omniture

Asia berkenaan Agenda

iPoint-systems gmbh
2013-11-08 13:05 116

iPoint menubuhkan syarikat subsidiari baharu di China dan Jepun

REUTLINGEN, Jerman, 8 November 2013 /PRNewswire/ --

Syarikat perisian dan perundingan, iPoint-systems bakal meningkatkan kehadirannya dalam pasaran Asia melalui penubuhan syarikat subsidiari di Shanghai dan Tokyo. Ini membolehkan pakar bidang IT meneruskan peningkatan pada peringkat global memandangkan iPoint baru sahaja membuka syarikat subsidiari baharu di Michigan, Amerika Syarikat pada musim bunga yang lalu.

Penubuhan "iPoint Software and Information Technology (Shanghai) Ltd." adalah selaras dengan aktiviti iPoint dalam pasaran Cina. Syarikat tersebut turut mengekalkan hubungan yang baik dengan institut penyelidikan Pusat Teknologi dan Penyelidikan Automotif China (CATARC), organisasi pentadbiran bagi industri automotif Cina. Kedua-dua rakan kongsi tersebut telah menandatangani perjanjian kerjasama pada pertengahan tahun ini; delegasi CATARC dijadualkan untuk membuat lawatan ke ibu pejabat iPoint di Reutlingen pada tahun ini. Syarikat subsidiari Shanghai memberi tumpuan terhadap perkhidmatan, perundingan dan latihan untuk para pelanggannya. Perkhidmatan pertama yang ditawarkan oleh syarikat subsidiari Cina itu termasuklah sokongan tahap pertama bagi Platform Mineral Konflik iPoint.

Sokongan tahap pertama dan juga kursus latihan berkaitan subjek ini merupakan sebahagian daripada portfolio perkhidmatan "iPoint Japan Co Ltd". Satu lagi fokus utama bagi syarikat subsidiari baharu ialah mengedarkan produk iPoint selanjutnya. iPoint kini bekerjasama dengan rakan kongsi pengedaran Jepun yang berpengalaman dan terkenal yang akan memasarkan produk penyelesaian iPoint di laman webnya. iPoint juga telah pun berhubung dengan persatuan industri elektronik dan automotif.

Jörg Walden, Ketua Pegawai Eksekutif iPoint-systems yakin dengan polisi pengembangan syarikat: "Ekonomi Asia, terutamanya bagi industri elektronik dan automotif dicirikan oleh potensi pertumbuhan yang sangat besar. Berkenaan kemampanan pula, Asia dilaporkan sedang berusaha menyaingi pasaran Eropah dan Amerika. Kami benar-benar boleh menyokong pelanggan Asia kami dari segi pematuhan produk dan kemampanan dengan menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang diperlukan."

Latar Belakang iPoint-systems:

iPoint merupakan perisian yang menerajui di dunia dan rakan kongsi perundingan bagi pematuhan produk persekitaran dan kemampanan. Penyelesaian iPoint memastikan pertukaran maklumat relevan berlaku secara automatik dan selamat merentasi seluruh rangkaian nilai - daripada konsep produk melalui pengeluaran dan penggunaan hinggalah kepada kitar semula dan guna semula. iPoint turut menyediakan penyelesaian perisian yang mudah suai serta menyeluruh yang mampu memberikan kebolehlihatan dan kawalan yang diingini oleh para pelanggan dalam menguruskan pematuhan dan kemampanan. Bagi maklumat lanjut, sila layari http://www.ipoint-systems.com

Bagi maklumat lanjut, hubungi:
iPoint-systems gmbh
Katie Böhme
Ludwig-Erhard-Str. 52-56
D-72760 Reutlingen
Telefon: +49(0)7121-144/89-60
katie.boehme(at)ipoint-systems(dot)de

Source: iPoint-systems gmbh
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Corporate Expansion