omniture

MSC AKAN MEMBANGUNKAN PENYELESAIAN KARGO UDARA SEBAGAI TINDAK BALASNYA TERHADAP PERMINTAAN PASARAN

MSC Mediterranean Shipping Company
2022-09-27 22:14

GENEVA, 27 September 2022 /PRNewswire/ -- MSC Mediterranean Shipping Company SA, sebuah peneraju global dalam pengangkutan dan logistik, telah mula membangunkan penyelesaian MSC Air Cargo baharu sebagai tindak balas kepada permintaan pelanggan dan sebagai perkhidmatan pelengkap kepada penyelesaian penghantaran kontenanya.

MSC-branded Boeing 777-200F aircraft
MSC-branded Boeing 777-200F aircraft

 

MSC Air Cargo telah dibangunkan selama beberapa bulan dan penyelesaian baharu ini akan tersedia bermula awal tahun 2023, berikutan penghantaran pertama daripada empat pesawat berjenama MSC Boeing 777-200F yang akan dikendalikan oleh Atlas Air, sebuah anak syarikat Atlas Air Worldwide Holdings, Inc.

MSC telah melantik Jannie Davel yang dahulunya berkhidmat di Delta Cargo, Emirates SkyCargo dan DHL untuk membangunkan perniagaan kargo udara syarikat dan membina pasukan yang akan melaksanakannya.

Mengulas tentang inisiatif baharu ini, Ketua Pegawai Eksekutif MSC, Soren Toft berkata:

"Kami gembira untuk mengumumkan pembangunan MSC Air Cargo dan mengalu-alukan Jannie Davel untuk menerajui tawaran baharu yang menarik ini kepada para pelanggan MSC. Ini merupakan langkah pertama kami ke dalam pasaran dan kami merancang untuk terus meneroka pelbagai lokasi bagi membangunkan kargo udara dengan cara yang melengkapkan perniagaan teras kami dalam penghantaran kontena."

Tentang Jannie Davel 

Jannie Davel merupakan seorang eksekutif yang berjaya dalam industri pengangkutan udara, dengan pengalaman industri selama hampir 30 tahun. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden Pengurusan RFQ Global DHL pada tahun 2008, kemudian dinaikkan pangkat kepada Naib Presiden Pembangunan dan Pelaksanaan Produk Pengangkutan Udara Global di Jerman dan seterusnya, Naib Presiden Kanan Pengangkutan Udara Amerika & Ketua Pengangkutan Udara AS. Pada tahun 2018, beliau telah menyertai Emirates SkyCargo sebagai Naib Presiden Operasi Komersial Kargo Amerika dan yang terkini beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Commercial Delta Cargo yang berpangkalan di Atlanta, Georgia.

Tentang MSC 

MSC Mediterranean Shipping Company yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland, merupakan sebuah peneraju global dalam pengangkutan dan logistik milik persendirian dan ditubuhkan pada tahun 1970 oleh Gianluigi Aponte. Sebagai salah sebuah syarikat perkapalan kontena terkemuka di dunia, MSC mempunyai 675 buah pejabat di 155 buah negara di seluruh dunia di mana MSC Group telah melantik seramai lebih 150,000 orang pekerja. Dengan akses kepada rangkaian bersepadu bagi sumber pengangkutan jalan raya, kereta api dan laut di seluruh pelosok dunia, syarikat tersebut terkenal dengan penyampaian perkhidmatan global dengan pengetahuan tempatan. Syarikat perkapalan MSC berlayar di lebih 260 laluan perdagangan dan berlabuh di 520 buah pelabuhan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.msc.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1907358/MSC_1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1495491/MSC_Mediterranean_Shipping_Company_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: MSC Mediterranean Shipping Company
Keywords: Transportation Travel