omniture

Mastercard mengembangkan legasi bola sepak yang berdekad-dekad lamanya melalui pencapaian dalam GUINNESS WORLD RECORDS™ bersama Luis Figo

Mastercard
2022-09-28 19:08

DUBAI, UAE, 28 September 2022 /PRNewswire/ -- 

Sila muat turun dan tonton video di sini. 

  • Rekod dunia telah dicapai melalui permainan yang dimainkan pada ketinggian 20,230 kaki(6,166.1 m) dalam graviti sifar oleh legenda bola sepak, Luis Figo dan sepasukan wira bola sepak dari seluruh dunia 
  • Pencapaian baharu Mastercard dalam GUINNESS WORLD RECORDS™ (REKOD DUNIA GUINNESS) mengiktiraf sukan yang paling popular di dunia sebagai sebuah sambutan yang meraikan semangat manusia, menyemarakkan keghairahan dan menjadi kebanggaan berjuta-juta manusia setiap hari 

Mastercard telah mencipta satu GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk 'Permainan Bola Sepak pada Ketinggian Tertinggi dalam Penerbangan Parabola' bersama legenda bola sepak, Luis Figo dan sepasukan wira bola sepak yang datang dari pelbagai negara dari seluruh Timur Tengah, Eropah dan Amerika Latin.

Permainan bola sepak yang pertama seumpamanya ini telah dimainkan pada ketinggian 20,230 kaki (6,166.1 m) dalam keadaan graviti sifar yang membawakan permainan ini ke sebuah tempat yang belum pernah diadakan perlawanan sebelum ini. Melalui kempen ini, Mastercard meraikan rasa cinta dunia terhadap bola sepak dengan membawakan semangat para peminat terhadap permainan yang indah ini ke tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Permainan yang luar biasa antara dua pasukan yang terdiri daripada empat pemain sepasukan ini telah dimainkan pada 20 Ogos 2022 yang lalu. Legenda bola sepak, Luis Figo bersama tujuh orang pemain yang lain telah terpilih untuk menaiki penerbangan yang bersejarah tersebut. Rekod ini diluluskan oleh Pengadil Rasmi daripada GUINNESS WORLD RECORDS™ dan disahkan oleh dua orang saksi yang menyaksikan Figo dengan mudah menggelecek bola merentasi sebuah padang bola sepak seluas 75 meter persegi yang diletakkan khas di dalam pesawat tersebut.

"Bola sepak bukan sekadar satu permainan – sebagai sukan yang paling popular di dunia, ia merupakan sambutan yang meraikan semangat manusia, menyemarakkan keghairahan dan menjadi kebanggaan berjuta-juta manusia setiap hari. Ini merupakan satu detik bersejarah untuk Mastercard di mana kami membawa rasa cinta dunia terhadap sukan ini kepada tahap baharu yang luar biasa. Tiada cara yang lebih baik untuk mengiktiraf permainan yang mengagumkan ini selain daripada mencipta satu Kejutan Berharga (Priceless Surprise) yang luar biasa sambil kami terus menghubungkan orang ramai dengan apa yang mereka minat," kata Raja Rajamannar, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi merangkap Presiden Penjagaan Kesihatan Mastercard. 

Luis Figo, duta Mastercard, telah menjadi sebahagian daripada beberapa kejutan Berharga di seluruh dunia yang memukau para penonton dengan pengalamannya sebagai seorang pemain terkemuka. Figo, penerima anugerah Ballon d'Or 2000, telah bermain untuk beberapa kelab terbaik di Eropah termasuk Sporting CP, Barcelona, Real Madrid dan Inter Milan, membuat penampilan sebanyak 127 permainan bersama pasukan kebangsaan Portugal.

"Bola sepak dapat melangkaui sempadan dan menyatukan orang ramai di seluruh dunia. Saya telah bermain di stadium di mana suasana yang mengujakan dapat mencetuskan emosi yang merentasi budaya dan bangsa; ini merupakan pengalaman sama yang saya alami apabila bermain permainan yang indah ini pada ketinggian 20,000 kaki di atas tanah dengan sekumpulan fanatik bola sepak yang tidak gentar membawa semangat mereka untuk sukan ini ke tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini," kata Figo

"Bola sepak terus menjadi sebuah sukan yang dinikmati di setiap pelosok dunia. Di Guinness World Records™, kami bertemu dengan pelbagai individu yang mempunyai latar belakang yang berbeza setiap hari. Dengan mengisytiharkan pencapaian baharu ini sebagai Officially Amazing™, kami berharap ia akan menyumbang kepada usaha menyatukan komuniti melalui minat yang sama terhadap sukan ini serta keterujaan melihat rekod yang luar biasa dapat dipecahkan," kata Shaddy Gaad, Pengurus Pemasaran Kanan – Guinness World Records™.

Mastercard mempunyai sejarah yang kaya dalam menghubungkan orang ramai kepada minat dan keghairahan mereka terhadap sukan serta memberikan mereka pengalaman sekali seumur hidup. Semasa Expo Dubai 2020, Mastercard telah menganjurkan siri Kejutan Berharganya untuk menghubungkan para tetamu dengan minat mereka di acara global tersebut. Di antara aktiviti utama yang dijalankan, syarikat ini turut memberi peluang unik kepada peminat bola sepak untuk bertemu Luis Figo serta berpeluang untuk melihat Trofi Liga Juara-Juara UEFA, membawa para peminat bola sepak lebih dekat dengan ikon sukan ini.

Mastercard bekerjasama dengan pelbagai organisasi yang merangkumi bidang sukan, muzik, fesyen, seni dan hiburan di seluruh dunia. Kerjasama Mastercard dengan Liga Juara-Juara UEFA telah bermula sejak tahun 1994 dan jenama ini merupakan penyokong aktif bola sepak wanita selama lebih 25 tahun.

Log masuk ke Priceless.com untuk mengetahui lebih lanjut dan menemui pelbagai pengalaman yang berharga di seluruh dunia yang telah direalisasikan oleh Mastercard.

Rakaman 'Permainan Bola Sepak pada Ketinggian Tertinggi dalam Penerbangan Parabola' boleh ditonton di sini.

Tentang Mastercard Incorporated (NYSE: MA), www.mastercard.com 

Mastercard ialah sebuah syarikat teknologi global dalam industri pembayaran. Misi kami adalah untuk menghubung dan memperkasakan ekonomi digital yang inklusif yang memberi manfaat kepada semua orang di mana-mana sahaja dengan menjadikan transaksi selamat, mudah, pintar dan boleh diakses. Menggunakan data dan rangkaian yang selamat, perkongsian dan semangat, inovasi dan penyelesaian kami membantu individu, institusi kewangan, kerajaan dan perniagaan merealisasikan potensi terbesar mereka. Kecerdasan kesopanan atau DQ kami mendorong budaya dan segala apa yang kami lakukan di dalam dan di luar syarikat kami. Dengan hubungan di lebih 210 buah negara dan wilayah, kami sedang membina sebuah dunia yang lestari yang membuka peluang yang amat berharga untuk semua.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=V30zaY4FVNg
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1906914/Mastercard_GUINNESS_WORLD_RECORDS_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1906911/Mastercard_GUINNESS_WORLD_RECORDS_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1906912/Mastercard_GUINNESS_WORLD_RECORDS_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1906913/Mastercard_GUINNESS_WORLD_RECORDS_4.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1889895/Mastercard_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1906940/GWR_Logo.jpg?p=medium600 

Mastercard expands decades-long football legacy through GUINNESS WORLD RECORDS™ title with Luis Figo
Mastercard expands decades-long football legacy through GUINNESS WORLD RECORDS™ title with Luis Figo

 

Mastercard expands decades-long football legacy through GUINNESS WORLD RECORDS™ title with Luis Figo
Mastercard expands decades-long football legacy through GUINNESS WORLD RECORDS™ title with Luis Figo

 

Mastercard expands decades-long football legacy through GUINNESS WORLD RECORDS™ title with Luis Figo
Mastercard expands decades-long football legacy through GUINNESS WORLD RECORDS™ title with Luis Figo

 

Mastercard expands decades-long football legacy through GUINNESS WORLD RECORDS™ title with Luis Figo
Mastercard expands decades-long football legacy through GUINNESS WORLD RECORDS™ title with Luis Figo

 

 

 

Source: Mastercard
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Sporting Events Sports Awards Licensing/marketing agreements