omniture

Exicom muncul sebagai jenama pengecasan kereta elektrik (EV) terbesar di Malaysia

Exicom
2022-09-26 09:30

KUALA LUMPUR, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- Exicom, pengeluar pengecas EV dan pengeluar bateri ion litium terkemuka hari ini mengatakan ia telah muncul sebagai jenama pengecasan EV terbesar di Malaysia dengan 40 peratus bahagian pasaran di negara ini.

Anant Nahata, Managing Director, Exicom
Anant Nahata, Managing Director, Exicom

Disokong oleh teknologi dan inovasi bertaraf dunia, Exicom telah menjadi penyedia teknologi yang dipercayai untuk pengecasan EV di Malaysia. Syarikat tersebut telah berjaya mencapai kejayaan ini dalam masa 3 tahun, sejak ia mula berada di pasaran Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada strateginya untuk memperluas jejak global.  

Syarikat ini juga mempunyai kerjasama strategik dengan Green EV Charge (sebelum ini dikenali sebagai Yinson GreenTech) untuk memperluas infrastruktur pengecasan di negara ini. Exicom juga membekalkan pengecas pantas kepada para pengedar kereta melalui Pekema (Persatuan Pengimpot & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia). Selain itu, ia juga menyediakan stesen pengecasan pantas di lebuh raya di Malaysia dengan pelbagai rakan kongsi termasuk Tenaga Nasional.

Exicom percaya bahawa salah satu faktor terbesar yang menghalang pertumbuhan penggunaan kenderaan elektrik adalah kekurangan infrastruktur pengecasan.

Walaupun industri EV di Malaysia masih berada di peringkat permulaan, negara ini memberi tumpuan kepada pembangunan yang menyokong infrastruktur selaras dengan matlamat untuk menjadi negara neutral karbon menjelang tahun 2050. Seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-12, kerajaan bertekad untuk menyokong inisiatif e-mobiliti dengan memberi tumpuan kepada pembangunan EV dan infrastruktur sokongannya.

Berkongsi perspektif beliau tentang pencapaian tersebut, Anant Nahata, Pengarah Urusan Exicom berkata, "Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk mencatatkan pertumbuhan dalam pasaran EV di rantau Asia Tenggara (SEA) dan menawarkan peluang yang luas kepada para pemain teknologi setaraf kami untuk menjamin kedudukan kami sebagai peneraju pasaran. Kami berbangga kerana mengambil bahagian dalam pertumbuhan dan pembangunan ekosistem EV dengan produk yang disokong oleh Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan teknologi yang ketat. Produk kami yang sedia masa depan akan mendorong kami untuk bertapak dengan kukuh di pasaran Asia Tenggara (SEA) dan membantu meletakkan jenama Exicom pada peta ekosistem EV global."

Exicom berada di barisan hadapan dalam penggunaan pengecas EV dengan produknya yang disokong oleh 50 bulan R&D dan pembangunan teknologi di kemudahannya di Wilayah Ibu Negara India.

Disebabkan inovasi bertaraf dunia, syarikat ini terus kekal sebagai penyedia teknologi yang dipercayai untuk jenama automotif terkenal seperti Tata Motors, MG, Volvo dll. Exicom telah pun menggunakan pengecas DC di pelbagai ibu pejabat automotif dan bilik pameran utama dengan ramalan pelancaran di seluruh negara akan dipercepatkan dalam tempoh 24-36 bulan akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi exicom@adfactorspr.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1905329/Anant_Nahata_MD.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1905330/Exicom_brand_Malaysia.jpg?p=medium600

Exicom emerges as the largest EV charging brand in Malaysia with 40 per cent share in the country
Exicom emerges as the largest EV charging brand in Malaysia with 40 per cent share in the country

 

Source: Exicom
Keywords: Auto Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Transportation Utilities Corporate Expansion