat melalui pengalaman merasai masakan mereka di setiap destinasi yang dilawati dan saya berharap saya dapat memberikan pengalaman yang serupa kepada kanak-kanak melalui lawatan mereka ke restoran InterContinental di serata dunia."

InterContinental Hotels & Resorts boleh didapati di lebih 60 negara dengan 170 hotel dan dikhususkan untuk menyediakan pengalaman yang pelbagai dan menarik serta diperkaya dengan budaya masyarakat setempat. Menu kanak-kanak baharu pula diharapkan dapat membawakan keriangan kepada mereka melalui hidangan kegemaran klasik dan juga hidangan antarabangsa yang mencerminkan betapa banyak negara yang menempatkan jenama hotel mewah itu.

Sebagai sebahagian daripada proses penciptaan menu, Annabel dan Theo telah menjalankan sesi merasai hidangan dengan mencuba dan belajar bersama tetamu kanak-kanak pada bulan Oktober lalu. Hidangan cubaan itu mendapat sambutan hangat daripada kanak-kanak dan memberikan idea kulinari tambahan kepada mereka berdua tentang hidangan untuk disertakan dalam masakan yang akhirnya akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada menu akhir.

Simon Scoot, Timbalan Presiden Global Brands, InterContinental Hotels & Resorts dan IHG Global Resorts berkata: "Pengalaman merasai hidangan yang lazat ialah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh para tetamu dan kami berazam untuk menginovasi dan memberikan pengalaman ini di seluruh jenama kami di IHG. Kami di InterContinental Hotels & Resorts amat memahami yang para tetamu kami tidak sabar-sabar untuk memberikan peluang terbaik bagi anak-anak mereka mempelajari tentang dunia dan dalam masa yang sama turut berseronok, dan masakan yang akan kami hidangkan mampu memberikan pengalaman seumpama ini."

Beliau menyambung, "Kerjasama ini adalah berdasarkan prinsip 'Pengembaraan Makanan' yang berkisar tentang mencipta pengalaman merasai makanan yang menarik dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Pada masa yang sama, kami mahu meyakinkan ibu bapa menu untuk kanak-kanak yang kami sediakan adalah seimbang dengan zat pemakanan. Ini merupakan salah satu cara kami untuk membantu mereka mendapatkan makanan yang sihat walaupun ketika melancong."

InterContinental Hotels & Resorts akan melancarkan menu baharu mulai Januari 2014 dan menu ini boleh didapati di semua rangkaiannya di peringkat global menjelang akhir bulan Jun 2014.

Pelancaran menu ini adalah satu bahagian penting dalam pembaharuan makanan dan minuman bagi IHG, yang rangkaian jenamanya termasuklah Holiday Inn Hotels & Resorts dan Crowne Plaza Hotels & Resorts. Pasukan IHG yang terdiri daripada chef dan pakar pemakanan peringkat global sedang berusaha mencipta beberapa program baharu bagi meningkatkan kualiti makanan dan minuman untuk dinikmati oleh para tetamu menerusi sembilan rangkaian jenama syarikat itu dan lebih 4,600 hotel di peringkat global.

Bagi maklumat lanjut tentang InterContinental Hotels & Resorts, sila layari www.ihg.com/intercontinental. Bagi mendapatkan maklumat tentang Kelab Ganjaran IHG, program kesetiaan hotel terbesar dunia, sila layari www.ihgrewardsclub.com dan bagi maklumat lanjut tentang IHG, layari www.IHG.com.

Nota kepada Editor:

Latar Belakang InterContinental® Hotels & Resorts: Jenama InterContinental Hotels & Resorts memiliki 170 hotel di lebih 60 negara dengan pemahaman tempatan yang lahir daripada 60 tahun pengalaman. Sebagai sesuatu jenama, kami percaya perkhidmatan yang hebat dan kemudahan yang cemerlang adalah amat penting, namun keunikan kami ialah minat yang mendalam terhadap para tetamu kami. Kami berhasrat untuk membantu para tetamu memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya. Kami turut menghubungkan mereka dengan keistimewaan yang bakal dirasai di setiap destinasi dengan berkongsi pengetahuan kami supaya mereka dapat menghargai pengalaman yang diperoleh untuk memperkaya kehidupan dan memperluas pandangan mereka. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.intercontinental.com, https://twitter.com/InterConHotels atau http://www.facebook.com/intercontinental.

Latar Belakang IHG (InterContinental Hotels Group): IHG (InterContinental Hotels Group) [LON:IHG, NYSE:IHG (ADR)] merupakan organisasi global dengan portfolio luas yang terdiri daripada sembilan jenama hotel, termasuk InterContinental® Hotels & Resorts, Hotel Indigo®, Crowne Plaza® Hotels & Resorts, Holiday Inn® Hotels & Resorts, Holiday Inn Express®, Staybridge Suites®, Candlewood Suites®, EVENTM Hotels dan HUALUXETM Hotels & Resorts.

IHG turut mengendalikan Kelab Ganjaran IHG® yang merupakan program kesetiaan hotel terbesar dan pertama di dunia dengan lebih 76 juta ahli di seluruh dunia. Program ini dilancarkan semula pada Julai 2013 yang menawarkan faedah istimewa bagi ahli kelab termasuklah Internet percuma bagi golongan Elit di semua rangkaian hotel di peringkat global.

IHG memberikan francais, memajakkan, menguruskan dan memiliki lebih 4,600 hotel dan 679,000 bilik tetamu di hampir 100 negara dan wilayah. Dengan lebih 1,000 hotel yang masih di peringkat pembangunan, IHG menjangkakan untuk mengambil kira-kira 90,000 pekerja bagi peranan tambahan di seluruh hartanahnya dalam beberapa tahun yang akan datang.

InterContinental Hotels Group PLC merupakan syarikat pemegangan bagi Kumpulan ini dan diperbadankan di Great Britain dan didaftarkan di England dan Wales.

Sila layari www.ihg.com untuk maklumat hotel dan tempahan dan www.ihgrewardsclub.com untuk maklumat lanjut tentang Kelab Ganjaran IHG. Bagi mendapatkan berita terkini kami, layari: www.ihg.com/media, www.twitter.com/ihg, www.facebook.com/ihg atau www.youtube.com/ihgplc.

Source: InterContinental Hotels Group (IHG)
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Travel Children-related news