omniture

Huawei Lancar Portfolio Storan untuk Cari Teknologi Tepat untuk Senario Tepat

Huawei
2022-09-23 08:42 141

BANGKOK, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- Memfokuskan untuk membantu perusahaan membongkar kuasa data mereka, Huawei menyediakan pelbagai produk dan penyelesaian storan yang mempunyai teknologi khusus-senario untuk industri-industri yang berbeza, di Huawei Connect 2022. Visi di sebalik portfolio storan tersebut, dijelaskan oleh Dr. Peter Zhou, Presiden Barisan Produk IT Huawei adalah "untuk membina asas storan yang bertumpukan data dan boleh dipercayai untuk pelbagai aplikasi," dalam senario seperti pengeluaran dan transaksi, analisis data dan perlindungan data.

Dr. Peter Zhou, Presiden Barisan Produk IT Huawei
Dr. Peter Zhou, Presiden Barisan Produk IT Huawei

Huawei percaya storan data dalam era digital menghadapi empat perubahan besar:

1. Aplikasi data baharu sentiasa dicipta, bermula daripada pangkalan data konvensional kepada pangkalan data teragih, data raya dan aplikasi AI.

2. Data menjadi semakin hangat, memerlukan analisis dan pemprosesan data pada masa sebenar yang lebih pantas.

3. Bencana alam dan kesilapan yang berpunca daripada manusia kerap berlaku, lalu mengakibatkan kerugian yang besar. Justeru itu, kebingkasan digital perusahaan memerlukan penambahbaikan yang segera.

4. Storan data cekap tenaga merupakan hala tuju industri yang utama dan menjadi kebiasaan baharu.

Huawei aktif mendepani perubahan ini, menerusi beberapa produk dan penyelesaian storan premium untuk senario industri yang berbeza.

Pengeluaran dan transaksi 

OceanStor Dorado All-Flash Storage menyediakan keupayaan SAN dan NAS dengan keandalan dan prestasi yang utama, terutamanya untuk senario perbankan teras kewangan dan Sistem Maklumat Hospital (HIS). Kedua-dua NAS dan SAN memanfaatkan algoritma kolaborasi pengawal-cakera FlashLink dan seni bina jejaring-penuh SmartMatrix. Di samping itu, OceanStor Dorado menyediakan satu-satunya penyelesaian NAS aktif-aktif dalam industri ini bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan fail.

Analisis data 

OceanStor Pacific Scale-Out Storage memisahkan prestasi, protokol dan kekangan kapasiti analisis data menggunakan terobosan seni bina teknikal seperti aliran data yang beradaptasi dengan I/O besar dan kecil, perkakasan ketumpatan-ultra-tinggi dan algoritma Erasure Coding (EC), lalu meningkatkan kecekapan pemprosesan analisis data sebanyak lebih 30%.

Perlindungan data 

Huawei Storage menyediakan perlindungan data yang komprehensif terhadap bencana alam atau kesilapan buatan manusia. Dari segi pemulihan bencana (DR), Huawei menyediakan berbilang penyelesaian DR seperti HA setempat, A-A dalam-bandar dan 3DC geo-lewah. Untuk membuat sandaran data perkhidmatan, OceanProtect menyampaikan 3x lebar jalur sandaran yang lebih tinggi dan 5x lebar jalur pemulihan yang lebih tinggi berbanding produk rakan setara, berserta nisbah pengurangan data 72:1 yang unggul. Penyelesaian storan perlindungan perisian tebusan Huawei meliputi storan utama dan storan sandaran serta menggunakan model pembelajaran mesin untuk mengesan perisian tebusan, dengan kadar pengesanan 99%.

Pengurusan automatik 

Menyebut tentang O&M, mod tradisional memakan masa dan memerlukan tenaga buruh yang ramai. Huawei DME mengupayakan automasi kitar hayat penuh dalam perancangan, penggunaan, O&M dan pengoptimuman; meramalkan kerosakan cakera 14 hari lebih awal dan kapasiti 90 hari lebih awal; serta membebaskan kakitangan O&M daripada tugas yang rumit supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada tugas yang lebih inovatif.

Storan bekas 

Pada masa kini, teknologi bekas semakin menjadi popular, terutamanya dalam sektor Internet dan kewangan. OceanStor Dorado NAS menyahganding aplikasi dalam bekas daripada storan agar sumber aplikasi dan storan dapat diperluas mengikut permintaan; menyediakan perkongsian data silang-nod; dan meningkatkan kecekapan penjadualan sumber sebanyak 30% dibandingkan dengan penanda aras industri.

Berbilang-awan 

Kombinasi antara berbilang-awan awam dan persendirian terbukti menjadi pilihan terbaik untuk transformasi awan. Perkongsian storan data terpusat dan penggunaan aplikasi rentas-awan merupakan seni bina berbilang awan yang optimum untuk perusahaan. Vendor storan boleh menggunakan storan profesional pada platform awan awam dalam mod bersepadu perisian-perkakasan atau perisian-sahaja untuk membantu memudahkan evolusi rentas-awan. Huawei Storage berusaha untuk amalan inovatif sedemikian.

Peter Zhou menyatakan bahawa "kita berada dalam era ledakan data dan aplikasi data sedang berkembang pesat. Huawei Data Storage komited untuk membina asas storan yang bertumpukan data dan boleh dipercayai untuk aplikasi yang pelbagai bagi membongkar kuasa produktiviti berpandukan data."

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Equipment New products/services Trade show news Data Analytics