omniture

Rangkaian-Awan Pintar Huawei, Terajui Inovasi Digital

HC2022
2022-09-23 08:22 148

BANGKOK, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- Huawei memperkenalkan keupayaan dinaik taraf bagi Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintarnya di sidang kemuncak yang bertajuk "Rangkaian-Awan Pintar, Terajui Inovasi Digital", diadakan semasa HUAWEI CONNECT 2022 Bangkok. Keupayaan tersebut meliputi tiga senario utama - CloudFabric, CloudWAN dan CloudCampus - dan dicipta sebagai usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah. Huawei turut mengeluarkan Kertas Putih Seni Bina Rangkaian Pintar Tanpa Wayar (Wireless Intelligent Network Architecture White Paper) untuk memberi bimbingan selanjutnya kepada perusahaan dalam inovasi digital.

Seiring dengan kemajuan transformasi digital, perkhidmatan perusahaan mencetuskan keperluan yang baharu untuk rangkaian komunikasi data. Pertama, jumlah sambungan IoT yang amat besar menuntut ketersambungan ultra-jalur-lebar dan merata. Kedua, perkhidmatan cawangan perusahaan beralih secara beransur-ansur ke awan, memerlukan rangkaian untuk menyediakan pengaturan yang fleksibel dan keupayaan peralihan ke awan (cloudification) yang pantas. Ketiga, perkhidmatan baharu ini perlu dilancarkan pada skala yang besar dan perkhidmatan memerlukan pelarasan secara kerap, memerlukan rangkaian untuk menjadi tangkas, terjamin dan cekap. Akhir sekali, sidang video menjadi perkara biasa, bererti bahawa rangkaian perlu menyediakan jaminan pengalaman berketentuan.

Sun Liang, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyatakan bahawa Huawei Datacom telah membangunkan Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar melalui inovasi yang berterusan bagi menangani cabaran yang terdahulu. Penyelesaian ini menyediakan keupayaan penting seperti pengalaman akses yang unggul, akses awan ultra-pantas oleh cawangan, pengalaman berketentuan dan pengaturan yang cekap dan dipermudah.

Di persidangan tersebut, Huawei turut memperkenalkan beberapa produk komunikasi data baharu seperti Wi-Fi 7 AP AirEngine 8771-X1T yang pertama dalam industri, suis teras kampus generasi seterusnya sedia-400G CloudEngine S16700 dan penghala pintar khidmat-sejagat 4-dalam-1 NetEngine 8000 M4.

Di samping itu, Huawei mengeluarkan Kertas Putih Seni Bina Rangkaian Pintar Tanpa Wayar. Liu Jianning, Presiden Jabatan Pemasaran Rangkaian & Jualan Penyelesaian Perusahaan Global Huawei berkata bahawa salah satu perubahan yang paling penting untuk rangkaian kampus ialah tanpa wayar sepenuhnya. Penerimaan Wi-Fi 6 dan Wi-Fi 7 pada masa akan datang mencetuskan keperluan baharu ke atas lebar jalur rangkaian, seni bina dan O&M. Bagi memenuhi keperluan baharu ini, Huawei mencadangkan seni bina rangkaian kampus generasi seterusnya - seni bina rangkaian pintar tanpa wayar. Seni bina ini mempunyai tujuh ciri unik: tanpa wayar sepenuhnya, hiper-tertumpu, ultra-jalur-lebar, dipermudah, karbon-rendah, terjamin dan pintar.

 

Source: HC2022
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications New products/services