omniture

Huawei Keluarkan Kertas Putih Melangkah Menuju Dunia Pintar - Storan Data

Huawei
2022-09-26 09:21 128

BANGKOK26 September 2022 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2022, David Wang, Pengarah Eksekutif Lembaga Huawei dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Infrastruktur ICT, mengeluarkan satu siri kertas putih yang bertajuk Striding Towards the Intelligent World (Melangkah Menuju Dunia Pintar).

Pendigitalan hanyalah permulaan jika kita melihat kepada perkembangan global. Dijangkakan bahawa sepanjang dekad yang seterusnya, perusahaan daripada semua saiz akan mengalami komplikasi semasa perjalanan transformasi digital (DX) mereka. Aplikasi data IT akan menjadi lebih terpelbagai dan jumlah data aplikasi yang semakin bertambah akan diproses oleh sistem pengeluaran, bererti keperluan terhadap storan data yang andal, beraksi, berkesan kos menjadi lebih penting berbanding sebelum ini.

Atas sebab ini, kertas putih Striding Towards the Intelligent World - Data Storage membentangkan pandangan Huawei terhadap evolusi storan dalam pusat data perusahaan. Meliputi 9 topik, ia menyediakan kepada pelanggan perusahaan dengan cadangan berhubung pembangunan infrastruktur data untuk mendorong secara bersama industri storan data.

Pandangan I: Data Tidak Berstruktur

Data tidak berstruktur menyumbang lebih daripada 80% data perusahaan baharu dan menjadi semakin penting untuk pengeluaran dan pembuatan keputusan. Menjadi keperluan untuk pasukan IT perusahaan mentransformasikan keupayaan bertumpu data berstruktur mereka bagi tujuan reka bentuk, perancangan dan pengurusan data tidak berstruktur besar-besaran.

Pandangan II: Aplikasi Data Pelbagai

Aplikasi data yang pelbagai seperti pangkalan data teragih, analisis data raya dan AI semakin berkembang pesat. Perusahaan digalakkan untuk menggunakan seni bina storan-komput nyahganding untuk menawarkan perkhidmatan kepada aplikasi data baru muncul untuk keandalan yang lebih tinggi. Di samping itu, enjin pecutan dapat dibina untuk pelbagai aplikasi data bagi melaksanakan pemprosesan data-hampir yang menyampaikan kecekapan yang lebih tinggi.

Pandangan III: Semua-Senario Termasuk Semua-Denyar

Storan semua-denyar menyumbang sebanyak lebih 50% daripada pasaran storan utama dan era storan denyar inklusif semakin tiba. Huawei mengesyorkan agar perusahaan merebut peluang penggantian dan penggunaan storan untuk mempercepatkan penerimaan storan semua-denyar.

Pandangan IV: Perlindungan Perisian Tebusan

Serangan perisian tebusan menjadi ancaman yang paling signifikan terhadap perusahaan. Pasukan storan mereka dinasihatkan untuk mewujudkan sistem perlindungan data yang lebih komprehensif dan membina penyelesaian storan perlindungan perisian tebusan yang menyeluruh untuk menguatkan barisan pertahanan yang terakhir untuk perlindungan data.

Pandangan V: Kebingkasan Digital

Memandangkan data menjadi aset teras untuk perusahaan, kebingkasan digital merupakan metrik yang besar untuk mana-mana kerangka kebingkasan perusahaan. Perusahaan harus menguatkan perlindungan data bagi memastikan kebocoran, pengacauan dan kehilangan data sifar, perkhidmatan sentiasa-hidup dan akses sentiasa patuh, seterusnya meningkatkan kebingkasan digital.  

Pandangan VI: Storan Berkuasa-AI

Bermula daripada pengurusan kepada produk, AI memperkasa storan berpandukan autonomi dalam seluruh kitar hayat data. Disyorkan agar perusahaan membangunkan kriteria penilaian untuk perisian pengurusan AI storan dengan proaktif dan pasukan pengurusan storan menaik taraf tindanan teknologi untuk AI storan.

Pandangan VII: Seni Bina Berbilang-Awan

Tatkala berbilang awam menjadi kebiasaan baharu, amalan yang disyorkan adalah untuk memindahkan perkhidmatan inovatif yang memiliki ketidakpastian dan perkhidmatan baru muncul seperti OA hingga awan awam, sambil mengekalkan perkhidmatan teras dalam pusat data atas-premis mereka. Dalam pembinaan berbilang awan, perusahaan dinasihatkan untuk menggunakan seni bina IT yang menyimpan dan berkongsi secara data berpusat dan menggunakan aplikasi dalam berbilang awan serta merancang platform pengurusan data disatukan merentas awan untuk memaksimumkan perkongsian data.

Pandangan VIII: Model Perniagaan Storan

Model perniagaan storan yang fleksibel membantu mengendalikan jumlah data yang bertambah dengan pesat dan ketidaktentuan ekonomi. Huawei mengesyorkan agar perusahaan merancang bagaimana untuk memperoleh sumber IT dan memilih model perniagaan yang paling sesuai mengikut keperluan perniagaan dan strategi masa depan.

Pandangan IX: Penjimatan Tenaga

Storan data hijau adalah satu kemestian untuk pusat data bagi mencapai emisi karbon sifar-bersih. Perusahaan boleh menggunakan produk storan dengan reka bentuk ketumpatan tinggi, penumpuan sistem dan pengurangan data cekap bagi mengurangkan lagi penggunaan tenaga pusat data.

Untuk butiran lanjut, sila klik: https://www.huawei.com/en/giv/industries/data-storage


Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Trade show news