omniture

IEEE UMUM PEMILIHAN SOPHIA MUIRHEAD SELAKU PENGARAH EKSEKUTIF DAN KETUA PEGAWAI OPERASI SETERUSNYA

IEEE
2022-09-23 20:20

PISCATAWAY, New Jersey, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- IEEE, organisasi profesional teknikal terbesar di dunia dikhususkan untuk memajukan teknologi untuk manfaat manusia sejagat, mengumumkan hari ini bahawa Sophia Muirhead bakal menjadi pengarah eksekutif dan ketua pegawai operasi (COO), berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

"Sophia mempunyai sejarah rekod yang terbukti bekerjasama dan berkolaborasi dengan Lembaga Pengarah dan mempunyai pemahaman yang mendalam tentang organisasi kami," ujar K. J. "Keluasan pengalaman akan meningkatkan usaha berterusan Lembaga untuk menyediakan tempat profesional kepada ahli-ahli kita, dan memberi khidmat kepada komuniti kejuruteraan dan teknologi di seluruh dunia."

"Saya tertarik kepada IEEE pada tahun 2019 kerana ia merupakan organisasi berasaskan misi yang direka untuk manfaat kepentingan awam, ahli-ahlinya, dan untuk berbakti kepada matlamat yang lebih besar, jadi saya amat berbesar hati dan teruja kerana terpilih sebagai pengarah eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi IEEE yang seterusnya," ulas Muirhead. "Saya ternanti-nantikan kolaborasi dengan kepimpinan, ahli, dan kakitangan IEEE bagi meneruskan lagi misi IEEE di seluruh dunia."

Sejak 2019, Muirhead telah berkhidmat sebagai Penasihat Utama dan Ketua Pegawai Pematuhan IEEE. Sebelum menyertai IEEE, Sophia merupakan naib presiden kanan, ketua pegawai perundangan, dan setiausaha korporat di The Conference Board, organisasi keahlian perniagaan global. Beliau merupakan ketua pegawai undang-undang pertama dalam sejarah lebih 100 tahun The Conference Board. Di sepanjang kerjaya beliau, Muirhead juga pernah memegang peranan operasi yang mana beliau mewujudkan bidang dan keupayaan amalan baharu, menemukan laluan baharu untuk perkembangan, dan bertindak sebagai pemangkin dalam mengubah keberkesanan organisasi untuk masa depan. Beliau merupakan eksekutif Peringkat Atasan yang berpengalaman dan penasihat yang dipercayai bagi Lembaga Pengarah dan Pemegang Amanah, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif, rakan taulan dan rakan sekerja.

Muirhead ialah ahli Lembaga Pemegang Amanah The Hunter College Foundation, yang mana beliau berkhidmat dalam Jawatankuasa Audit, Praundang-undang dan Praperniagaan. Beliau menerima J.D. daripada Harvard Law School dan B.A. magna cum laude dalam sains politik daripada Hunter College.

IEEE dan ahli-ahlinya menginspirasikan komuniti global untuk berinovasi demi hari esok yang lebih baik menerusi lebih daripada 400,000 ahli di lebih 160 buah negara, dan ia sering dipetik dalam penerbitan, persidangan dan aktiviti-aktiviti profesional dan pendidikan. IEEE ialah suara yang dipercayai untuk maklumat tentang kejuruteraan, pengkomputeran dan teknologi di seluruh dunia. IEEE menaja lebih daripada 1800 persidangan tahunan dan acara serta menerbitkan hampir satu pertiga daripada bahan bertulis teknikal dunia dalam kejuruteraan elektrik, sains komputer dan elektronik. IEEE juga merupakan pembangun piawaian antarabangsa yang termasuk piawaian IEEE 802 ®yang terkemuka bagi rangkaian tempatan, metropolitan dan kawasan lain, termasuk Ethernet dan LAN Tanpa Wayar (Wi-Fi®).

Latar Belakang IEEE

IEEE ialah organisasi profesional teknikal terbesar di dunia dikhususkan untuk memajukan teknologi untuk manfaat manusia sejagat. Menerusi penerbitan yang sering dipetik, persidangan, piawaian teknologi, aktiviti-aktiviti profesional dan pendidikan, IEEE ialah suara yang dipercayai untuk maklumat dalam pelbagai bidang yang luas bermula dengan sistem aeroangkasa, komputer dan telekomunikasi hinggalah kepada kejuruteraan bioperubatan, kuasa elektrik dan elektronik pengguna. Ketahui lebih lanjut di http://www.ieee.org

Hubungan Media:

Monika Stickel 
m.stickel@ieee.org 
+1-732-562-6027

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1903675/IEEE_Advanced_Technology_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: IEEE
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Education Publishing/Information Service Telecommunications Personnel announcements