omniture

FII Institute mendedahkan masalah utama dunia ialah kos hidup yang semakin meningkat

FII Institute
2022-09-27 21:29

Hasil tinjauan global telah diumumkan pada sidang kemuncak PRIORITY utama di Bandar Raya New York

RIYADH, Arab Saudi, 27 September 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah tinjauan global yang terdiri daripada 130,000 warganegara dari 13 buah negara telah dijalankan oleh Future Investment Initiative (FII) Institute, dengan kerjasama peneraju penyelidikan pasaran Ipsos. Ia telah mendedahkan bahawa masalah utama kebanyakan orang adalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ini adalah lebih daripada mereka yang bimbang tentang kemiskinan dan ketidaksamaan sosial (ke-2), pengangguran (ke-3), pemanasan global (ke-7) atau Covid-19 (ke-8).

Tinjauan ini mendedahkan lagi bahawa walaupun warganegara negara-negara berpendapatan tinggi dan Afrika mempunyai pandangan negatif tentang kehidupan peribadi mereka dan masa depan negara mereka, warganegara negara-negara Asia yang baru muncul termasuk China, India dan Arab Saudi, jauh lebih optimis.

Hasil tinjauan ini dilancarkan di Sidang Kemuncak Priority FII Institute di Bandar Raya New York pada 22 September 2022 bersama-sama dengan minggu UNGA yang menjemput penceramah terkemuka dari seluruh dunia untuk membincangkan isu-isu yang mendesak dan mencari penyelesaian bagi membantu para pemimpin dunia menangani keutamaan rakyat mereka. Para penceramah termasuk: TYT Yasir Al Rumayyan, Pengerusi Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, TYT Dasho Tshering Tabgay, mantan Perdana Menteri Bhutan dan TYT Helle Thorning-Schmidt, mantan Perdana Menteri Denmark.

Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute berkata, "Ini merupakan satu tinjauan penting yang sepatutnya membangkitkan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia. Keputusan ini menunjukkan bahawa rakyat di mana-mana sahaja amat bimbang dengan peningkatan kos sara hidup. Kami memberikan mereka pelan hala tuju untuk menangani kebimbangan ini.

"Misi kami di FII Institute adalah untuk mengenal pasti cabaran global yang dihadapi oleh manusia dan mencari penyelesaian yang praktikal untuk membantu para pemimpin dan pembuat keputusan menangani masalah tersebut. Itulah sebabnya kami telah mengadakan sidang kemuncak Priority utama ini di New York pada minggu Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedang berlangsung."

FII Institute telah menjalankan tinjauan ini dengan objektif untuk mengenal pasti keutamaan individu dalam pelbagai demografi. Hasil tinjauan ini telah dibincangkan pada Sidang Kemuncak oleh para pakar terkemuka yang menekankan keperluan untuk tindakan global bagi memenuhi keutamaan orang ramai.  

FII Institute akan menganjurkan acara utamanya, Inisiatif Pelaburan Masa Depan pada bulan depan di Riyadh dari 25-27 Oktober. Seramai lebih 300 penceramah dan 5,000 perwakilan dijangka mengambil bahagian dalam acara ini.

NOTA KEPADA EDITOR 

Butiran kaji selidik ini boleh didapati di: https://fii-institute.org/pillars/think/#priority-report

Tentang FII Institute 

Institut FII ialah sebuah organisasi global bukan berkeuntungan dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Impak Terhadap Kemanusiaan. Dilancarkan pada tahun 2019, Institut ini telah menerbitkan pelbagai laporan, menganjurkan banyak platform antarabangsa serta melancarkan beberapa inisiatif dan projek untuk mewujudkan masa depan yang lebih lestari untuk manusia.

Selain itu, FII Institute komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), memupuk minda yang paling pintar dan mengubah idea menjadi penyelesaian dunia nyata dalam lima bidang fokus: Kecerdasan Buatan dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

Source: FII Institute
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Survey, Polls & Research Trade show news