omniture

Muzium Qatar Mengumumkan Pertukaran Pameran, Program dan Kerjasama Ilmiah dengan Muzium Seni The Metropolitan di New York

Qatar Museums
2022-09-23 19:00

DOHA, Qatar, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- Muzium Qatar hari ini mengumumkan kerjasama yang merangkumi pertukaran pameran, program dan kerjasama ilmiah dengan Muzium Seni Metropolitan Bandar Raya New York, sempena pembukaan semula Muzium Kesenian Islam Doha yang telah dibina dan dibangunkan semula serta sempena sambutan ulang tahun kesepuluh pembukaan Galeri The Met untuk Hasil Seni dari Tanah Arab, Turki, Iran, Asia Tengah dan Asia Selatan. Muzium Qatar telah bermurah hati menghulurkan pemberiannya kepada Muzium Seni The Metropolitan, dan sebagai menghargai sokongan Qatar, sebuah galeri di The Met yang mempamerkan kesenian daripada Zaman Umayyah dan Abbasiyah (abad ke-7 hingga ke-13) telah dinamakan sebagai Galeri Qatar.

Kerjasama ini berfungsi sebagai sebuah projek legasi bagi program Tahun Kebudayaan Muzium Qatar 2021 yang meraikan hubungan kukuh antara Qatar dengan Amerika Syarikat. Sebagai sebahagian daripada kerjasama institusi-institusi ini, Muzium Qatar telah meminjamkan karya-karya daripada koleksi terkenalnya kepada The Met untuk dijadikan pameran – termasuk Jerusalem pada Zaman Pertengahan (2016), Sultan-Sultan Deccan India, 1500-1700: Kemewahan dan Fantasi (2015), Zaman Kegemilangan Seljuks (2016) dan Perjalanan Agung: Daguerreotaip Girault de Prangey (2019) – dan karya-karya daripada koleksi The Met ini akan dipertontonkan di Doha pada 26 Oktober dalam pameran khas sulung Baghdad: Eye's Delight di Muzium Kesenian Islam. 

Puan Yang Terutama Sheikha Al Mayassa binti Hamad bin Khalifa Al Thani, Pengerusi Muzium Qatar berkata, "Penubuhan Galeri Qatar di Muzium Seni The Metropolitan menyerlahkan perpaduan antara institusi kami serta hasrat kami untuk memajukan matlamat penting yang dikongsi bersama, iaitu untuk meningkatkan penghargaan dunia terhadap kesenian Islam walau di mana-mana sahaja. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan The Met untuk menghargai keindahan, kedalaman dan kepelbagaian tradisi global yang menjangkau empat belas abad lamanya."

Max Hollein, Pengarah Marina Kellen French di The Met mengulas: "The Met amat berterima kasih kepada Muzium Qatar atas tindakannya yang bermurah hati dan luar biasa ini. Pemberian ini merupakan bukti terkini bagi hubungan yang sudah lama terjalin antara institusi kami dan menandakan permulaan kepada jalinan kerjasama yang meluas yang merangkumi pertukaran pameran, program dan kerjasama ilmiah. Sokongan penting ini amat bermakna lebih-lebih lagi ketika kami meraikan ulang tahun ke-10 pembukaan galeri The Met yang telah diubah suai yang terus menjadi sumber tarikan dan inspirasi terbaik kepada berjuta-juta pengunjung tahunan kami."

Hubungan Akhbar:
Alli Steinberg, Polskin Arts: alli.steinberg@finnpartners.com / +1 212 582 2754

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1905752/Qatar_Museums_Logo.jpg?p=medium600

Source: Qatar Museums
Keywords: Art Education Entertainment Future Events