omniture

Swarovski Foundation Mengumumkan Penerima Geran Terkini bagi Program Creatives For Our Future Pada Suatu Majlis Resepsi di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Swarovski Foundation
2022-09-24 20:46

NEW YORK, 24 September 2022 /PRNewswire/ -- Susulan tawaran permohonan yang telah menarik lebih 230 penyertaan bakat kreatif muda dari 52 buah negara di seluruh dunia, Swarovski Foundation, dengan kerjasama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Kerjasama, mengumumkan kohort dan pemenang terkini program Creatives for Our Future (Bakat Kreatif untuk Masa Depan Kita) untuk tahun kedua pada suatu majlis resepsi khas di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bandar Raya New York.

The Swarovski Foundation Creatives for Our Future Cohort for 2022 at the United Nations Headquarters
The Swarovski Foundation Creatives for Our Future Cohort for 2022 at the United Nations Headquarters

Enam orang yang berjaya menerima geran ini memiliki kepakaran merentasi seluruh bidang fesyen dan tekstil, kejuruteraan, reka bentuk produk dan bioteknologi lestari dan telah dipilih berdasarkan idea rintis dan pendekatan inovatif mereka yang menawarkan kaedah baharu menangani cabaran ketaksamaan sosial, perubahan iklim serta penggunaan dan pengeluaran yang tidak lestari hari ini. Komitmen mereka untuk memacu kemajuan ke arah 17 Matlamat Pembangunan Lestari yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu demi sebuah dunia yang lebih baik, telah menjadikan mereka begitu berbeza.

Kohort Creatives for Our Future oleh Swarovski Foundation untuk tahun 2022 termasuk:

  •   Noemi Florea | Pereka dan Penulis (Amerika Syarikat)
  •   M. Hassamuddin | Jurutera dan Inovator Mesra Alam Sekitar (Pakistan)
  •   Joshua Ichor | Saintis Geologi dan Usahawan (Nigeria)
  •   Aradhita Parasrampuria | Penyelidik Bahan Lestari dan Reka Bentuk Tekstil (Amerika Syarikat)
  •   Florencia Valladares | Jurutera Komputer (Chile)
  •   Charlotte Werth | Pereka Fesyen dan Tekstil (United Kingdom)

Para penerima yang berjaya masing-masing akan menerima geran bernilai €20,000 yang disertai dengan program pendidikan dengan kerjasama institusi antarabangsa terkemuka, bimbingan yang disesuaikan dan akses hubungan rangkaian industri dengan bimbingan daripada Swarovski Foundation. Penasihat program ini yang merupakan para pemimpin dalam lapangan mereka, akan turut serta sebagai tenaga pengajar utama dan mentor kepada kohort ini dengan matlamat untuk memperkasakan visi mereka dan membangunkan amalan mereka agar dapat disumbangkan ke arah perubahan yang positif demi kebaikan orang ramai, alam sekitar dan masyarakat.

Pada hari Rabu, 14 September, Swarovski Foundation meraikan pengumuman para penerima dan penasihat program Creatives for Our Future dengan suatu majlis resepsi khas di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, semasa sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. ⅝Penglibatan rangkaian industri peringkat tinggi ini merupakan yang pertama seumpamanya bagi program ini dan menawarkan peluang yang unik kepada kohort ini untuk bertemu dengan komuniti para individu yang berpandangan serupa yang bekerja dalam lingkungan pembangunan lestari serta turut mencipta impak global yang positif. 

Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi:
Charlotte Bancans
charlotte.bancans@swarovskifoundation.org 
+44 78 0864 3470

KIT AKHBAR DIGITAL: https://bit.ly/3ajr9MN  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1905529/Swarovski_Foundation_UNH.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1862262/Swarovski_Foundation_Logo.jpg?p=medium600

Source: Swarovski Foundation
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Fashion Higher Education Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles New products/services