omniture

Quiznos Temui Kestabilan Kewangan dalam Pasaran Asia yang Memuncul

Quiznos
2013-11-11 09:30 388

-- Perjanjian Pembangunan Berbilang Unit Indonesia Antara Kejayaan Terkini Quiznos di Asia

DENVER, 11 November 2013 /PRNewswire/ -- Berikutan kejayaannya pada peringkat antarabangsa di Mexico, Rusia dan Emiriah Arab Bersatu, Quiznos akan memasarkan sandwic bakarnya ke Indonesia dengan tanda pengenalan PT Quiznosindo sebagai pemberi francais terbaharu bagi jenama itu. Kumpulan tersebut, yang dipimpin oleh En. Tan Po Lian merancang untuk membuka 100 unit di Indonesia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Kerjasama di Indonesia merupakan perkembangan yang terkini dalam siri kejayaan pembangunan Quiznos di Asia, termasuklah pengembangannya ke Korea Selatan, Singapura dan Filipina. Perancangan Quiznos untuk meneruskan pengembangannya ke Asia didorong oleh pertumbuhan pendapatan yang rancak di rantau tersebut baru-baru ini dan peningkatan permintaan daripada para pelanggan untuk pilihan hidangan luar yang berpatutan. Malah, projek Euromonitor yang masih diteruskan, menjangkakan pasaran perkhidmatan makanan komersil Indonesia sahaja akan meningkat sebanyak $6.7 bilion menjadi $45.6 bilion. [1]

Korea Selatan

Baru-baru ini, Quiznos telah menyambut ulang tahun ke-7 di Korea Selatan dan jualan bulanan di beberapa lokasi seluruh negara itu terus mengatasi jualan bulanan majoriti sistem itu. Penerima Francais Induk Quiznos, USUMB Co., LTD, baru-baru ini telah mengatasi pertumbuhan jualan dua angka bagi jualan bulanannya di lokasi yang berpusat di pusat beli-belah, yang menjadikan lokasi ini antara 5 yang teratas bagi semua lokasi Antarabangsa dan 25 yang teratas di peringkat global dari segi jualan bulanan keseluruhan.

Quiznos Korea Selatan telah mengalami 12% peningkatan jualan bagi keseluruhan sistem, sebahagian besarnya disebabkan oleh kempen pemasaran di seluruh negara yang menampilkan pelakon Lee Sang Yoon dan dilancarkan pada Mac 2013. Kini, Quiznos Korea Selatan memiliki cawangan dan beroperasi di 31 lokasi.

Singapura

Pada bulan Oktober, konsep kopi perkhidmatan terhad yang baharu dan dikenali sebagai Q Cafe membuat kemunculan awalnya di Changi Airport, Singapura. Platform Q Cafe telah diumumkan pada Mei lalu di Persidangan Kemuncak Peringkat Global Quiznos di Costa Rica. Pengenalan konsep ini di Singapura menandakan minat jenama tersebut bagi memulakan pendekatan pasaran disuai khusus yang serupa bagi projek pembangunan Antarabangsa yang lain. Quiznos turut merancang untuk membuat kemunculan dua lokasi cawangan di pusat beli-belah pelbagai guna sebelum akhir tahun ini.

"Keputusan untuk melancarkan platform Q Cafe di Singapura memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap permintaan pelanggan di Singapura," kata Kenneth Cutshaw, Presiden Quiznos Antarabangsa. "Berikutan pengembangan beberapa jenama kopi Antarabangsa, budaya kafe di rantau ini kian mendapat sambutan. Kami melihat peluang untuk memenuhi keperluan pengguna dengan menyediakan kopi berkualiti tinggi di samping memastikan ketekalan jenamanya dan membenarkan fleksibiliti dalam pasaran."

Filipina

Quiznos turut mewujudkan peluang pembangunan jangka panjang di Asia Tenggara. Pada tahun 2011, jenama tersebut menandatangani perjanjian francais bersama pemberi francais yang bertapak di Filipina, ACA Group yang merupakan organisasi francais dan rangkaian pelaburan perniagaan yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman. Kumpulan tersebut komited untuk membuka 35 kedai di negara ini menjelang tahun 2021 dan pada tahun 2013, kumpulan itu telah membuka sepuluh kedai dan turut merancang untuk membuka tiga lagi kedai menjelang akhir tahun ini. ACA Group turut memegang hak memberi francais induk bagi Johnny Rockets yang bertapak di Amerika Syarikat, dan baru-baru ini mendapat pengiktirafan sebagai penerima francais antarabangsa bagi jenama itu untuk tahun ini.

Pengembangannya ke Singapura, Korea Selatan, Filipina dan Indonesia merupakan sebahagian daripada rancangan pembangunan antarabangsa Quiznos yang berterusan bagi membuka lebih 1,000 kedai pada peringkat antarabangsa di lebih 40 negara menjelang tahun 2020.

LATAR BELAKANG QUIZNOS

Quiznos yang bertapak di Denver merupakan rangkaian yang direka bagi para pengguna masa kini yang mengejar masa dan inginkan makanan sediaan segar yang lazat sebagai pilihan alternatif kepada restoran makanan segera yang tradisional. Quiznos boleh didapati di beberapa lokasi di 50 negeri dan 34 negara dan merupakan salah satu rangkaian restoran dengan perkhidmatan pantas yang unggul di dunia dan turut menjadi perintis sandwic bakar. Restoran Quiznos menyediakan sandwic yang kreatif dan diinspirasikan oleh chef, salad dan sup yang menggunakan bahan yang bermutu. Quiznos ditubuhkan pada tahun 1981 oleh chef yang menemui bagaimana teknik membakar sandwic menambahkan kelazatan setiap bahan sandwic itu. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.quiznos.com

[1] Allen, Robin Lee. "Hot International Growth Markets for Restaurants." Nation's Restaurant News Home Page. Nation's Restaurant News, 25 Oktober 2013. Web. 04 November 2013.

Perhubungan Media
Ada Johnson
+1-816-423-6239
ajohnson@crossroads.us

Source: Quiznos
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Restaurants Asian-related news Corporate Expansion New products/services