omniture

Empire State Realty Trust Mencapai Keneutralan Karbon untuk Portfolio Komersial

Empire State Realty Trust, Inc.
2022-09-23 20:35

Tambahan 100% Mengimbangi Penggunaan Bukan Elektrik Melalui Sokongan Pemeliharaan 9 Ribu Ekar Hutan Biopelbagai 

Empire State Realty Trust (ESRT) sebelum ini telah mengimbangi tenaga elektrik dengan 100% kuasa tenaga angin boleh baharu di seluruh portfolio 

NEW YORK, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai keneutralan karbon untuk portfolio komersial seluas 9.9 juta kaki persegi melalui gabungan kepemimpinan industri dalam membina usaha penyusunan semula kecekapan tenaga dan perjanjian tiga tahun baharu dengan 18 Hutan Simpan dan AKTA. Perjanjian baharu ini menyokong pemeliharaan hampir 9,000 ekar hutan dengan kepelbagaian bio yang akan mengimbangi 100% penggunaan bahan api fosil bukan elektrik ESRT.

Kepemimpinan berterusan ESRT dalam kecekapan kelestarian dan tenaga telah mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di Empire State Building sebanyak 54% dan keseluruhan portfolio komersial sebanyak 43%. ESRT baru-baru ini menerbitkan "Empire Building Playbook: An Owner's Guide to Low Carbon Retrofits" – yang dibangunkan bersama-sama dengan NYSERDA dan disokong oleh tuan-tuan tanah yang berasal dari Bandar Raya New York (NYC) yang lain serta Inisiatif Global Clinton – untuk membimbing para pemilik bangunan dalam langkah-langkah untuk mencapai keneutralan karbon melalui pengurangan pelepasan dengan kurang kebergantungan pada pertukaran dan pulangan pelaburan yang telah terbukti.

"Memandangkan undang-undang, permintaan pasaran dan risiko perubahan iklim mendorong pemilik hartanah untuk memenuhi keperluan pengurangan pelepasan, syarikat-syarikat perlu mencari cara yang lebih maju untuk mengimbangi penggunaan semasa mereka semasa mereka berusaha mengurangkan pelepasan," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust. "ESRT terus berinovasi dan melaksanakan cara untuk berfungsi sebagai destinasi untuk penyewa berkualiti tinggi dan memberi manfaat kepada para pelabur dengan penjimatan dan pulangan yang agak besar. Kerjasama dengan 18 Hutan Simpan dan AKTA ini menyokong usaha untuk memulihara dan melindungi hutan yang memerangkap karbon bagi pihak ESRT dan para penyewa kami."

ESRT menganggap pengimbangan sebagai suatu alat untuk pengurangan pelepasan kerana ia berfungsi secara aktif ke arah kecekapan tenaga dan pengurangan pelepasan operasi dalam portfolionya. Melalui kerjasama dengan grid yang lebih boleh baharu, ESRT berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pelepasan sifar karbon dengan pengurangan pelepasan operasi sebanyak 80% di Empire State Building menjelang tahun 2030 dan keseluruhan portfolio komersialnya menjelang tahun 2035 dan baki 20% dilindungi oleh pengimbang yang berkelayakan. ESRT merangkumi 100% pelepasan langsung (skop satu), pelepasan tidak langsung (skop dua) dan pelepasan aset pajakan hiliran tidak langsung (skop tiga) sebagai sebahagian daripada definisi keneutralan dan komitmen karbon mereka terhadap pengurangan pelepasan, pengimbangan dan pendedahan terhadap semua bidang ini adalah penting untuk mencapai keneutralan karbon. 

Tanah seluas 9,000 ekar yang dipelihara, hutan dengan kepelbagaian bio, dimiliki oleh Jabatan Perhutanan dan terletak berhampiran Cleveland, Ohio, akan mengimbangi sepenuhnya penggunaan wap dan gas asli ESRT. Inisiatif ini melengkapkan pengimbangan semasa penggunaan elektrik ESRT dengan kredit tenaga boleh baharu (REC) angin di Empire State Building sejak tahun 2011 dan sepanjang portfolio sejak bulan Januari 2021 melalui kerjasama jangka panjang dengan Green Mountain Energy. Kontrak tahun 2021 ini menjadikan ESRT pengguna terbesar negara ini iaitu 100% kuasa hijau dalam bidang hartanah (sumber).

"Kami memberi tumpuan kepada sasaran kami untuk mengurangkan pelepasan operasi sebanyak 80% menjelang tahun 2030 di ESB dan untuk keseluruhan portfolio komersial menjelang tahun 2035," kata Dana Robbins Schneider, Naib Presiden Kanan, Pengarah Tenaga, Kelestarian dan ESG ESRT. "Walaupun kami melaksanakan langkah-langkah untuk mencapai sasaran ini melalui kerjasama dengan grid dan projek yang dipacu ROI seperti kanopi solar 3.4MW, 8.2MW bateri dan 80 projek stesen pengecasan EV kami di Westchester, New York, kami telah komited untuk mengimbangi baki pelepasan bahan api fosil yang berkaitan dengan portfolio kami melalui sumber yang diiktiraf dan memberi impak."

ESRT sering membuat pelaburan dalam dan melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan alam sekitar dalam portfolionya dan secara terbuka berkongsi amalan terkemuka industri dalam kecekapan tenaga, pengurangan pelepasan, bangunan yang sihat dan kualiti alam sekitar dalaman.

"Portfolio kami kekal sebagai satu tawaran menarik kepada para penyewa yang mendambakan kualiti bermakna bangunan yang sihat dan cekap tenaga pada harga yang mampu milik," tambah Malkin. Maklumat lanjut tentang kepimpinan ESRT dalam kelestarian boleh didapati secara dalam talian.

Tentang Empire State Realty Trust

Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) merupakan sebuah badan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) yang memiliki dan mengurus aset pejabat, peruncitan dan pelbagai keluarga di Manhattan serta kawasan metropolitan New York yang lebih luas. ESRT memiliki Empire State Building, Bangunan Paling Terkenal di Dunia dan Balai Cerap Empire State Building ikonik yang baru direka semula yang menjadi tarikan #1 di A.S. serta #3 di dunia dalam Anugerah Travelers' Choice Best of the Best 2022 Tripadvisor. Syarikat ini merupakan peneraju dalam bangunan sihat, cekap tenaga dan kualiti persekitaran dalaman serta mempunyai pelepasan gas rumah hijau yang paling rendah bagi setiap kaki persegi daripada mana-mana portfolio Amanah Pelaburan Hartanah yang didagangkan secara awam di Bandar Raya New York. Setakat 30 Jun 2022, portfolio ESRT terdiri daripada kira-kira 9.2 juta kaki persegi ruang pejabat boleh disewa, 700,000 kaki persegi ruang peruncitan boleh disewa dan 625 buah unit kediaman pada dua hartanah berbilang keluarga. Maklumat lanjut tentang Empire State Realty Trust boleh didapati di esrtreit.com dan dengan mengikuti ESRT di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan mengikut takrifan undang-undang sekuriti Persekutuan. Anda boleh mengenal pasti pernyataan ini dengan penggunaan perkataan oleh kami seperti "andaian," "percaya," "anggaran," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "mengunjur" atau versi negatif bagi perkataan ini atau perkataan dan ungkapan yang serupa yang tidak berkaitan dengan perkara-perkara sejarah. Anda hendaklah berhati-hati dalam mentafsir dan bergantung kepada pernyataan berpandangan ke hadapan kerana ia melibatkan risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang diketahui dan tidak diketahui, yang dalam sesetengah kes, adalah di luar kawalan ESRT dan boleh mempengaruhi hasil, prestasi atau pencapaian sebenar secara material. Faktor dan risiko sedemikian termasuk, tanpa had, (i) krisis kesihatan awam dan gangguan ekonomi semasa akibat pandemik COVID-19, (ii) kegagalan keadaan atau prestasi berkenaan apa-apa peristiwa atau transaksi yang diterangkan di atas, (iii) ketidaktentuan alam sekitar dan risiko yang berkaitan dengan perubahan iklim, keadaan cuaca buruk, peningkatan paras laut dan bencana alam; dan (iv) ketepatan metodologi dan anggaran kami mengenai metrik dan matlamat ESG, (v) kesediaan dan keupayaan penyewa untuk bekerjasama dalam melaporkan metrik ESG dan memenuhi matlamat ESG, (vi) kesan peraturan kerajaan terhadap usaha ESG kami, (viii) dan risiko dan ketidakpastian lain yang diterangkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan ESRT dan ESROP dengan SEC, termasuk yang dinyatakan dalam setiap Laporan Tahunan ESRT dan ESROP pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021 di bawah tajuk "Faktor Risiko." Kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, ESRT dan ESROP tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya. 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Environmental Products & Services Real Estate Utilities