omniture

MOBILEUM menghimpunkan para pengendali telekomunikasi terkemuka di rantau ini di WEMEET ASIA 2022

Mobileum
2022-09-27 19:31 0

Persidangan ini meneroka cabaran dan peluang yang dibawa melalui pelancaran 5G, pengembangan IoT, penerimagunaan VoLTE dan ancaman siber yang semakin meningkat 

CUPERTINO, California, 27 September 2022 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), penyedia penyelesaian analitik telekomunikasi yang terkemuka di dunia, telah menganjurkan persidangan WeMeet Asia tahunannya baru-baru ini di Bangkok, Thailand. Acara selama dua hari ini telah menghimpunkan para pemimpin dan pakar industri dari Meta, Microsoft serta sebilangan besar pengendali telekomunikasi terkemuka di rantau ini termasuk Axiata, MTN, PLDT, Rakuten Mobile, Singtel, SLTMobitel, Telkomsel dan banyak lagi. Mobileum bekerjasama dengan 19 daripada 20 pengendali telekomunikasi terbesar di rantau Asia Pasifik dan lebih 9 daripada 10 pengendali rangkaian mudah alih utama di seluruh dunia.

"Dengan rakan kongsi di seluruh dunia dan tumpuan yang tidak berbelah bagi terhadap inovasi, Mobileum sedang membentuk masa depan kecerdasan rangkaian mudah alih," kata Bobby Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif Mobileum. "Kami menawarkan penyelesaian serba lengkap yang merangkumi pelbagai perniagaan pengendali: perayauan dan rangkaian teras, penglibatan dan pengalaman, pengurusan risiko, keselamatan rangkaian serta ujian dan pemantauan. Persidangan WeMeet global kami mencerminkan portfolio produk dan kepakaran teknikal kami yang mendalam dan meluas."

Persidangan pada tahun ini membincangkan peluang besar dan cabaran baru muncul yang membawa pembaharuan kepada industri telekomunikasi. Bidang tematik merangkumi:

  • Kerumitan rangkaian yang semakin meningkat dalam era 5G;
  • Melindungi rangkaian, pelanggan dan hasil daripada ancaman penipuan dan komplot;
  • Masa depan perayauan dan kesalinghubungan; serta
  • Mengewangkan 5G melalui pengalaman, penglibatan dan kerjasama.

Mobileum mengadakan demonstrasi secara langsung bagi Active Intelligence Platform™ (AIP) miliknya, yang menyepadukan penyelesaian syarikat ini yang terkemuka dalam industri ke dalam sebuah platform tunggal yang lancar. Memandangkan ekonomi digital meningkatkan keperluan terhadap kelajuan, ketangkasan dan inovasi IT, AIP menyediakan keupayaan seni bina pusat yang membolehkan penyedia perkhidmatan komunikasi menyokong pelbagai pengalaman dan bertindak balas dengan pantas kepada permintaan perniagaan digital. Sebagai sebuah penyelesaian sehenti kelas perusahaan yang mampu mencerna data dengan tepat dan pada skala besar — serta memberikan cerapan yang boleh diterjemah kepada tindakan yang menguntungkan — AIP mengubah cara pengendali menggunakan data untuk memperolehi kecekapan dan aliran hasil baharu serta mencipta nilai kepada pihak berkepentingan.

Sorotan lain persidangan ini termasuk:

  • Penerokaan kerjasama berbilang tahun Mobileum dengan PT Smartfren Telecom Tbk ("Smartfren"), pengendali mudah alih progresif yang terkemuka di Indonesia, yang memanfaatkan Deep Network Analytics (DNA) untuk mendapatkan cerapan daripada jumlah data pengguna — meningkatkan pengalaman pelanggan dan kualiti perkhidmatan kepada lebih 33 juta pelanggan;
  • Perbincangan terperinci tentang kaitan dan cabaran berkaitan rangkaian swasta, menekankan isu-isu seperti jaminan perkhidmatan tanpa wayar swasta dan blok binaan utama yang diperlukan demi memastikan perayauan dan navigasi yang lancar antara rangkaian swasta dengan awam;
  • Analisis mendalam tentang Teknologi Pengawal Selia, membincangkan berkenaan inovasi dalam keselamatan siber dan memberi isyarat kepada keselamatan untuk mengukuhkan perlindungan pelanggan terhadap komplot perdayaan dan pancingan data serta mengurangkan kemunculan ancaman keseluruhan; dan
  • Penerokaan teknologi baharu yang akan membuka laluan kepada model perniagaan baharu serta meningkatkan automasi dengan kesan langsung terhadap kecekapan, prestasi, keuntungan dan kelestarian pengendali telekomunikasi.

"Mobileum telah bertapak dengan kukuh dan mempunyai lebih 1,100 ahli pasukan di rantau Asia Pasifik. WeMeet Asia bukan sekadar sebuah pameran untuk inovasi — ia merupakan sebuah perhimpunan rakan sekerja dan para kolaborator yang kebanyakannya mempunyai sejarah melebihi 20 tahun," ujar Raja Hussain, Naib Presiden Kanan merangkap Pengurus Besar Asia Pasifik Mobileum. "Secara bersama-sama, kami sedang memperbaharui model perniagaan pengendali mudah alih dan menjadikannya kalis masa depan. Dengan rangkaian penyelesaian yang komprehensif yang dibina berdasarkan data dan kecerdasan aktif, Mobileum memberikan keupayaan yang besar kepada penyedia perkhidmatan komunikasi di seluruh dunia — dengan menawarkan cerapan yang berharga dan peluang baharu."

Lebih 120 orang peserta dari 20 buah negara telah menghadiri persidangan ini, termasuk wakil daripada 35 buah syarikat pengendali rangkaian mudah alih. Persidangan seterusnya dalam siri ini, WeMeet Europe akan berlangsung pada 2 hingga 3 November di Porto, Portugal.

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta risikan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Active Intelligence milik syarikat ini, yang menyediakan penyelesaian analitik canggih serta membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan pendapatan, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos. Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Emiriyah Arab Bersatu, Jerman, Greece, India, Indonesia, Portugal, Singapura dan UK.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter.

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/  dan ikuti @MobileumInc di Twitter.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

Source: Mobileum
Keywords: Computer/Electronics