omniture

The Body Shop Mengalu-alukan Laporan Pentadbiran Makanan dan Ubat China bakal Mengambil Pendekatan Baharu terhadap Ujian ke atas Haiwan bagi Produk Kosmetik

The Body Shop
2013-11-11 15:06 185

LONDON, 11 November 2013 /PRNewswire/ --

Pada hari ini, The Body Shop mengalu-alukan laporan pihak berkuasa China akan mengambil pendekatan baharu terhadap pengujian bagi produk kosmetik yang dihasilkan di dalam negara (seperti syampu, produk penjagaan kulit atau minyak wangi).

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131109/652868 )

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi The Body Shop, Jeremy Schwartz turut mengalu-alukan laporan ini dan berkata, "Sebagai syarikat kecantikan pertama yang mengambil tindakan membantah pengujian ke atas haiwan bagi produk kosmetik, laporan yang dikeluarkan ini pastinya menandakan saat yang benar-benar bersejarah. Kami mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa China kerana mengambil keputusan penting ini."

The Body Shop merupakan syarikat produk kosmetik pertama dan paling lama mengambil tindakan membantah pengujian ke atas haiwan bagi tujuan kosmetik. Kempen pertamanya bermula pada tahun 1989 dan merupakan suara utama pertama yang menyuarakan hasrat ini. Kesemua produk The Body Shop adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan dan tidak diuji ke atas haiwan. Prinsip ini telah diwujudkan pada tahun 1989. The Body Shop juga merupakan syarikat produk kosmetik antarabangsa pertama yang diperakui di bawah Standard Produk Kosmetik Berperikemanusiaan.

Pada tahun 1996, pengasas The Body Shop, Dame Anita Roddick menyertai organisasi yang mengasaskan Cruelty Free International, BUAV dan rakan kongsi Eropahnya bagi menyampaikan petisyen 4 juta tandatangan kepada Suruhanjaya Eropah.

Kini, The Body Shop terus menyokong pesanan asalnya yang menyuarakan keperluan mengharamkan pengujian ke atas haiwan dan turut menyokong rayuan Cruelty Free International bagi memberhentikan pengujian ke atas haiwan bagi produk kosmetik pada peringkat global.

Pada bulan Mac 2013, The Body Shop meraikan EU Ban yang berjaya memberhentikan import dan jualan haiwan bagi tujuan pengujian di seluruh rantau tersebut. Pada bulan Oktober 2013 pula, The Body Shop menyerahkan lebih 1 juta tandatangan para pelanggannya dari seluruh dunia yang menyokong pengharaman peringkat global itu kepada Cruelty Free International.

The Body Shop bakal meneruskan kempen bagi menghalang pengujian produk kosmetik di semua negara seluruh dunia.

Sumber: The Body Shop

Source: The Body Shop
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics