omniture

Air China Tawar Wain Berkualiti bagi Perjalanan ke Eropah dan Amerika bagi Meningkatkan Pengalaman Makan Minum di dalam Kapal Terbang

Air China
2013-11-09 11:16 146

BEIJING, 9 November 2013 /PRNewswire/ -- Air China semakin maju ke hadapan dengan rancangan yang bercita-cita untuk meningkatkan perkhidmatan bagi perjalanan ke Eropah/Amerika Syarikat dan terus melangkah ke arah matlamatnya untuk muncul sebagai syarikat penerbangan kelas pertama. Pengalaman makan minum di dalam kapal terbang merupakan sebahagian daripada rancangan tersebut.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )

Sejak tahun 2013, Air China telah membawa berdozen hidangan klasik Cina dan Barat ke dalam kapal terbangnya seperti roti daging ketam, stok ikan salmon, sup krim cendawan dan lain-lain. Makanan ini dihidangkan bagi penumpang Kelas Pertama/Kelas Perniagaan bagi perjalanan ke Eropah/Amerika Syarikat dari Beijing ke Frankfurt/Los Angeles/San Francisco dan hidangan ini turut dipelbagaikan mengikut musim. Ciptaan hidangan baharu ini menumpukan terhadap keseimbangan pemakanan dan sangat disyorkan oleh pakar pemakanan terkemuka. Tambahan pula, kecekapan penyajian turut dipertingkatkan sehinggakan tempoh penyajian adalah kurang daripada 45 minit. Kesemua makanan dikekalkan pada suhu sekitar 0 hingga 5 darjah Celsius apabila disimpan.

Peruntukan bagi wain berkualiti untuk penumpang Kelas Pertama/Kelas Perniagaan bagi laluan jarak jauh antarabangsa menjadi bahagian penting dalam usaha Air China untuk mempertingkatkan pengalaman makan minum di dalam kapal terbang. Wain vintaj Perancis yang berperingkat mengikut pengelasan dan dipilih khas oleh pasukan connoisseur wain Air China ditawarkan bagi perjalanan ke Eropah/Amerika Syarikat dengan penerbangan kapal terbang B777-300ER. Air China turut berhasrat untuk membina "Bilik Wain di Udara" dan wain vintaj yang telah dihidangkan sebelum ini termasuk Chateau Brane Cantenac Margaux Bordeaux, wain merah vintaj tahun 2005 dan Chateau Leoville Poyferre St. Julien Classified Growth, wain merah vintaj tahun 2006 untuk dinikmati para penumpang sepanjang perjalanan mereka. Wain tersebut mempesonakan dari segi warna dan aromanya yang lembut, yang mampu menambat hati setiap individu. Gandingan hidangan bermusim yang berkhasiat dengan wain berkualiti menjanjikan perjalanan yang menakjubkan bagi para penumpang Air China.

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel New products/services