omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Qingxiu, Nanning, Selatan China berusaha bina kawasan kluster industri konvensyen, pameran

Xinhua Silk Road
2022-09-23 12:53 75

BEIJING, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- Ekspo China-ASEAN ke-19 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN ke-19 yang bermula pada 16 September, melabuhkan tirai pada hari Isnin di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning (NICEC) yang terletak di daerah Qingxiu, Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China.

Foto menunjukkan Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning yang terletak di daerah Qingxiu, Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China.
Foto menunjukkan Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning yang terletak di daerah Qingxiu, Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China.

Sebagai pusat kepada lokasi tetap Ekspo China-ASEAN, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, daerah Qingxiu telah berusaha sedaya upaya untuk membina kawasan kluster industri konvensyen dan pameran moden dengan NICEC sebagai teras dan berkembang ke kawasan daratan dalam lingkungan 3 kilometer.

Kawasan kluster tersebut, dikendalikan sebahagian besarnya oleh Guangxi International Expositions Group Co., Ltd., menampung banyak sektor konvensyen dan pameran serta sumber komersial bandar. Sejak September lalu apabila kawasan kluster mula beroperasi, lebih daripada 90 peratus perusahaan yang telah bertapak di sana merupakan perusahaan yang terlibat dalam perniagaan berkaitan konvensyen dan pameran seperti bahan binaan, logistik, seni, teknologi maklumat, budaya dan pelancongan.

Berdasarkan kepada kawasan kluster, daerah Qingxiu telah mencipta corak ekonomi pameran baharu yang mana pameran memacu tarikan pelaburan, promosi pemasaran, pelancongan, pertukaran dan juga kerjasama.

Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 2021, 221 konvensyen dalam talian dan luar talian serta 70 pameran dalam talian dan luar talian telahpun diadakan di daerah Qingxiu, masing-masing menjana pendapatan sebanyak 1.505 bilion yuan dan 176 juta yuan.

Selain itu, jumlah pusing ganti aktiviti pameran yang diadakan di daerah Qingxiu pada tahun lalu mencecah 12.312 bilion yuan.

Ketika ini, daerah Qingxiu melangkah lebih pantas untuk membangunkan perkhidmatan pengeluar yang profesional dan berkualiti tinggi. Menurut rancangannya, sekurang-kurangnya lima jenama konvensyen dan pameran dengan pengaruh serantau akan dibina di daerah tersebut.

Pada masa akan datang, daerah Qingxiu akan meningkatkan ekonomi ibu pejabat, dengan tumpuan untuk memperkenalkan kepada ibu pejabat serantau dengan perusahaan milik negara, syarikat ditadbir secara berpusat dan syarikat multinasional.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/330089.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news