MILAN, 11 November 2013 /PRNewswire/ --
Pada hari ini, Campari® dengan rasminya melancarkan imejan penuh bagi Kalendar 2014 yang bertajuk 'Perayaan Seluruh Dunia'. Kalendar tersebut merupakan edisi ke-15 bagi koleksi berprestijnya dan turut memaparkan bintang Hollywood Uma Thurman menikmati 12 pesta menarik dan berwarna-warni di seluruh dunia.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131111/649923 )
Kalendar 2014 memperlihatkan keindahan dunia dan mengajak para peminat Campari untuk mengikuti kembara penerokaan global dengan menghayati Pesta Musim Bunga di Beijing, yang merupakan perayaan terbesar di China dan menikmati keindahan bunga sakura pada musim bunga Hanami di Jepun, antara lainnya. Perayaan yang dipaparkan pada Kalendar tersebut meliputi setiap benua dan termasuklah Malam Pertengahan Musim Panas di England, pada saat golongan yang berpesta menyambut perayaan Solstis Musim Panas di Stonehenge yang bersejarah dan Reveillon yang menarik dan menyeronokkan di Brazil, yang merupakan Perayaan Tahun Baharu terbesar di dunia.
Uma Thurman yang membintangi Kalendar Campari 2014 itu memberi komen: "Kalendar 2014 tersebut merupakan hasil kerja seni yang menakjubkan dan berjaya menggambarkan tenaga positif dan kegirangan yang dapat dinikmati oleh peminat setia Campari menerusi perayaan seluruh dunia kami ini. Tiada yang lebih menghiburkan selain perayaan dan saya yakin orang ramai seluruh dunia bakal menikmati gambaran perayaan seluruh dunia yang disertakan dalam Kalendar Campari."
Koleksi foto bagi edisi ke-15 Kalendar Campari ini telah diambil oleh jurugambar fesyen, Koto Bolofo yang sangat terkenal dengan imejan beliau yang dinamik dan berwarna cerah. Bolofo yang dilahirkan di Afrika Selatan, dibesarkan di United Kingdom dan kini menetap di Perancis, tampil sebagai individu warga dunia sebenar dan merupakan pilihan terbaik bagi memaparkan perayaan seluruh dunia bagi Kalendar tersebut.
Bagi Kalendar Campari 2014, Koto Bolofo memberi komen: "Bagi saya, Kalendar Campari adalah tentang keseronokan, keunikan dan karisma dan saya yakin edisi tahun 2014 ini merangkumi kesemua kualiti ini. Kerjasama bersama Uma ialah satu pengalaman yang menyeronokkan dan saya benar-benar teruja Kalendar Campari 2014 sedia untuk dipamerkan kepada seluruh dunia dan dinikmati oleh semua."
Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Campari turut memberi komen: "Kalendar Campari 2014 dikhususkan untuk keseronokan yang boleh dinikmati daripada pengembaraan dan penerokaan seluruh dunia. Minat dan gaya tersendiri Uma dapat dilihat menerusi setiap gambar yang diambil dan beliau sangat menjiwai setiap perayaan tersebut bagi menghasilkan visual yang menakjubkan."
Tema Kalendar tersebut, Perayaan Seluruh Dunia direka oleh BCube Milan. Jurugambarnya, Koto Bolofo, bekerjasama dengan Andrea Marzagalli sebagai pengarah seni kanan dan Bruno Vohwinkel sebagai penulis kreatif kanan.
Latar Belakang Campari
Campari merupakan jenama klasik yang kontemporari dan berkarisma. Ramuan rahsianya yang kekal tidak diubah suai berasal dari Novara pada tahun 1860 dan merupakan asas bagi kebanyakan koktel terkenal seluruh dunia. Campari merupakan arak beralkohol yang diperoleh daripada penyerapan herba pahit, tumbuhan beraroma dan buah-buahan dalam alkohol dan air. Campari terus menjadi simbol daya penarik dan nikmat kerana memberikan pengalaman minuman yang tidak dapat dilupakan dengan warna merahnya yang cerah, aromanya yang kuat dan rasanya yang istimewa. Inilah nilai yang menjadikan Campari jenama yang terkenal di seluruh dunia sebagai ikon kecemerlangan dan gaya Itali yang penuh keghairahan.
Latar Belakang Gruppo Campari
Davide Campari-Milano S.p.A., bersama dengan rakan sekutunya ('Gruppo Campari') merupakan syarikat utama dalam sektor minuman peringkat global dengan perdagangan di lebih 190 negara seluruh dunia dan merupakan peneraju di Eropah dan Amerika. Kumpulan tersebut telah ditubuhkan pada tahun 1860 dan merupakan syarikat keenam terbesar seluruh dunia dalam industri arak berkualiti tinggi pada masa kini. Portfolio Kumpulan tersebut melibatkan 50 jenama, termasuk arak, perniagaan teras syarikat, wain dan minuman ringan. Jenama terkenal antarabangsanya termasuklah Aperol, Appleton, Campari, Cinzano, SKYY Vodka dan Wild Turkey. Campari mempunyai ibu pejabat di Sesto San Giovanni, Itali dan memiliki 16 kilang dan 4 ladang anggur di seluruh dunia dan turut mempunyai rangkaian pengedarannya sendiri di 16 negara. Kumpulan tersebut mempunyai lebih 4,000 kakitangan. Saham syarikat induknya, Davide Campari-Milano S.p.A. (Reuters CPRI.MI – Bloomberg CPR IM) disenaraikan di Bursa Saham Itali sejak tahun 2001. Bagi maklumat lanjut: http://www.camparigroup.com. Sila nikmati produk kami dengan bertanggungjawab.
Perhubungan Media:
Pautan berkaitan:
http://www.campari.com - http://www.facebook.com/campari - http://www.camparigroup.com
Sumber: Gruppo Campari