BOLOGNA, Itali, 28 September 2022 /PRNewswire/ -- Simposium Inovasi Teknologi dalam Hematologi Makmal Antarabangsa (ISLH 2022) telahpun diadakan antara 8-10 September di Bologna, Itali. Acara ini menyaksikan Mindray (SZSE: 300760), pembangun dan penyedia peralatan dan penyelesaian perubatan global yang terkemuka, mempamerkan inovasi hematologi dan pencapaian akademik mereka kepada pakar-pakar perubatan dari Eropah dan serata dunia.
Diadakan setiap tahun, simposium tersebut berfungsi sebagai platform antarabangsa yang melaluinya teknologi terkini, idea baharu dan dapatan kajian dalam hematologi makmal dipamerkan dan dikongsi.
Semasa berlangsungnya ISLH 2022, Mindray mengadakan seminar yang bertema "Era Baharu Morfologi Digital" yang mana Prof. Gina Zini dan Prof. Anna Merino, dua pakar yang ternama dalam bidang morfologi, membentangkan penilaian prestasi cemerlang Penganalisis Morfologi Sel Digital MC-80 Mindray dalam mengesan penyakit onko-hematologi dengan merujuk kepada kes-kes klinikal khas dan memperkenalkan bagaimana MC-80 melalui imej sel darah resolusi tinggi, dapat membantu doktor menyaring dan mendiagnosis masing-masing penyakit darah malignan dan bukan malignan.
Semasa sesi poster ISLH, 32 poster daripada pengguna akhir hematologi Mindray dibentangkan selepas penilaian yang ketat dijalankan berdasarkan kepada pandangan unik dan nilai akademik yang luar biasa, mengatasi semua peserta pameran yang lain.
Sebelum ISLH, Mindray menarik minat lebih 700 peserta ke Acara Siaran Langsung Global HemaTalk Italy 2022. Dr. Ramon Simon-Lopez daripada Bahagian Penyelidikan Saintifik IVD dan Hal Ehwal Perubatan Mindray, menyatakan bahawa syarikat ini menggunakan sumber globalnya untuk membina platform pembelajaran dan pertukaran untuk pakar-pakar perubatan global dan memperkasa masa depan perubatan makmal.
Para hadirin berpeluang mengadakan perbualan dalam talian bersama pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mindray untuk membincangkan masa depan hematologi makmal dan trend terkini dalam menterjemahkan keputusan kajian klinikal untuk diamalkan. Sesi Soal & Jawab disusuli yang mana soalan-soalan yang paling dikhuatiri oleh para hadirin dijawab oleh pakar-pakar Mindray.
Di reruainya di ISLH 2022, Mindray mempamerkan Penganalisis Morfologi Sel Digital MC-80 dan Penganalisis Hematologi Siri BC-700, menarik minat yang tinggi daripada pengunjung.
Kekuatan akademik Mindray turut diiktiraf oleh jawatankuasa ISLH, yang menganugerahkan Mindray dengan "Berend Houwen Travel Award" atas sumbangan yang luar biasa kepada industri ini dan kecemerlangan dalam bidang akademik.
Latar Belakang Mindray
Ditubuhkan pada tahun 1991, Mindray ialah salah satu penyedia global yang terkemuka bagi peralatan dan penyelesaian perubatan. Kami berdedikasi terhadap inovasi dalam bidang Pemantauan Pesakit & Sokongan Hayat, Diagnostik In-Vitro, Sistem Pengimejan Perubatan dan Ortopedik. Hari ini, produk dan perkhidmatan Mindray boleh didapati di lebih 190 negara dan wilayah.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.mindray.com.
Rita Wang
rita.wang@mindray.com