omniture

SIDANG KEMUNCAK ASIA MILKEN INSTITUTE HIMPUNKAN PEMIMPIN GLOBAL DI SINGAPURA 28 - 30 SEPTEMBER

Milken Institute
2022-09-27 12:33 72

Acara tahunan kesembilan akan menghimpunkan para pemimpin global untuk memajukan perubahan positif untuk membentuk masa depan yang lebih selamat, lebih inklusif dan lebih lestari dalam dunia yang bertransformasi. 

SINGAPURA, 27 September 2022 /PRNewswire/ -- Milken Institute akan mengadakan Sidang Kemuncak Asia tahunan kesembilannya mulai 28 – 30 September di Four Seasons Hotel, Singapura. Sidang Kemuncak selama tiga hari itu akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin-pemimpin serantau dan global yang mewakili lebih daripada 23 negara. Di bawah tema "Dunia Bertransformasi" ("The World Transformed"), Sidang Kemuncak tahun ini bertujuan untuk berdepan dengan beberapa kesan negatif daripada kemajuan umat manusia, seperti kemerosotan alam sekitar serta ketaksamaan ekonomi dan dalam masa yang sama mengangkat isu-isu kritikal yang memacu pertumbuhan, memangkinkan pembangunan dan mentransformasikan Asia.

Meninggalkan tahun-tahun pandemik, Sidang Kemuncak Asia 2022 akan menjadi sebuah acara bersemuka sepenuhnya, mengalu-alukan lebih daripada 1,200 peserta, dengan strim langsung dalam talian disiarkan kepada semua panel awam. Peserta-peserta yang hadir secara bersemuka dapat berinteraksi dengan pakar-pakar dan para pemimpin melalui siri sambutan perangkaian, makan malam peribadi dan perbincangan meja bulat yang eksklusif.

Sepanjang tempoh tiga hari, para hadirin akan berpeluang untuk mendapatkan pandangan daripada para pemimpin dalam sektor kerajaan, kewangan, teknologi, sukan dan banyak lagi termasuk: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, Malaysia; Jean Hynes, Ketua Pegawai Eksekutif, Wellington Management; Hiraoki Kitano, Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pegawai Eksekutif Korporat CTO, Sony Group Corporation; Tharman Shanmugaratnam, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras untuk Dasar Sosial, Pejabat Perdana Menteri, Singapura; dan Rohit Sipahimalani, Ketua Pegawai Pelaburan, Temasek; antara lain.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, satu siri kuasa makro dan perubahan sosial yang menumpu mengubah dunia yang kita kenali. Bermula daripada teknologi dan globalisasi kepada respons pandemik dan kebangkitan kecerdasan buatan, kuasa ini akan terus membentuk dan membentuk semula setiap aspek kehidupan kita," kata Laura Deal Lacey, Pengarah Eksekutif Asia Center. "Asia merupakan nadi transformasi yang mentakrifkan agenda global. Demi mengetahui perkembangan yang paling terkini, usaha kami di Milken Institute di Asia menghimpunkan pemimpin-pemimpin untuk berkongsi pandangan berharga dan mengetengahkan perbualan kritikal mengenai isu-isu yang mempengaruhi rantau ini yang seringkali mempunyai implikasi global."

Untuk maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2022, sila kunjungi www.milkeninstitute.org. Untuk memohon bukti kelayakan akhbar di acara tersebut, sila daftar melalui pautan ini atau hubungi Yeen Chong di ychong@milkeninstitute.org.

Latar Belakang Milken Institute 

Milken Institute ialah badan pemikir tidak berpihak dan bukan berasaskan keuntungan yang memberi tumpuan untuk mempercepatkan kemajuan yang boleh diukur di laluan menuju kehidupan yang bermakna. Dengan tumpuan terhadap kesihatan kewangan, fizikal, mental dan alam sekitar, kami mengumpulkan idea terbaik dan sumber yang inovatif bagi membangunkan pelan tindakan demi menangani beberapa isu global kita yang paling kritikal melalui lensa perkara yang mendesak ketika ini dan perkara yang akan berlaku seterusnya. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.milkeninstitute.org.

Latar Belakang Milken Institute Asia Center

Milken Institute Asia Center meluaskan jangkauan dan kesan daripada program, acara dan kajian Milken Institute ke rantau Asia-Pasifik. Kami mengenal pasti peluang untuk memanfaatkan jaringan global Institut ini bagi mengatasi cabaran serantau serta untuk mengintegrasikan perspektif rantau ini dalam pembangunan penyelesaian untuk cabaran global yang berterusan.

Sidang Kemuncak Asia Milken Institute

Sidang Kemuncak Asia Milken Institute membawakan semangat bercita-cita tinggi Persidangan Global utama Milken Institute ke Singapura. Sidang Kemuncak Asia ini mengumpulkan lebih 1,800 Ketua Pegawai Eksekutif, pegawai kanan kerajaan, eksekutif kewangan peringkat tinggi, pelabur institusi dan dermawan dari serata dunia untuk mengatasi cabaran dan mencadangkan penyelesaian yang boleh diusahakan.

Source: Milken Institute
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications Trade show news Future Events