omniture

SSP Menetapkan Perkongsian Strategik Dengan NIIT Technologies bagi Memacu Perluasan di Asia

SSP
2013-11-11 14:59 153

SINGAPURA, 11 November 2013 /PRNewswire/ -- SSP, penyedia penyelesaian teknologi insurans am pada peringkat global yang menerajui, hari ini mengumumkan persetujuannya dengan NIIT Technologies Ltd. (NSE: NIITTECH), organisasi penyelesaian penyampaian perkhidmatan profesional dan teknologi peringkat global yang menerajui. Hubungan ini bakal membolehkan NIIT Technologies menyediakan sokongan jualan pemasaran untuk penyelesaian insurans teras SSP yang terbaik ke serata Asia.

Berikutan minat syarikat insurans Asia yang pantas meningkat untuk teknologi insurans generasi seterusnya bagi membolehkan pertumbuhan dan inovasi masa hadapan, NIIT akan menggunakan para profesional jualan dan pemasarannya yang berpengalaman luas bagi membantu SSP melibatkan tapak pelanggan yang lebih besar seraya menyokong perluasannya ke seluruh Asia.

Sejak penubuhannya, NIIT Technologies telah menyediakan perkhidmatan yang dipacu pengetahuan dan penyelesaian syarikat kepada penjamin di serata Asia. Melalui kerjasama bersama SSP, kedua-dua syarikat ini boleh menyediakan set teknologi insurans menyeluruh yang membolehkan penjamin mencapai pertumbuhan yang menguntungkan dengan menggunakan kelebihan kemampuan pengedaran yang berpandukan pelanggan dan penajaan jaminan dan juga untuk merealisasikan kecekapan pengendalian serta penjimatan kos melalui peringkasan perniagaan dan pengendalian IT.

Apabila diminta memberi komen tentang perkongsian ini, Li-May Chew, Pengarah Bersekutu dan ketua Juruanalisis Insurans Global untuk IDC Financial Insights, menyatakan: "Pasaran insurans sedang mengalami perubahan pantas yang disebabkan oleh jangkaan pelanggan, teknologi pemecah pasaran dan peraturan. Golongan penjamin sentiasa mencari peluang untuk mengurangkan risiko dan kos sambil mencari cara yang berbeza untuk menjana pertumbuhan berterusan. Bagi mengekalkan daya saing, penjamin di serata Asia semakin menumpukan perhatian terhadap penggunaan teknologi untuk membantu memacu inovasi dan kecekapan, terutamanya apabila mengemas kini sistem legasi, yang mencipta banyak peluang besar untuk penyedia penyelesaian insurans."

Steven Lathrope, Pengarah Urusan, Bahagian Penjamin SSP berkata: "Kami sudah banyak melabur untuk memenuhi peluang pertumbuhan signifikan serata Asia dan komited terhadap meluaskan lagi kehadiran kami dengan menyampaikan penyelesaian insurans inovatif kepada golongan penjamin. Hubungan baharu ini menyediakan peluang yang bagus untuk kami bagi menggunakan kelebihan jejak kami yang sedia ada dan pengetahuan meluas NIIT Technologies bagi memperluas perniagaan kami dalam pasaran dengan kadar pertumbuhan tinggi ini. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama rapat dengan NIIT Technologies dalam tahun-tahun akan datang."

Arvind Mehrotra, Presiden – NIIT Technologies Asia Pasifik berkata: "Produk dan perkhidmatan insurans peneraju pasaran milik SSP akan membolehkan kedua-dua syarikat mendapat faedah daripada peluang signifikan dalam pasaran Asia. Perkongsian ini akan membantu mengukuhkan kehadiran sedia ada kami dalam pasaran dan mendalamkan jejak kami."

SSP

SSP ialah syarikat teknologi global dengan kepakaran yang tiada tandingan merentasi keseluruhan rantaian bekalan insurans am – membentuk industri yang lebih baik. Dengan pengetahuan, bakat dan teknologi terbaik dalam pasaran kami, kami membawakan nilai pada setiap penglibatan klien.

  • Pengetahuan: Pengalaman selama 25 tahun
  • Bakat: Lebih 700 pakar profesional IT yang paling berbakat
  • Teknologi: Rangkaian kemampuan yang paling luas

Tiada syarikat lain yang lebih mampu menyampaikan kebolehan perniagaan yang mempertingkatkan prestasi, membantu pengedaran yang lebih luas dan memperbaiki pengalaman pelanggan untuk pulangan yang terbaik. Bagi maklumat lanjut sila lawati http://www.ssp-worldwide.com.

Tentang NIIT Technologies

NIIT Technologies ialah organisasi penyelesaian IT yang menerajui, yang berkhidmat untuk pelanggan di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Australia. Organisasi ini menawarkan perkhidmatan dalam Pembangunan dan Penyelenggaraan Aplikasi, Perkhidmatan Terurus, Penyelesaian Platform atau Aset IP, dan Khidmat Luaran Proses Perniagaan kepada organisasi dalam sektor Perkhidmatan Kewangan, Perjalanan & Pengangkutan, Pembuatan/Pengedaran, Penjagaan Kesihatan dan Kerajaan. Syarikat ini mematuhi tanda aras dan standard global yang utama, setelah berjaya memperoleh pensijilan ISO 9001:2000 dan akreditasi Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO: 27001. NIIT Technologies juga mematuhi standard pembangunan global. Organisasi ini telah dinilai pada Tahap 5 untuk SEI CMMi versi 1.2. Khidmat Luaran Proses Perniagaan NIIT Technologies mematuhi standard kualiti tertinggi seperti COPC dan Six Sigma. Pengendalian pusat datanya dinilai mengikut standard pengurusan ISO 20000 IT antarabangsa. Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.niit-tech.com

Bagi maklumat tentang SSP, sila hubungi Dan Fletcher melalui talian +44(0)121-779-8334 / +44(0)7920-078349 atau e-mel daniel.fletcher@ssp-worldwide.com.

Bagi maklumat tentang NIIT, sila hubungi Garima Saini melalui talian +91-120-7119030 atau e-mel garima.saini@niit-tech.com

Sumber: SSP

Source: SSP
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Contracts