omniture

Tor Myhren Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Kreatif Sedunia Grey

Grey Group
2013-11-09 19:11 179

-- Ketua Kreatif yang Memenangi Pelbagai Anugerah Berjasa Terhadap Kejayaan Grey

NEW YORK, 9 November 2013 /PRNewswire/ -- James R. Heekin III, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Grey Group, hari ini mengumumkan Tor Myhren akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Kreatif Sedunia Grey. Beliau akan mengambil alih tempat Tim Mellors yang akan bersara selepas 15 tahun mencurah bakti kepada Grey di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131108/NY13654 )

Myhren akan terus memegang jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Kreatif Grey New York yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan produk kreatif. Di samping itu, beliau akan mengambil bahagian dalam perniagaan baharu bagi pasaran global dan mempengerusikan Majlis Kreatif Global Grey yang terdiri daripada pemimpin kreatif kanan agensi itu yang bertanggungjawab untuk terus berusaha mempertingkatkan kualiti, bakat dan profil kreatif seluruh dunia.

Tor Myhren memainkan peranan penting dalam kejayaan berterusan Grey New York. Pejabat kemegahan agensi tersebut telah diperbesar dua kali saiz asalnya, mempertingkatkan kedudukan bakatnya, produk kreatif, kehebatan digital dan prestasi perniagaan baharu, lalu mencapai tahun prestasi kewangan dan kreatif mencatat rekod yang keenamnya pada tahun 2013.

"Di samping bakat kreatifnya dan gerak hati intuitif terhadap budaya popular, Tor sememangnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin," kata Jim Heekin. "Beliau telah membantu membentuk budaya yang sangat inovatif, berpengaruh dan mendahului bagi agensi kemegahan kami di New York. Beliau berpeluang untuk mengembangkan budaya inovasi ini merentasi kawasan pengaruh kami pada peringkat global."

Heekin berkata lagi, "Kejayaan yang dicapai oleh Tim sememangnya merupakan legenda. Di bawah kepimpinan kreatifnya, kami bersama-sama membangunkan Grey menjadi agensi yang penting, menggalakkan, yakin dan mendahului yang dihormati dan digeruni oleh para pesaing. Persaraan beliau diiringi dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dan harapan terbaik buat diri beliau daripada kami."

Latar Belakang Tor Myhren

Tor Myhren bertugas sebagai Ketua Pegawai Kreatif bagi Grey New York pada tahun 2007. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Presiden pada tahun 2010, lantas menjadi individu kreatif pertama yang memimpin pejabat kemegahan agensi itu.

Di bawah kepimpinan beliau, Grey telah menghasilkan beberapa iklan popular dan memenangi anugerah bagi para klien yang termasuk DirecTV, Canon, NFL, serta Febreze dan CoverGirl milik Procter & Gamble, dan beliau juga mencipta watak bayi ETrade. Siri kejayaan perniagaan baharu Grey termasuklah jenama dan klien cip biru seperti Gillette, Hasbro, Marriot Hotels and Resorts, AARP, Allergan, Pfizer's Advil, Kellogg's Pringles, Red Lobster, T.J. Maxx, Allianz, DirecTV dan NFL.

Pada tahun 2013, majalah Advertising Age memasukkan Grey ke dalam senarai A-List yang berprestij bagi sepuluh kedai terbaik di Amerika Syarikat. Grey New York turut dinamakan dalam senarai A-List majalah Creativity sebagai salah satu daripada 10 agensi yang paling kreatif di dunia. Di bawah kepimpinan Tor, Grey telah dinamakan sebanyak dua kali dalam senarai "50 Syarikat Paling Berinovasi di Dunia" bagi majalah Fast Company.

Tor Myhren turut dinamakan dalam senarai 50 majalah Creativity, senarai 40 di bawah umur 40 tahun majalah Fortune, senarai 40 di bawah umur 40 tahun Crain dan beliau telah memenangi setiap jenis anugerah kreatif yang utama dalam industri ini.

Latar Belakang Tim Mellors

Tim Mellors mula melibatkan diri dengan Grey pada tahun 1998 apabila Grey Group membeli agensi beliau yang berjaya, Mellors Reay di London. Selepas cuti sabatikal pada tahun 2003, beliau mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Kreatif Grey Amerika Utara yang berpangkalan di New York. Jim Heekin melantik beliau sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Pengarah Kreatif Sedunia bagi Grey Group pada tahun 2007 dan memberikan tanggungjawab kepada beliau untuk menubuhkan Majlis Kreatif Global Grey.

Beliau merupakan pendakwah tersendiri dan berinspirasi bagi hasil kerja yang menepati cogan kata "Famously Effective" milik Grey dan telah berjaya merekrut bakat bertaraf dunia dan turut menggilap bakat bintang baharu dari Beijing hingga ke Rio. Sejak tahun 2007, Grey telah memenangi lebih 120 anugerah Cannes Lions.

Pada peringkat awal kerjaya beliau, Tim Mellors telah membawa banyak perubahan di London sewaktu beliau di Saatchi & Saatchi, dengan mencipta hasil kerja yang cemerlang bagi British Airways, melancarkan akhbar Independent dan membolehkan Margaret Thatcher dan Parti Konservatif untuk memerintah negara. Sepanjang perjalanan kerjaya itu, beliau telah bekerja di Publicis, GGT, FCB London, DDB dan Lintas, dan berjaya mengumpul 15 anugerah Lions, 5 anugerah D&AD Pencil, anugerah Grand Prix di Festival Pengiklanan Eropah dan berkhidmat pada setiap juri anugerah seluruh dunia yang utama.

Sebelum berjaya dalam bidang pengiklanan, Tim telah bertugas sebagai wartawan majalah, pengarah filem komersil, hos BBC TV, ahli psikoterapi terlatih, jurugambar terkenal, pelukis dan penyair.

Latar Belakang Grey

Grey merupakan rangkaian pengiklanan bagi Grey Group. Grey Group mempunyai kedudukan dalam kalangan syarikat komunikasi peringkat global yang terbesar. Syarikat induknya ialah WPP (NASDAQ: WPPGY). Di bawah cogan kata "Grey Famously Effective Since 1917", agensi tersebut berkhidmat untuk barisan klien cip biru yang terdiri daripada syarikat terkenal seluruh dunia seperti Procter & Gamble, GlaxoSmithKline, Diageo, Darden Restaurants, Pfizer, Canon, 3M, NFL, Boehringer Ingelheim, Marriott Hotels & Resorts dan T.J. Maxx. (www.grey.com)

Hubungi: Owen Dougherty

+1-212-546-2551

 

Source: Grey Group
Related Stocks:
NASDAQ:WPPGY
Related Links:
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Personnel announcements