omniture

Rangkaian-Awan Pintar Huawei, Menyerlahkan Produktiviti Digital Industri

Huawei
2022-09-23 15:03 81

BANGKOK, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada hari kedua HUAWEI CONNECT 2022, Zhao Zhipeng, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Rangkaian Awan Pintar, Menyerlahkan Produktiviti Digital Industri" dan menghuraikan bagaimana Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei dapat meningkatkan lagi pengalaman pelanggan industri dalam tiga dimensi — senang, tangkas dan dipermudah — dengan terus membangunkan keupayaannya dalam senario CloudFabric, CloudWAN dan CloudCampus. Di persidangan tersebut, Huawei turut memperkenalkan Wi-Fi 7 AP AirEngine 8771-X1T yang pertama dalam industri, suis teras kampus generasi seterusnya sedia-400G CloudEngine S16700 dan penghala pengagregatan khidmat-sejagat ultra-kompak NetEngine 8000 M4. Produk-produk ini dapat membantu meletakkan asas data yang kukuh untuk menyerlahkan lagi produktiviti digital.

Zhao Zhipeng, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Rangkaian-Awan Pintar, Menyerlahkan Produktiviti Digital Industri”
Zhao Zhipeng, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Rangkaian-Awan Pintar, Menyerlahkan Produktiviti Digital Industri”

Zhao Zhipeng mengetengahkan bahawa perkhidmatan teras dalam pelbagai industri sedang mengalami transformasi digital secara berperingkat-peringkat yang mencetuskan keperluan yang lebih tinggi ke atas rangkaian. Sebagai contoh, ketika sektor kewangan beralih menuju Bank 4.0, perkhidmatan keadaan-stabil dan keadaan-tangkas wujud bersama, lalu memacu sistem perkhidmatan kewangan untuk beralih ke berbilang awan atau awan hibrid. Dalam sektor perkhidmatan awam, transformasi digital melibatkan penyelarasan data dalam jabatan-jabatan fungsian dan memerlukan perkhidmatan dibawa dengan cara yang seragam. Dalam sektor pembuatan dan tenaga pula, beratus-ratus jenis sensor perlu dihubungkan ke rangkaian, lalu meningkatkan kerumitan rangkaian berlipat kali ganda.

Bagi menangani cabaran terdahulu, Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei meningkatkan lagi pengalaman untuk pelanggan industri dalam tiga dimensi — senang, tangkas dan dipermudah — dengan terus membangunkan keupayaannya dalam senario CloudFabric, CloudWAN dan CloudCampus.

  • CloudFabric 3.0 + Senang: Penyelesaian DCN ini menyediakan pelaksanaan yang mudah, O&M dan keupayaan evolusi bagi menyampaikan pengalaman perkhidmatan yang unggul, seterusnya membantu perusahaan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dalam talian. 
  • CloudWAN 3.0 + Tangkas: Penyelesaian WAN awan ini menyediakan sambungan yang tangkas, pengalaman optimum dan O&M tangkas bagi menyerlahkan pengalaman awan yang unggul, mengupayakan ISP untuk meningkatkan lagi kualiti talian persendirian dan sektor pengangkutan untuk meningkatkan kecekapan penjadualan.
  • CloudCampus 3.0 + Dipermudah: Penyelesaian rangkaian kampus awan ini menyediakan akses dipermudah, seni bina dan keupayaan O&M bagi memudahkan rangkaian perusahaan, meningkatkan dengan ketara kecekapan perkhidmatan dalam sektor penjagaan kesihatan, pendidikan dan kuasa elektrik.

Piyapong Worakee, Ketua Pegawai Maklumat Electricity Generating Authority of Thailand (EGAT), menyampaikan ucapan yang bertajuk "Perjalanan Transformasi Digital dan Masa Depan Rangkaian Kampus Pintar EGAT." Dalam ucapan ini, beliau berkongsi bagaimana Penyelesaian Rangkaian Pintar Huawei dapat membantu EGAT membina rangkaian kampus yang cekap, inovatif, hijau dan selamat. Ini hasilnya dapat menyediakan bekalan tenaga yang stabil dan andal untuk rantau ini dan memastikan kehidupan yang bahagia di Thailand dalam perjalanan transformasi digital EGAT.

Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dalam sektor-sektor seperti pendidikan, kerajaan, pengangkutan, kewangan dan tenaga di lebih daripada 150 negara dan wilayah. Pada masa akan datang, Huawei akan bekerjasama dengan pelanggan serta rakan kongsinya untuk menyelami dengan lebih mendalam pelbagai senario industri bagi menyerlahkan produktiviti digital. Khususnya, Huawei akan terus meneroka teknologi generasi seterusnya untuk pelbagai industri dan berinovasi melalui enam hala tuju: ultra-jalur-lebar hijau (GUB), AI rangkaian berbilang-domain (MNA), keselamatan rangkaian merata (UNS), IPv6 Dipertingkat, kebingkasan tinggi & rangkaian berkependaman rendah (HRL) dan IoT heterogen besar-besaran (MHI).

Untuk maklumat lanjut tentang Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei, kunjungi https://e.huawei.com/en/solutions/enterprise-networks/intelligent-ip-networks.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment