omniture

Sijil Protokol Jaminan Kelestarian U.S. Soy (SSAP) Kini Boleh Dipindahkan

U.S. Soybean Export Council (USSEC)
2022-09-27 21:08 0

Digerakkan oleh USSEC bagi Menyokong Usaha Pelanggan untuk Mengesahkan Soya Lestari  

ST. LOUIS, 27 September 2022 /PRNewswire/ -- Para pelanggan U.S. Soy di seluruh rantaian bekalan kini dapat menunjukkan komitmen mereka untuk menghasilkan bahan-bahan lestari dengan lebih baik. Protokol Jaminan Kelestarian U.S. Soy (SSAP) telah diperluas untuk membolehkan pemindahan sijil SSAP sehingga empat kali. 

Para pelanggan U.S. Soy telah lama mencari lebih ketelusan dalam kelestarian pembelian mereka. Perubahan kepada SSAP oleh Soy Export Sustainability, LLC yang sebahagiannya dibiayai oleh lembaga pemeriksaan kacang soya kebangsaan, membolehkan para pelanggan menyimpan rekod pembelian U.S. Soy yang lestari, menggunakan pembelian ini untuk memenuhi matlamat ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) mereka dan melaporkan kemajuan mereka ke arah mencapai matlamat tersebut. Para pengimport akan dapat menerima sijil dalam nama mereka daripada pengeksport, pengimport tersebut kemudiannya akan dapat memindahkan sijil kepada para pelanggan mereka. Sijil ini berpotensi untuk dipindahkan sebanyak empat kali selepas eksport. 

"Memastikan penyumberan produk yang lestari menjadi keutamaan komitmen kami terhadap rantaian bekalan yang bertanggungjawab. Kami gembira melihat peningkatan berterusan pensijilan SSAP, serta metodologi yang telus dan boleh dipercayai yang diterapkan untuk mengukur prestasi lestari. Sijil yang boleh dipindah milik kepada para pelanggan dan perniagaan kami untuk menjejaki dan mengesahkan bahawa produk soya yang kami bekalkan akan dikumpulkan dengan cara yang lestari yang membawa kepada kelestarian sistem makanan global yang lebih besar," kata Dessislava Barzachka, Pengurus Pelaksanaan Kelestarian EA, Bunge. 

SSAP yang telah dibangunkan pada tahun 2013 ini merupakan pendekatan agregat yang disahkan yang diaudit oleh pihak ketiga, yang mengesahkan pengeluaran kacang soya lestari pada skala kebangsaan. Sistem ini direka untuk mengekalkan keseimbangan besar-besaran soya lestari yang disahkan pada setiap pengiraan pemindahan dan pemprosesan industri juga digabungkan ke dalam sistem. Organisasi yang mengeluar dan menjejaki sijil ialah Soy Export Sustainability, LLC.

Walaupun perubahan ini memenuhi keperluan para pembeli untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap penyumberan soya lestari dalam jangka pendek, di mana dalam jangka panjang perubahan ini juga boleh membantu menjana permintaan terhadap produk mereka kerana pilihan pengguna untuk mendapatkan produk lestari. 

Di bawah garis panduan SSAP, para peladang kacang soya A.S. akan terus meningkatkan prestasi kelestarian mereka dan memastikan produk yang lebih lestari pada masa akan datang. U.S. Soy telah diiktiraf sebagai mempunyai jejak karbon terendah berbanding kacang soya daripada sumber lain. Selain itu, SSAP merangkumi audit ladang yang dijalankan oleh pihak ketiga yang berkecuali – Jabatan Pertanian A.S. (USDA). SSAP baru-baru ini memperoleh Kesetaraan Tahap Perak apabila ditanda aras dengan Penilaian Kelestarian Ladang (FSA) 3.0 Platform Inisiatif Pertanian Lestari (Platform SAI). Ia juga ditanda aras secara positif dengan garis panduan penyumberan soya Persekutuan Pengilang Makanan Eropah (FEFAC) melalui Pusat Dagangan Antarabangsa (ITC) bebas dan diiktiraf oleh Garis Panduan Penyumberan Soya Lestari Consumer Goods Forum dan Amalan Akuakultur Terbaik Global Seafood Alliance.

"Para peladang kacang soya A.S. mempunyai komitmen yang kukuh terhadap kelestarian, jadi kami sentiasa meneroka cara kami dapat menyokong usaha mereka untuk mengesahkan kelestarian produk mereka. SSAP sentiasa berusaha ke arah tersebut, tetapi kini dengan sijil yang boleh dipindah milik, ia membolehkan pengesahan tersebut dihantar bersama-sama dengan para pelanggan mereka yang lain," kata Abby Rinne, Pengarah Kelestarian, U.S. Soybean Export Council (USSEC). USSEC ialah ahli pengasas Soy Export Sustainability, LLC yang memberi tumpuan kepada perbezaan, meningkatkan keutamaan dan mencapai akses pasaran untuk U.S. Soy. 

Tentang U.S. Soybean Export Council (USSEC)  

U.S. Soybean Export Council (USSEC) memberi tumpuan kepada perbezaan, meningkatkan keutamaan dan mencapai akses pasaran untuk penggunaan U.S. Soy untuk kegunaan manusia, akuakultur dan makanan ternakan di lebih 80 buah negara di peringkat antarabangsa. Ahli-ahli USSEC mewakili rantaian bekalan soya termasuk para peladang, pemproses, penghantar komoditi, pedagang, perniagaan berasaskan pertanian bersekutu dan organisasi pertanian U.S. Soy. USSEC dibiayai oleh lembaga pemeriksaan kacang soya A.S., dana padanan USDA Foreign Agricultural Service (FAS) dan industri. Sila layariwww.ussec.org untuk maklumat terkini tentang penyelesaian U.S. Soy dan berita tentang USSEC dan U.S. Soy di peringkat antarabangsa.   

Siaran berita ini sebahagiannya dibiayai oleh para peladang U.S. Soy, lembaga pemeriksaan mereka dan rantaian nilai soya.

Hubungan Media: 

Chris Samuel

Kerrey Kerr-Enskat

Pengarah Komunikasi Global 

Pengurus Kanan Komunikasi

U.S. Soybean Export Council (USSEC) 

U.S. Soybean Export Council (USSEC)

+1.314.306.1273  I  CSamuel@ussec.org

+1.515.823.1848  I  kenskat@ussec.org



Bill Raack   

Andy Likes

Pengarah

Pengarah Kanan

Lambert 

Lambert

+1.314.602.0696  I   braack@lambert.com

+1.314.606.1878  I   alikes@lambert.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1907832/USSEC_USSOY_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: U.S. Soybean Export Council (USSEC)
Keywords: Agriculture Food/Beverages