omniture

FP Markets menerima tiga anugerah serentak di Anugerah Forex Global 2022

FP Markets
2022-09-26 15:21 0

SYDNEY, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- FP Markets telah dianugerahkan sebagai "Broker Nilai Global Terbaik 2022" untuk tahun ke-4 berturut-turut yang julung-julung kali berlaku. FP Markets turut menerima dua lagi anugerah untuk "Program Rakan Kongsi Forex Terbaik" di Asia 2022 dan "Broker Forex Terbaik" di Eropah 2022. 

FP Markets claims a hat-trick of awards at the 2022 Global Forex Awards
FP Markets claims a hat-trick of awards at the 2022 Global Forex Awards

Anugerah Forex Global 2022 meraikan majlisnya yang ke-5 ini pada hari Khamis 22 September 2022 di sebuah Marina terkenal di Limassol, Cyprus. Majlis tersebut menghimpunkan pelbagai syarikat global yang menawarkan teknologi termaju, alat penyelidikan pasaran yang komprehensif, program pendidikan yang unggul dan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia. 

Ketua FP Markets Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Craig Allison, berkata: "Kami berasa sukacita kerana dianugerahkan "Broker Nilai Global Terbaik" untuk tahun ke-4 berturut-turut, satu pencapaian yang julung-julung kali berlaku yang menekankan komitmen kami yang konsisten dan tidak berbelah bahagi untuk menyediakan pengalaman dagangan terbaik kepada para pelanggan kami. Seterusnya, kami juga berasa gembira menerima anugerah "Program Rakan Kongsi Forex Terbaik" di Asia dan "Broker Forex Terbaik" di Eropah untuk tahun 2022 yang kali pertama diperoleh dan jelas sekali menunjukkan bahawa ketika kami berkembang ke seluruh dunia, kami diiktiraf di peringkat global kerana menawarkan harga yang kompetitif, pelaksanaan yang pantas, teknologi yang terkemuka di pasaran serta pengalaman pelanggan terbaik kepada para pelanggan kami secara konsisten. Kami amat menghargai pengiktirafan antarabangsa yang berterusan ini kerana di FP Markets kami amat mengutamakan ciri-ciri ini dan anugerah berprestij ini membuktikan usaha pasukan global kami yang gigih untuk terus memberikan pengalaman dagangan yang terbaik kepada para pelanggan kami."

FP Markets menawarkan lebih 10,000 instrumen dagangan yang menawarkan akses kepada CFD yang meliputi Forex, Indeks, Komoditi, Saham dan Mata Wang Kripto untuk para pedagang, menjadikannya sebagai salah satu tawaran terbesar dalam industri dengan lapan platform, termasuk MT4, MT5 & Iress. Sepanjang 17 tahun yang lalu, FP Markets telah mengetahui bahawa gabungan sebaran yang ketat dan pelaksanaan pantas yang konsisten berserta platform yang canggih, rangkaian produk yang luas dan sokongan pelanggan yang terbaik merupakan asas utama yang memberi keyakinan kepada pedagang yang serius untuk berdagang. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Broker Forex Terbaik Australia 2020 ini terus memperluas tawaran produknya, memberikan keupayaan kepada para pedagang untuk berdagang dalam persekitaran dagangan terbaik dalam industri.

Nota kepada Editor 

Tentang FP Markets: 

  • FP Markets ialah Broker Forex global yang Dikawal Selia oleh Australia dengan 17 tahun pengalaman dalam industri.
  • FP Markets menawarkan sebaran Forex antara bank yang sangat kompetitif yang tersedia daripada 0.0 pip serta leveraj sehingga 500:1 pada akaun profesionalnya.
  • Muat turun Aplikasi Mudah Alih FP Markets dan berdagang walau di mana-mana anda berada pada pelbagai platform dalam talian yang hebat seperti MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader dan Iress.
  • Perkhidmatan cemerlang 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dalam pelbagai bahasa oleh syarikat ini telah diiktiraf oleh Investment Trends sebagai tempat utama bagi beberapa pelanggan yang paling berpuas hati dalam industri dan telah menerima "Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Keseluruhan" daripada Investment Trends selama lima tahun berturut-turut.
  • FP Markets telah dianugerahkan gelaran 'Broker Nilai Forex Global' selama empat tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021,2022) di Anugerah Forex Global.
  • FP Markets telah menerima anugerah bagi kategori "Pengalaman Dagangan Forex Terbaik di EU" di Anugerah Forex Global 2021.
  • FP Markets menerima anugerah bagi kategori "Pelaksanaan Dagangan Terbaik" di Anugerah Ultimate Fintech 2022
  • Untuk mendapatkan butiran lengkap tentang pelbagai tawaran kami, sila layari  https://www.fpmarkets.com/

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1906408/FP_Markets_Global_Forex_Awards.jpg?p=medium600
Logo -  https://mma.prnasia.com/media2/1574261/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

Source: FP Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Awards Financial Technology